Khamis, 2 Julai 2015

CENDOL SUKA HATI

Ni resepi cendol yang diperolehi dari buku resepi mak aku yang entah tahun bila punya. Tapi ni aku edit sikit sebab kalau ikut sukatan dalam buku resepi konpem lembik sangat cendol tu. Sebelum aku bebel lebih panjang lagi, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat CENDOL SUKA HATI.

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung pulut
Sedikit garam
1 cawan air pandan (kisar 7-10 helai daun pandan dengan 1suku cawan air)
3 cawan air
Sedikit pewarna hijau.
Air  dari peti sejuk dan ais batu

Cara-cara

1- Ayak tepung beras dan tepung pulut ke dalam mangkuk besar. Paling senang dalam besen yang sedang.

2- Masukkan sedikit garam. Agak-agak saja.

3- Masukkan 1 cawan air pandan.

4- Kacau sebati hingga tepung tidak begentel.

5- Masukkan 3 cawan air dan pewarna hijau. Kacau sebati.

6- Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Api sedang saja tau.

7- Lepas tu biarkan mendidih. Boleh kacau sekali-sekala. Takut nanti melekat pula kan. Bila rasa adunan tadi sudah likat kacaulah selalu sampai adunan betul-betul pekat lagi likat dan rasa-rasa boleh dibentuk jadi cendol. Hehe. Tidaklah ku tau mau explain macam mana. Huhu.

8- Lepas tu boleh matikan api. Lalalala.

9- Masukkan adunan tadi dalam piping bag. Potong hujung piping bag tu ikut besar mana yang kalian suka. Picitkan adunan tadi dan masukkan ke dalam besen yang berisi air dari peti sejuk dan ais batu. Buatlah sehingga adunan habis k.

10- Siap!!!

11- Rasa-rasa teringin sudah mo minum cendol, parutlah sebiji kelapa. Lepas tu campur sama air masak. INGAT, AIR MASAK. Jangan sesekali guna iar paip k. Lepas tu perah. dan campur garam siiiiiiiiikit. Kasi naik lemak santan tu ja. Buat gula hangus. Ambil sikit gula hangus, campur santan, masukkan cendol ikut suka hati dan rasa yang kamurang suka. Campur ais batu kalau suka. Nah minumlah puas-puas.

Nota: Cawan tu suka hati guna cawan macam mana pun. Apa yang pasti kalau cawan tu sukat tepung beras, cawan tu juga digunakan untuk sukat air pandan dan air tu. Apa yang pasti pandai-pandailah adjust tepung pulut tu sebab lain orang lain sudu makannya. Hehe. Gagal sekali buat cendol tidak bermakna akan terus gagal tau. Aku pun kali ke-3 hampir jadi, buat kali ke-4 sikit lagi mau jadi, kali ke-5 macam jadi. Kali ke-6 macam inda jadi tapi boleh la. Buat lagi jadi, buat lagi inda jadi, lepas tu buat lagi jadi jadi dan jadi. Yang penting ada usaha mau mencuba kan.... Try and Error ja kalau resepi begini ni. INDA CUBA INDA TAU HASILNYA. GOOD LUCK!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan