Khamis, 15 Ogos 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 30



TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (30)
PENULIS               : CUADIEY

                Dengan sekali lafaz sahaja Nasuha Binti Affandi Norzaki sah bergelar isteri kepada Hafiz Azhar yang pernah menjadi seterunya suatu ketika dahulu. Pertengkaran di setiap perrtemuan itu sebenarnya telah membibitkan rasa cinta dalam diam antara mereka dan membuatkan mereka lebih mengenali hati budi masing-masing.
                “Dah jadi suami isteri ni jangan pula asyik nak cari gaduh dengan Nasuha tu.” Nasihat Puan Nora.
                “Baik ma.”
                “Suha pun janganlah ambil hati sangat. Dia ni memang suka menyakat.” Ujar Puan Nora pula sambil menggosok lembut tangan Nasuha.
                “Tak ambil hati makcik eh ma tapi kadang sakit hati tu tetap ada.”
                “Dulu umi selalu nasihatkan dia agar jangan sakat Achik tapi dia kata itu saja caranya nak rapat dengan Achik. Kalau dia tak buat macam tu memang tipislah harapan nak rapatkan diri dengan  Achik. Tapi dia kata biar pun dia ni sakitkan hati Taubat Nasuha, dia sentiasa berdoa minta Allah SWT jodohkan kalian jika itu memang yang terbaik.” Puan Noraini cuba membongkar rahsia Hafiz Azhar.
                “Dan terbukti Taubat Nasuha jodoh Har kan umi.” Ujar Hafiz Azhar sambil mengenyit mata ke arah Nasuha.
                “Dah nikah tu memanglah terbukti. Jaga Taubat Nasuha tu elok-elok.”
                “Umi pun panggil Achik dengan nama tu.” Rengek Nasuha manja.
                “Eh salah Achik… Ha, jaga Nasuha tu elok-elok ya Encik Hafiz Azhar.” Puan Noraini cuba membetulkan kesilapannya.
                “Umi memang panggil kau Taubat Nasuha pun. Umi acah saja panggil kau Achik tu.” Gurau Hafiz Azhar.
                “Kau ni batu apikan?! Kaulah yang hasut umi panggil aku macam tu.”
                “Mula dah. Ni mama nak cakap sikit. Dah kahwin ni cubalah cakap tu elok-elok sikit. Beraku-berengkau ni kasar sikit bunyinya. Cuba bahasakan diri tu abang-sayang ke? Anja ke? Apa-apalah yang kamu rasa mesra dan senang nak menyebutnya.
                “Erm…” Nasuha pandang Hafiz Azhar sambil mengangkat keningnya.
                “Har memang panggil dia sayang ma tapi ma tau menantu kesayangan ma ni kata apa, dia kata dia geli siap dia muntah lagi depan Har ma.” Sakat Hafiz Azhar
                “Menipu! Mana ada ma. Tak pernah pun dia panggil Suha macam tu.”
                “Semalam lepas nikah abang panggil macam tu kan?! Abang kata sayang mari duduk dekat abang tapi sayang terus kata wekkkkk dan lepas terus muntah  sampai penuh satu sinki.” Ujar Hafiz Azhar lagi mula membahasakan dirinya sebagai abang.
                “Fitnah! Dari memfitnah bagus bunuh sajalah.”
                “Giler apa nak membunuh wife sendiri. Penat-penat orang tackle dan tunggu dia siap berdoa hari-hari minta tolong dengan Allah.”
                “Dah tu daripada memfitnah.”
                “Sensitif betullah. Abang gurau sajalah.” Ujar Hafiz Azhar seraya menarik Nasuha rapat ke dadanya. Nasuha sekadar tersenyum diperlakukan sebegitu walaupun ada sedikit perasaan malu terhadap orang-orang sekelilingnya. Dia merasa begitu tenang dan selamat berada di dalam dakapan hangat suaminya.
                “Mama dan umi nak pergi rumah Tok Cu. Kamu jangan nak bergaduh saja.” Pesan Puan Nora seraya bangkit dari tempat duduknya. Begitu juga dengan Puan Noraini.
                “Baiklah.” Jawab Nasuha dan Hafiz Azhar serentak sambil menghantar Puan Nora dan Puan Noraini ke pintu.
                “Inilah suratan di aidilfitri untuk kita tahun ni. Alhamdulillah. Harap-harap tahun depan suratan di aidifitri kita beraya dengan baby pula.” Tutur Hafiz Azhar perlahan sambil memimpin tangan Nasuha menuju ke beranda rumah.
                “Amboi.”
                “Itu kira angan-angan dan cita-citalah abang. Harap Allah bagi kita rezeki cepat.”
                “Mudah-mudahan. Aaamiiiin. Tapi betulkah kau dah beli rumah depan bengkel kuih lidah tu?”
                “Tak nak jawab.”
                “Jawablah.”
                “Tak nak.”
                “Kenapa tak nak jawab?” Soal Nasuha manja sambil melentokkan kepalanya di dada suaminya yang bidang.
                “Sayang panggillah abang baru abang jawab soalan tu.”
                “Perlu ke?”
                “Wajib okay.”
                “Ermmmmmm…”
                “Merajuklah macam ni.” Ujar Hafiz Azhar dengan wajah cemberutnya.
                “Peliklah. Kita panggil macam biasa sudahlah.” Saran Nasuha.
                “Tak mau. Abang nak panggil orang tu sayang. Bolehkan?”
                “Kikikikiki, sayang?! Lawak pula nama tu.” Nasuha merasa lucu dengan panggilan sayang yang diberikan oleh suaminya itu.
                “Apa yang lawak? Sudahlah mun inda mau kena lagau miatu.” Hafiz Azhar tarik muncung panjang cuba meniru muka merajuk yang sering dibuat oleh Nasuha.
                “Sekali menyamal terus keluar bahasa Brunei dia.”
                “Panggil abang ya.” Pujuk Hafiz Azhar.
                “Ermmm….”
                “ke nak panggil yang lebih manja dan romantik lagi?”
                “Bukan apa perkataan abang tu dah macam panggilan kami untuk Nazir.” Beritahu Nasuha jujur.
                “Ha’a kan tak perasaan pula.”
                “Erm nak panggil ……”
                “Cepatlah.”
                Inda kesabaran jua lai. Sabar sikit bolehkah?”
                “Boleh tapi cepatlah.”
                Lai.
                “Panggil lagi sekali. Macam comel pula cara sayang abang panggil macam tu.” Hafiz Azhar menguntum senyum.
                Lai.
                “Alololo comelnya. Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini, kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi, senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit, kalau tak ada pun aku masih mahu cubit.” Hafiz Azhar menyanyi serangkap lagu yang dipetik dari lagu senyum dendangan Malique bersama Najwa sambil mencubit pipi Nasuha.
                “Sakitlah.” Nasuha menggosok lembut pipinya.
                “Lai geram. Dulu boleh tengok saja tak boleh nak cubit. Sekarang dah boleh nak cubit.” Beritahu Hafiz Azhar sambil menggosok lembut tempat yang dicubitnya tadi.
                “Tapi janganlah cubit kuat-kuat. Sakit tau.”
                “Alololo manjanya. Lagi satu yang buat lai geram bila tengok lesung pipit ni.” Hafiz Azhar menyucuk jari telunjuknya di lesung pipit milik Nasuha.
                “Lesung pipit ni yang buat lai tertawan dengan orangkan?” Soal Nasuha bersahaja dengan senyuman meleret.
                “Bukan tapi keperibadian sayang. Cara sayang jaga diri sayang, jaga batas pergaulan, jaga aurat sayang, tu yang buat lai tertawan dengan sayang. Lai harap lepas ni sayang akan tetap menjaga semua tu kerana Allah SWT dan demi lai  sebagai suami sayang.” Ujar Hafiz Azhar seraya mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Kata-kata dan perlakuan Hafiz Azhar itu membuatkan Nasuha terbuai seketika, seolah dia berada di dunia fantasi. Terasa indah apabila perbuatan yang dahulunya haram kini telah halal dengan hanya sebuah ikatan perkahwinan.
                “In shaa Allah.” Jawab Nasuha lambat.
  *                           *                             *                             *                             *                        
                Nazri renung wajah Nasuha dalam. Bibirnya sengaja dimuncungkan ke hadapan agar Nasuha perasan dia sedang merajuk. Namun Nasuha tidak perasan akan semua itu. Hafiz Azhar memberikan isyarat kepada Nasuha. Nasuha kerut dahi dan baru dia teringat akan janjinya.
                “Adik kenapa?” Soalnya memulakan bicara.
                “Dari hari tu Adik tunggu Achik buatkan Adik apam polkadot tapi tiada pun.”
                “Alaa, kan Achik kata lepas majlis.”
                “Ni kan dah lepas majlis. Buatlah cepat.” Ujar Nazri dengan mata yang mula berkaca. Nasuha pandang Hafiz Azhar dan lelaki itu sekadar menjungkit bahu dan buat tidak tahu.
                “Achik cek bahan dulu ya. Kalau bahan lengkap sekarang ni juga Achik buat.” Pujuk Nasuha sambil menggosok lembut belakang Nazri seraya mencari bahan-bahan untuk membuat apam polkadot.
                “Cukup?” Soal Hafiz Azhar. Nasuha sekadar menggeleng.
                “Jadi kalau tak cukup Achik inda buatlah tu kan?!” Ujar Nazri sayu.
                “Achik buat. Nanti Achik ajak abang Har pergi kedai beli bahan-bahan.”
                “Bila? Esok?”
                “Sekarang nilah. Nanti lepas dari solat jumaat Achik buat dan lepas tu dah boleh makan.” Pujuk Nasuha lembut. Entah kenapa adiknya itu begitu sensitif sejak akhir-akhir ini.
                “Sempat lagi beli bahan ni.” Ujar Hafiz Azhar setelah membelek jam di tangannya
                “Sempat? Inda rush ka nanti mau pergi solat jumaat lagi?”
                Indalah sayang. Sempat lagi ni. Bukan banyak pun kan?!” Soal Hafiz Azhar meminta kepastian.
                Mau beli tepung gandum, lepas tu paper cup sama gula kastor ja. Yang lain semua sudah ada.” Ujar Nasuha.
                “Jom pergi kedai.” Ajak Hafiz Azhar.
                “Adik nak ikut?” Soal Nasuha.
                “Adik tunggu di rumah ja. Achik dan Abang Har janganlah pergi lama-lama nanti inda sempat pula.”
                “Iya. Sekejap ja ni. Lepas beli kami baliklah.” Terang Nasuha.
                “Okay. Tak sabar betul mau makan apam polkadot yang Achik buat.” Ujar Nazri seraya menapak ke ruang tamu bersama gitar kesayangannya.
                “Dik, Achik dan Abang Har jalan dulu.” Beritahu Nasuha seraya berjalan beriringan dengan Hafiz Azhar menuju ke pintu.
                “Okay.” Jawabnya bersahaja sambil mememanting gitar dan seketika kemudian dia turut menyanyi beberapa rangkap lagu  bila aku sudah tiada dari kumpulan Hujan yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Pagi itu indah seperti biasa,
Tidur  yang lena terhenti di sana,
Layap kuyu masih tak terdaya,
Bukalah tingkapmu curahkan cahaya.

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini Tuhan tentukan akulah orangnya.

Bila, aku sudah tiada,
Simpan semua laguku
Jangan ditangis selalu.

Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku.

                “Dik sadisnya lagu. Dahlah sadis lagu lama pula tu. Nyanyilah lagu baru sikit.” Jerit Nasuha dari luar rumah.
                “Suka hati adiklah nak nyanyi lagu apa.” Jawab Nazri dari dalam.
                “Yang penting jangan sampai hujan turun okay. Achik dan abang Har jalan dulu.”  Ujarnya namaun tiada jawapan dari pihak Nazri lagi.
                Selepas solat jumaat petang itu, Nasuha segera  membuat adunan apam polkadot. Berharap apam polkadot itu boleh dihidang semasa minum petang nanti. Nazri duduk di ruangan dapur menemankan Nasuha sambil memanting sekali dua tali gitar bagi melaraskannya. Hafiz Azhar yang baru tiba terus sahaja membantu adik iparnya itu. Setelah kerja-kerja melaraskan tali gitar dilakukan dengan jayanya mereka menyanyi lagu puji-pujian yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu. Nasuha meneruskan kerja-kerja membuat apam polkadot yang diminta oleh adiknya.
                “Abang Har kena janji dengan adik, abang Har akan jaga Achik betul-betul.” Tutur Nazri lagak seperti orang dewasa.
                “Janji! Abang Har janji akan jaga Achik betul-betul. Abang Har tak akan sia-siakan Achik.” Ikrar Hafiz Azhar di hadapan Nazri.
                “Abang Har mungkir janji, adik tumbuk abang Har. Ingat tu?!” Ugut Nazri.
                “Ingat adik ipar yang garang.”
                “Hahaha.” Mereka ketawa bersama membuatkan Nasuha sedikit musykil. Apatah lagi bicara suami dan adiknya sekadar berbisik. Tidak lama kemudian Hafiz Azhar melangkah menghampiri Nasuha yang berada di meja makan. Tanpa bicara dia duduk dan memerhati kerja-kerja Nasuha. Sekali-sekala Nasuha sempat melirik lelaki itu.
            “Kalau setakat tengok baik tak payah duduk sini.” Perli Nasuha.
                “Kalau minta tolong cakaplah. Sayang tak cakap mana lai nak tahu. Mari sini Chef Hafiz Azhar  tunjukkan bakat terpendam.” Hafiz Azhar mencapai adunan berwarna kuning yang terdapat dalam corong plastik.
            “Kalau ikhlas nak tolong tak payah tunggu orang cakap.”
            “Susah sangat ke nak cakap, lai tolong sayang buat apam polkadot.”
            “Lai, kalau nak tolong tu tolong sajalah. Jangan banyak bunyi pula.” Ujar Nasuha dengan wajah serius.
            “Baiklah intan payung kesayangan beta.” Ujar Hafiz Azhar seraya mengenyit mata nakal ke arah Nazri. Kanak-kanak lelaki itu mengangkat ibu jari kanannya dan melemparkan senyuman lebar.
            “Ceh!.” Nasuha mencebik.
            “Boleh tak buat corak lain? Atau mesti dot dot ni juga?” Soal Hafiz Azhar.
            “Kalau dah corak lain tu bukan apam polkadot namanya pakcik”
            “Oh, macam tu makcik. Tengok cantikkan?” Soal Hafiz Azhar sambil menunjukkan hasil kerjanya kepada Nasuha.
            “Okaylah.”
            “Okaylah?! Komen yang tak membena langsung.” Omel Hafiz Azhar.
            Good job abang Har.” Puji Nazri.
            “Tu supporter lai dah bagi pujian cukuplah. Puji lebih-lebih nanti, terlebih kembang pula apam tu.” Nasuha kerling Nazri yang berada di meja berhampiran pintu dapur.
            “Adik puji ikhlas. Erm, Adik nak solat asar kejap nanti habis Adik solat pastikan apam polkadot tu dah ada yang masak dan boleh dimakan. Nanti malam Adik nak makan ayam masak kicap yang Achik masak.”
            “Amboi, banyaknya permintaan, ingat ini restoran?! Ni dah ada apam yang masak, makanlah.” Nasuha menunjukkan apam polkadot yang telah siap dimasak.
            “Lepas solat sajalah Chik. Mestilah banyak permintaan, Achik kan masak sedap. Tambah lagi Achik dah ada pembantu tak bertauliah, lagi cepat dan senang kerja Achik. Jadi pastikan dalam masa lima minit hidangan anda berdua telah tersedia di atas meja. Wah, macam masterchef pulakan.” Ujar Nazri sempat membuat lelucon sebelum meninggalkan Nasuha dan Hafiz Azhar di dapur tersebut dan sejurus selepas itu Nazmi muncul menyertai mereka.
            “Aik, lama pula Adik ni. Ni bukan lagi dah ada yang masak tapi semuanya dah masak tapi dia pula tak timbul-timbul. Adik, jom makan apam!” Panggil Nasuha namun tiada jawapan.
            “Entah-entah dia pergi beraya dengan kawan-kawan dia. Maklumlah masih lagi mood hari rayakan.” Tebak Hafiz Azhar.
            “Kalau Achik ada di rumah, mana budak tu pandai nak keluar rumah. Rumah ni macam ada gam gajah.” Ujar Nazmi sambil mengambil apam polkadot yang terdapat di depan matanya.
            “Kenapa?”
            “Kau tengok sendirikan rumah ni dah macam restoran 24 jam kalau Achik ni ada. Jadi budak tu pun manalah nak bergerak ke mana-mana. Kalau main di luar tu pun tak payah nak panggil suruh balik, 10 minit adalah masa paling lama dia main di luar lepas tu mesti kau dah nampak muka dia di dapur ni.” Beritahu Nazmi.
            “Biar pun masakan hangit tetap ada pengunjung setia jugakan.” Perli Hafiz Azhar dengan sengihannya.
            “Amboi, perli nampak. Tolong sikit ya.” Nasuha tunjuk penumbuknya.
            “Adik tu kalau Achik dia masak apa pun dia tetap makan dan kata sedap. Biar pun sebenarnya rasa masakan tu, hmmm…”
            “Angah mulalah tu nak mengutuk orang. Sekurang-kurangnya Adik tu tahu bersyukur bukan macam korang tahu nak mengata orang saja.”
            “Tengok tu cakap sikit macam tu pun nak merajuk.”
            “Dengan saya pun dia suka merajuk.” Hafiz Azhar kenyit mata nakal ke arah Nasuha.
            “Gatal!”
            “Gatal dengan isteri sendiri tak salahkan?!” Hafiz Azhar angkat kening dua kali.
            “Hahahaha.” Nazmi tergelak geli hati melihat tingkah keduanya.
            “Mari sini apam dalam kudut tu. Encik Hafiz Azhar yang kureng faham bahasa brunei kudut tu maksudnya pinggan.” Ujar Nasuha sambil menghulur tangan menunggu pinggan berisi apam itu dihulur kepadanya.
            Kudut maksudnya pinggan.” Ulang Hafiz Azhar seraya menghulur pinggan yang dimaksudkan Nasuha.
            “Yang ni Achik nak bagi Adik. Chow!” Ujar Nasuha seraya menapak meninggalkan dua orang jejaka itu di dapur.
            “Minuman panas mana?” Jerit Nazmi setelah Nasuha meninggalkan mereka beberapa tapak untuk mencari Nazri.
            “Buat sendiri. Self-service.” Jerit Nasuha dengan senyuman sambil mencari kelibat Nazri.
            Nasuha menolak daun pintu. Kelihatan Nazri sedang sujud di atas sejadahnya. Dia meletakkan pinggan berisi apam polkadot itu di atas meja manakala dia pula duduk di birai katil Nazri. Seketika kemudian dia berbaring di katil tersebut untuk menghilangkan lelahnya. Hatinya terdetik sesuatu. Dia segera menoleh melihat Nazri, lama.
            “Adik.” Nasuha menyeru nama Nazri beberapa kali. Dia menyeru sekali lagi namun tiada tindak balas. Nasuha mengamati tubuh yang sedang sujud itu. Dia memegang dadanya sambil berdoa di dalam hati. Dia menghampiri tubuh itu dan melutut. Dia menyentuh perlahan tubuh adiknya. Tubuh yang tadinya sujud kepada-NYA kini terjelepuk berhampirannya. Pantas sahaja dia memangku tubuh itu. Nasuha memanggil lagi nama Nazri berulang kali namun tiada jawapan dari sekujur tubuh dingin itu.
            “Adik!!!!!!!!!!!!!!!!! Bangun dik! Bangun!” Tempiknya kuat membuatkan Nazmi dan Hafiz Azhar berlari mendapatkan arah suara itu.
            Nazmi yang turut sama memegang tubuh dan memeriksa nadi tubuh itu terduduk lemah di samping Nasuha yang memangku tubuh Nazri. Hafiz Azhar bertindak cepat memanggil Puan Syuhadah dan Encik Affandi Norzaki yang masih lagi berkumpul di rumah Tok Cu. Nazri di bawa ke Hospital Daerah Papar untuk diperiksa. Masing-masing menunggu penuh debar di luar bilik kecemasan. Beberapa minit kemudian doktor yang bertugas mengesahkan Nazri telah meninggal dunia. Dunia Nasuha berputar seketika. Perlahan-lahan dia terduduk di lantai ruang legar Hospital Papar.
            “Adik kata nak makan apam polkadot yang Achik buat. Achik dah buat untuk Adik. Adik kata malam ni Adik nak makan ayam masak kicap yang Achik masak, Achik dah rendam ayam tau tapi kenapa Adik pergi tinggalkan Achik.” Ujar Nasuha sayu. Hafiz Azhar tarik nafas dalam. Dia menarik Nasuha ke dalam pelukannya dan memberikan kata-kata perangsang kepada isterinya itu.
            “Mengucap sayang. Istighfar banyak-banyak. Astaghfirullah al’azim, astaghfirullah al’azim.” Hafiz Azhar cuba memberi kekuatan kepada Nasuha ketika itu.
            “Adik belum makan apam polkadot yang Achik buat. Adik yang minta Achik buat apam tu. Kenapa Adik pergi sebelum makan apam tu. Mesti Adik bergurau dengan Achik kan?! Saja nak kenakan Achik.” Ujar Nasuha dengan linangan air mata.
            “Ini takdir Allah. Kita sayang Adik macam mana pun, Allah lebih sayangkan dia. Semua kita pun akan pergi juga cuma tak tahu bila. Banyakkan istighfar. Adik pun tak suka kalau kita meratapi pemergian dia. Sebagai kakak, sayang mesti kuat hadapi semua ni. Kalau kita tak kuat Adik akan sedih, Adik tak akan tenang.”
            “Tapi….” Tangisannya kian menjadi sehingga dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.
            “Istighfar, istighfar. Astaghfirullah al’azim, astaghfirullah al’azim.” Arah Hafiz Azhar tegas dan seketika kemudian barulah Nasuha mengikut lafaz istighfar tersebut dan hati serta fikirannya kembali tenang.
Selesai sahaja majlis pengkebumian, Nasuha terduduk lemah di meja makan di mana Nazri bermain gitar bersama Hafiz Azhar petang itu. Dia menggosok-gosok kerusi itu lemah. Apam polkadot di atas meja itu direnungnya lama. Air matanya mengalir lagi buat sekian kalinya. Dia menyeka mutiara jernih itu dari terus mengalir. Puan Syuhadah menghampirinya dan memeluknya erat. Nasuha menangis tersedu-sedan di dalam dakapan ibunya.
            “Kita redha ya dengan pemergian Adik.” Ucap Puan Syuhadah lembut.
            “Tapi Adik minta Achik buat apam ni, malam ni Adik nak makan ayam masak kicap yang Achik masak tapi kenapa dia buat Achik macam ni mak. Achik dah rendam ayam tu, tinggal nak masak saja lagi.” Luah Nasuha sebak.
            “Achik, ni semua ketentuan Allah. Achik kena redha sayang. Kesian roh Adik. Nanti Adik tak tenang di alam sana.” Pujuk Puan Syuhadah lembut dengan linangan air mata.
            “Cakaplah yang ni sekadar mimpi mak. Adik masih ada lagikan? Adik masih hidupkan? Adik! Adik! Adik! Apam polkadot Adik dah siap.” Laung Nasuha membuatkan semua yang berada di sana menitiskan air mata.
            “Achik! Istighfar, ingat Allah.” Marah Nazim.
            “Tapi Adik kata lepas solat dia nak makan apam polkadot yang dia minta buat tu.” Ujar Nasuha dengan wajah tegang. Geram kenapa semua orang tidak faham apa yang diperkatakan olehnya.
            “Achik, dengar sini. Adik dah meninggal. Adik dah tinggalkan kita semua.” Nazim memegang kejap bahu Nasuha.
            “Tapi malam ni dia nak makan ayam masak kicap. Dia nak makan ayam masak kicap yang Achik masak. Dia mana boleh meninggal.”
            “Astaghfirullah al’azim.” Nazim beristighfar panjang. Dia terduduk lemah mendengar butir bicara Nasuha kala itu.
            “Lai, tadi lai sendiri dengarkan Adik cakap nak makan ayam masak kicap yang Achik dia masak?” Soal Nasuha sebaik terlihat kelibat Hafiz Azhar yang baru muncul di pintu dapur.
            “Dengar. Memang dia cakap macam tu.”
            “Ha kan Achik dah kata Adik yang kata macam tu.” Potong Nasuha sebelum Hafiz Azhar sempat menghabiskan kata-katanya.
            “Sayang dengar sini. Betul, Adik minta sayang masak ayam kicap tadi tapi Allah dah ambil nyawa dia. Allah lebih sayangkan dia. Adik dah tak ada.” Terang Hafiz Azhar satu persatu agar Nasuha boleh menerima apa yang diperkatakan olehnya.
            “Cakaplah semua ni tipu.” Rintih Nasuha lemah.
            “Istighfar, istighfar. Astaghfirullah al’azim.” Ujar Hafiz Azhar berulang kali dengan nada tegas sambil memeluk Nasuha yang kembali meratap pemergian mengejut Nazri.
            Nasuha terduduk di lantai dapur sambil beristighfar panjang mengikut apa yang diucapkan oleh Hafiz Azhar. Air matanya mengalir deras lagi buat sekian kalinya. Biar pun dia menyeka berulang kali dan cuba menahan dari terus mengalirkan air jernih itu namun ianya tidak berjaya. Apabila melihat Kaka, kucing kesayangan Nazri melintas sambil mengiau manja seperti mencari sesuatu, cepat sahaja tangannya memegang dan mengusap kucing itu.
            “Kaka jangan cari Adik lagi tau. Adik dah pergi jauh tinggalkan kita semua. Achik tak ada nanti, Kaka tak boleh nakal sebab kalau Kaka nakal, mak akan marah. Kalau mak marah, Adik tiada lagi tau nak back-up. Ingat, jangan nakal lagi!” Ujar Nasuha kepada Kaka. Kaka pula seperti memahami apa yang diperkatakan oleh Nasuha sekadar duduk diam dan wajahnya seperti akur dengan kata-kata Nasuha kala itu. Puan Syuhada segera mendakap Nasuha erat dan seketika kemudian turut mengusap lembut kepala Kaka, kucing kesayangan Nazri.
-TAMAT-
Inda
Indalah
Tidak
Tidaklah
Mau
Mahu
Mun
Kalaau
Lagau
Panggil
Miatu
Macam tu
Kesabaran
Sabar
Jua
Juga
Lai
Sayang

Isnin, 12 Ogos 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 29

TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (29)
PENULIS               : CUADIEY

                Nasuha duduk menyandar di sofa yang terdapat di ruang tamu rumahnya. Badannya terasa sangat letih kerana seawal pagi lagi dia dan ahli keluarganya yang lain tidak menang tangan melayan tetamu yang berkunjung ke Villa Saujana. Sekali-sekala dapat berkumpul begitu seronok juga. Namun hari ini ada sejarah baru yang terukir dalam hidupnya dan hidup seorang insan yang bakal menjadi suaminya dalam masa 3 hari lagi. Nasuha senyum dan tarik nafas  mengenang kembali kejadian tengah hari tadi.
                Nasuha berlari-lari anak mendapatkan Puan Nora, teman sebiliknya semasa mengikuti Kursus Pemantapan Organisasi yang diadakan di salah sebuah pusat peranginan yang terdapat di Pantai Barat Negeri Sabah. Mereka berdakapan erat setelah 2 tahun tidak bersua.
                “Rindunya dengan budak comel ni.” Ujar Puan Nora sambil mencubit lembut kedua belah pipi Nasuha.
                “Heeeeee. Rindu kakak juga.”
                “Aik, ni mesti dah lupa. Kan dah cakap jangan panggil kakak, panggil makcik.”
                “Muda lagi kut nak panggil makcik.”
                “Awet muda tapi hakikatnya orangnya dah tua. Umur anak makcik yang sulung lagi tua dari Suha tau.”
                “Alaaaa biarlah panggil kak saja. Lagi pun susahlah. Asyik tersasul panggil kakak.”
                “Makcik tak mau kawan Suha kalau panggil makcik kakak.” Ugut Puan Nora manja.
                “Okay..okay..okay… erm, makcik. Makcik Nora jom makan.” Ajak Nasuha sambil memegang lembut tangan Puan Nora.
                “Ha macam tulah. Panggil kak lagi, makcik cubit pipi tu.”
                “Baiklah makcik. Hehe.” Mereka berpimpin tangan menuju ke meja makan. Nasuha meminta diri setelah ibunya, Puan Nora serta Puan Noraini berborak mesra seperti telah lama kenal antara satu sama lain.
                “Oit Taubat Nasuha manja.” Sapa Hafiz Azhar yang entah muncul dari mana.”
                “Uiksss bila kau sampai?”
                “Aku memang tidur di sinilah.”
                “Serius? Bukan semalam kau kata nak tidur di Hotel Pandan, Pekan Papar?” Soal Nasuha.
                “Itu aku urus kaum kerabat aku saja. Mereka nak tidur di sana.”
                “Kejap! Hari ni hari raya, kenapa kaum kerabat kau datang sini pula? Bukan mereka kena balik kampungkah?”
                “Sini pun kampung juga.”
                “Kampung siapa?”
                “Kampung kau.” Jawab Hafiz Azhar bersahaja.
                “Seriuslah Hafiz Azhar.”
                “Seriuslah ni. Inikan kampung kau. Nanti aku cakap kampung aku, kau kata aku perasan.” Hafiz Azhar angkat kening.
                “Ma’laslah aku mau layan kau.”
                “Aku dengar kau nak kahwin? Betul?” Soal Hafiz Azhar dengan wajah serius. Nasuha sekadar mengangguk tapi pandangan Hafiz Azhar meminta dia menjawab persoalan tersebut dengan sepatah kata.
                “Betul.”
                “Kau dah solat istikharah seperti yang aku suruh kau buat hari tu?”
                “Dah. Aku buat 4 kali. Ustazah yang bagi ceramah di tv tu cakap kalau 4 kali kita nampak petunjuk yang sama ertinya memang itulah keputusan yang harus kita ambilkan?”
                “Betul. Jadi petunjuk kau dengan yang kau nak pilih tu sama tak?”
                “Erm, lain.”
                “Bahaya ni. Yang Allah bagi petunjuk tu siapa?” Soal Hafiz Azhar ingin tahu.
                “Orang lain. Aku pun tak kenal siapa.” Jawab Nasuha bersahaja. Hafiz Azhar teguk liur pahit.
                “Kau kan tak nak kenal siapa calon suami kau tu. Entah-entah dia tak yang ada dalam petunjuk tu.” Teka Hafiz Azhar sedikit teragak-agak.
                “Mungkinlah kut. Biarlah.”
                “Kau kena fikir masak-masak sebelum buat keputusan Taubat Nasuha. Kau jangan nak ambil mudah perkara macam ni.” Nasihat Hafiz Azhar.
                “Iya, aku tau.”
                “Dah tu kau rela kahwin dengan orang yang kau tak kenal? Mana tau terkahwin dengan orang yang tak baik, jahat, kaki judi.”
                “Ishhhh kau ni. Cakap biar elok-elok sikit ya. Kau ingat mudahkah nak lepas tapisan ayah aku dan Pak Long Aji.”
                “Uishhh sangat susah, sukar lagi sulit. Erm kalau aku cakap akulah calon suami kau tu, kau setuju tak?” Soalnya. Tembikai yang baru sahaja digigit masuk ke dalam mulut meluncur laju seolah terdapat minyak pelincir terus melalui anak tekak dan tersekat di lorong tekak Nasuha.
                “Uhukkkkkk! Hukkkkk! Hukkkkk!” Nasuha tercekik tembikai itu.
                “Air..air..minum air.” Hafiz Azhar segera memberikan air minum kepada Nasuha.
                “Kau kan! Boleh tak jangan tanya soalan macam tu?”
                Sorry.” Ucapnya sepatah.
                “Kau bagi aku minum air siapa tadi?” Soal Nasuha apabila perasan gelas itu bukan gelasnya.
                “Air minum aku.”
                “Hafiz Azhar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
                Sorry, aku paniklah tadi. Dahlah besar tembikai tu. Gelas kau kosong, kebetulan gelas aku ada isi air aku bagi sajalah kau minum.Erm, tak salah kut.”
                “Eeeeeee… kau ni kan.”
                “Alaaa aku bukan ada penyakit mulut berjangkit atau apa sahaja penyakit berjangkit. Aku sihat okay.”
                “Eeeee gelilah.”
                “Itu pun mau geli. Jadi wife nanti tak gelid ah.” Gumam Hafiz Azhar.
                “Apa kau cakap?!”
                “Aku cakap sorry, aku tak sengaja.”
                “Ishhhh kau ni kan.” Marah Nasuha. Hanya itu yang mampu keluar di mulutnya.
                “Bakal pengantin mana boleh marah-marah. Nanti tak ada seri pengantin pula.” Usik Hafiz Azhar.
                “Pedulilah.”
                “Eh, umi kata majlis kau simple saja. Kenapa kau tak mau buat besar-besaran?”
                “Lebih baik majlis simple, tak membazir. Yang penting ada majlis akad nikah dah tu kenduri sikit cukuplah. Sekadar nak beritahu umum yang aku dah kahwin dan tak menimbulkan fitnah dan buah mulut orang bila aku keluar rumah siap pegang tangan dan terlentok-lentok di bahu suami aku.”
                “Aduiiii aku dengar sweet ja. Macam aku pula nak kahwin dengan kau.”
                “Perasan.”
                “Ada lagi tak perempuan macam kau ni. Aku nak satu. Keluar rumah pegang tangan siap lentok-lentok di bahu lagi. Aduiiiii, bestnya.”
                “Gatal! Aku rasa kau ni dah layak kahwin dah ni.”
                “Memang pun nak kahwin tapi apakan daya orang yang aku nak tu tak nak dengan aku. Tapi tu 4 tahun lepaslah. Dan bila sekarang ni, terlambatlah pula. Baru nak masuk line, dah orang tu nak kahwin.” Ujar Hafiz Azhar sayu dna pilu yang dibuat-buat.
                “Mengada kau ni kan.”
                “Achik, makcik Nora nak balik.” Beritahu Nazri.
                “Eh okaylah Hafiz Azhar aku pergi jumpa kawan aku dulu.”
                “Aku pun nak balik ni Taubat Nasuha. Selamat pengantin baru.”
                “Wah awalnya kau wish. Jemput datang tau.”
                “Mestilah aku datang. Kalau aku tak datang tak jadi majlis nikah kau tu. Okay, jumpa di hari bahagia kau Taubat Nasuha.”
                “Okay Hafiz Azhar. Selamat hari raya.”
                “Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Tak boleh salam lagikan?! Haram hukumnya.”
                “Masih seperti dulu salam tidak akan dilayan. Aku maafkan kau biar pun lepas ni kau tetap akan sakitkan hati aku lagi. Chow!” Nasuha melangkah pantas mendapatkan Puan Nora yang telah pun berdiri.
                “Awalnya makcik balik.”
                “Banyak benda lagi nak kena siap.”
                “Nak siapkan apa tu?”
                “Nak sambut menantu kenalah buat persiapan sehabis baik.”
                “Eh, bila tu.”
                “Sama dengan majlis Suha. Tadi mak Suha ada jemput makcik tapi apakan daya bertembung pula dengan majlis anak makcik.”
                “La ye ke? Tak apalah. Makcik doakan saja majlis Suha berjalan dengan lancar, ikatan perkahwinan Suha bahagia hingga ke syurga dan dapat suami soleh n Suha jadi isteri solehah.”
                “Aaaamiiin ya Rabbil A’lamin.” Sama-sama mereka mengaminkan kata-kata Nasuha sebentar tadi.
                “Makcik balik dulu.” Puan Nora meminta diri.
                “Terima kasih makcik sebab sudi datang.”
                “Sama-sama.” Nasuha menghantar Puan Nora hingga ke tepi jalan.
Sebuah kereta berwarna hitam berhenti dan Puan Nora masuk ke dalam perut kereta hitam itu. Nasuha cuba mengamati dan mengingati semula kereta hitam itu. Kereta hitam yang sering parkir di kawasan perumahannya dan kereta itu juga yang sering  muncul di hadapan bakeri miliknya. Bermacam-macam persoalan bermain dibenaknya ketika itu. Tidak lama kemudian kereta hitam tadi muncul semula di hadapan Nasuha. Cermin pemandu diturunkan. Entah kenapa secara tiba-tiba hati Nasuha berdebar-debar. Takut juga mungkin kereta hitam itu ingin menembaknya maklumlah sekarang hangat diperkatakan tentang orang mati ditembak.
“Taubat Nasuha manja!” Jerit pemandu kereta hitam itu dengan senyuman meleret. Buntang mata Nasuha melihat lelaki itu.
“Kau?!”
“Haha. Jumpa kau nanti di hari bahagia. Assalamualaikum.” Ucap Hafiz Azhar lalu memecut laju keretanya.
Nasuha mati bicara. Hanya mampu memandang dan matanya terkebil-kebil memandang Hafiz Azhar dan Puan Nora yang berlalu bersama kereta hitam tersebut. Nasuha geleng kepala. Dia tertanya-tanya sendiri apa hubungan Puan Nora dan Hafiz Azhar.
“Makcik Nora tu mak Hafiz Azhar ke? Tak mungkin tak mungkin. Makcik Nora orang kampung Sungai Padang Papar. Hafiz  Azhar tu pula bukan orang sini cuma anak susuan umi. Erm, ah! Biarlah. Anak beranak ke anak-kemanakan aku kisah apa. Yang penting sekarang hati dan fizikal dah ready untuk melangkah ke alam rumah tangga.” Bicaranya sendiri.
Tidak lama kemudian kereta hitam tadi berundur semula dan kemudian mara ke hadapan seraya parkir di tepi jalan di mana Nasuha berdiri. Puan Nora keluar dari dalam kereta dan terus sahaja mencapai tangan Nasuha. Digenggam dan digosok lembut tangan gadis itu dan kemudian dia tersenyum sebelum memulakan bicaranya.
“Suha bakal menantu makcik.” Ucapnya lembut sambil menarik Nasuha dekat dengannya dan mengucup lembut dahi Nasuha.
“Serius?!” Nasuha seolah tidak percaya.
“Serius. Nilah calon suami Suha, Hafiz Azhar. Tak sangka kawan sebilik nak jadi menantu.
“Suha pun tak sangka makcik.”
“Sangkaan aku tepat, usaha aku kali ni tidak akan sia-sia.” Ujar Hafiz Azhar yang masih berada di dalam kereta.
“Jahat kau ni kan?”
“Mama tengoklah bakal menantu mama ni, orang tak buat apa pun dia cakap jahat.” Adu Hafiz Azhar. Puan Nora sekadar tersenyum melihat telatah bakal pengantin baru itu.
 “Achik!!!!” Sergah Nazri.
“Adik ni kalau tak sergah orang tak bolehkah? Achik terkejutlah.” Marah Nasuha.
“Achik mengelamun tu dah sampai ke bulan ke?”
“Mana ada mengelamun.”
“Macamlah adik tak nampak. Achik jangan risaulah, suami Achik macho okay.”
“Ada iras-iras siapa? Aaron Aziz? Ady Putra? Shah Iskandar? Zain Saidin? Ermmmm, Rosyam Nor? Fizo Omar?”
“Lagi macho dan lagi handsome dari yang Achik sebut tadi tu.”
“Wow!”
“Bila adik jumpa dia?”
“Hari tu. Adik salam tangan dia, fuhhhh!”
“Apa maksud fuhhhh tu?” Nasuha kerut dahi.
“Kira memang tangan jantan sejatilah.”
“Hmmmm, ingat apalah tadi.”
“Rambut dia macam mana?” Soal Nasuha lagi berpura-pura tidak tahu.
“Eh kata nak supprisekan diri sendiri. Mana boleh bagi tau. Rahsia Kerajaan Negeri okay.”
“Alah baru negeri belum negara lagi. Cepatlah bagi tau Achik.”
“Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh!” Ujar Nazri tegas.
“Jahat Adik ni.”
“Achik nanti tolong buatkan apam polkadot untuk Adik.” Pinta Nazri sambil memicit lembut tangan Nasuha.
“Saja nak alihkan topik Adik ni. Sekarang ni mana ada masa.”
“Adik katakan nanti bukan sekarang. Dari hari tu lagi Adik request dengan Achik tapi Achik tak buat pun.” Ujar Nazri dengan nada rajuknya.
“Okay, habis majlis nanti Achik buatkan tapi Adik kena tolong Achik.”
“Okay. Erm, nantikan kalau Achik kahwin, Adik nak bergambar dengan Achik dan Aba…errrrr suami Achik.”
“Apa Adik nak cakap tadi?”
“Itulah Adik nak cakap. Nak bergambar dengan pengantin.”
“Ye ke? Macam lain je?”
“Betul. Kenapalah Achik tak nak buat majlis besar-besaran. Kalau tak mesti meriah.”
“Meriah tak penting yang penting diredhai dan diberkati oleh Allah SWT.”
“Owhhhh ustazah pula yang kahwin ni.”
“Mengutuk nampak.”
“Betullah nak kahwin pun sempat lagi nak berceramah.”
“Itu bukan ceramah. Ahhhh, sudahlah. Achik nak masuk tidur. Nak cukup tidur, nak cukup rehat. Adik pun pergi tidur.”
“Baiklah bakal pengantin yang cantik, comel dan…..”
“Dan apa?”
“Manja. Hahaha.” Cepat sahaja Nazri buka langkah seribu khuatir Nasuha akan menerkamnya.
“Adikkkkkkkkkkkkkkkkkk! Hutang okay. Nanti Achik dapat Adik, Adik taulah nasib Adik macam mana.” Jeritnya seraya masuk ke dalam bilik untuk melelapkan mata dan merehatkan badannya yang keletihan.
BERSAMBUNG……….