TAJUK :
SURATAN DI AIDILFITRI (27)
PENULIS :
CUADIEY
“Itulah
nakal sangat. Tengok dah sakit kaki. Nasib baik terseliuh saja. Kalau patah
kaki ni, sakit teruk sampai kena potong, kan dah susah.” Bebel Nasuha sambil
berjalan masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil minyak gamat. Hafiz Azhar yang
berdiri di halaman rumah sekadar memasang telinga.
‘Siapa pula yang terseliuh ni?’ Soal Hafiz Azhar sendirian.
“Mari sini Achik urut. Lain kali, duduk rumah saja. Okay?”
‘Eh, Nazri ke yang terseliuh ni?’ Hafiz Azhar cuba memerhati dari jarak jauh.
“Mana sakit? Ni?! Janganlah tarik kaki tu. Achik kan nak urut ni. Achik tak
urut kuatlah. Lain kali tak payah nak merayau. Makan pun cukupkan? Selalu Achik
tengok nasi tu bukan habis pun, membazir. Membazir tu amalan syaitan tau. Hmmm,
ada lega? cuba berdiri, jalan sikit. Yeah! pandai Achik mengurutkan?!” Ujar
Nasuha tanpa henti membuatkan Hafiz Azhar semakin ingin tahu siapakah gerangan
yang diurut oleh Nasuha.
“Siapa yang terseliuh?” Soal Hafiz Azhar sebaik menghampiri Nasuha.
“Aish, buat terkejut orang Sajalah. Lain kali bagi salamlah dulu.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“Siapa yang terseliuh?” Hafiz Azhar mengulangi persoalannya kerana tidak
melihat sesiapa pun di sana melainkan Nasuha. Risau juga bila memikirkan
sekiranya otak gadis itu sudah tidak betul lagi.
“Si Kaka nilah. Tadi teruk, jalan pun heret kaki. Lepas urut tadi, bolehlah
jalan biar pun masih tempang.”
“Kau okay?” Soal Hafiz Azhar dengan mata memandang tepat ke arah Nasuha tanpa
mengerdipkan matanya.
‘Hidup
lagi si Kaka yang dah mati dalam mimpi aku 4 tahun lepas ni. Panjang umur
kucing ni.’ Bisik hatinya tatkala teringat mimpinya 4 tahun lalu.
“Of Courselah okay. Kaki Kaka ni
cuma terseliuh sajalah.” Ujar Nasuha bersahaja.
“Pelik.”
“Apa yang pelik?” Nasuha angkat kening.
“Peliklah. Dari tadi tau aku dengar suara kau membebel. Ingat cakap dengan
manusia rupa-rupanya cakap dengan kucing.”
“Kucing fahamlah apa yang kita cakap.”
“Haha jangan buat lawaklah Taubat Nasuha.”
“Aku cakap betullah.”
“Mengarut.”
“Nak aku buktikan?”
“Hmm, buktikanlah.”
“Kaka mari sini.” Panggil Nasuha kepada kucing berbulu putih itu. Cepat sahaja
kucing itu datang ke arah Nasuha dan kemudian menggesel-geselkan mukanya di
kaki Nasuha.
“See.”
“Semua kucing pun faham kalau tuan dia panggil macam tu.”
“Kau try panggil macam
tu.”
“Kaka sini. Hahaha.” Hafiz Azhar gelak sendiri selepas memanggil kucing
tersebut. Geli hati pula apabila bercakap dengan kucing seolah-olah bercakap
dengan manusia. Pantas sahaja kucing tersebut beralih arah, berjalan menuju ke
arahnya.
“Tengok. Aku dah kata, kucing faham apa yang kita cakap.”
“Yelah tu.” Ujar Hafiz Azhar seraya menggosok badan Kaka yang sedang
menggesel-geselkan badan di kakinya.
“Kaka, Hafiz Azhar ni selalu jahat dengan Achik tau. Dia selalu buli Achik” Adu
Nasuha kepada Kaka.
“Aduh!” Hafiz Azhar terjerit kecil apabila Kaka mengigit kakinya.
“Itu baru intro. Padan muka. Good job Kaka.” Ujar Nasuha
berpuas hati dengan kerja Kaka.
“Kaka, saya tak jahatlah. Saya orang baik. Saya dah lama kenal Achik tapi saya
tak panggil dia Achik, saya panggil dia Taubat Nasuha. Sedapkan nama tu?” Ujar
Hafiz Azhar sambil memandang tepat ke arah Kaka.
“Meow, meow.” Nasuha senyum apabila Kaka memberi tindak balas dengan kata-kata
Hafiz Azhar.
“Tengok kucing kau pun kata nama Taubat Nasuha tu sedap.” Ujar Hafiz Azhar
dengan sengihan nakal di bibir.
“Kau biar betul? Sejak bila pula Kaka ni pandai bercakap? Kau faham bahasa
kucing ke apa?” Perli Nasuha sambil tergelak geli hati.
“Hmmmm.” Dia menggeleng kepala, tidak mampu untuk membalas kata-kata Nasuha
saat itu.
‘Kerana mulut badan binasa, kerana ayat malu tak terkata. Huhuhu. Inilah
masalah kalau bercakap sebelum berfikir. Relakslah
kan sekali-sekala bagi dia menang.’ Bicara hati Hafiz Azhar.
“Eh,
aku nak tanya kau ni, kau buat apa datang Papar ni? Kau ada urusan rasmi atau
sesaja datang?”
“Ermmmm,
aku ada urusan rasmi sebenarnya.”
“Boleh
aku tau urusan apa?” Soal Nasuha teragak-agak.
“Kenapa
kau mau tau?”
“Saja.
Lagi pun macam tertanya-tanya jugalah. Yalah, hari tu kau datang sini sebelum
puasa lagi. Ni dah nak dekat raya. Urusan rasmi apa yang kau buat sampai nak
sebulan di Papar ni?”
“Soalan
kau ni macam nak menghalau aku saja.” Ujar Hafiz Azhar pura-pura teras hati
dengan soalan Nasuha.
“Eh,
aku tanya sajalah. Aku tiada maksud apa-apa pun. Sekadar bertanya sebab
keinginan nak tahu.” Jelas Nasuha.
“keinginan
nak tahu atau keinginan nak ambil tahu dan ambil berat pasal aku?” Soal Hafiz
Azhar berharap Nasuha dapat memberikan jawapan jujur.
“keinginan
nak tahulah.”
“Bukan
sebab nak ambil tahu dan sebab kau care
pasal aku?” Soal Hafiz Azhar lagi.
“Ishhhh,
tiada maknyanya. Tolong jangan perasan.” Ujar Nasuha membuatkan Hafiz Azhar sedikit
kecewa. Masing-masing diam sambil bergilir-gilir mengusap kepala si kaka hingga
kucing itu hampir terlelap di situ.
“Aku
nak pergi Adiyun Boutique. Kau nak ikut tak?!”
“Kau
pergi dengan siapa?”
“Kalau
aku kata aku pergi sendiri dan kalau kau ikut aku pergi berdualah dengan kau.”
“Hmmm,
tak naklah.”
“Dah
agak dah. Kita ajak Adila sekali. Boleh?”
“Okay.”
Jawab Nasuha seraya berlari-lari anak menuju ke rumah Adila yang terletak tidak
jauh dari rumahnya. Hafiz Azhar garu kepala yang tidak gatal.
‘Boleh
pula Taubat Nasuha ni tinggalkan aku di sini. Acang….Acang.’ Desis hatinya seraya melangkah perlahan mengikut
jejak langkah Nasuha.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
Oh, Achik. Ni mesti nak jumpa Adila kan?” Teka Puan Noraini.
“Pandai
umi. Ni umi, Achik datang ni ada hajat.”
“Hajat
apa tu? Nak jemput majlis Achik ke?” Jawab Puan Noraini.
“Majlis
apa pula umi ni?! Achik datang ni berhajat nak mengajak Adila pergi tengok
baju.”
“Laaaaa
ingatkan nak cakap pasal majlis kamu tadi.”
“Ke
situ pula umi ni.”
“Umi
dengar Achik tak nak tahu siapa gerangan yang merisik hari tu?”
“Ni
mesti mak yang cerita dengan umi kan.”
“Yelah.
Ni umi nak tanya sikit, kenapa tak nak tahu siapa yang merisik hari tu? Takut?
Ke nak main tibai je ni?”
“Ish
umi ni. Ingat tibai sesuka hati ke?! Ayah kata dah bagi ujian dah kat orang tu
dan ayah kata lulus. Kira okaylah tu kan?!”
“Inilah
masalah kalau selalu sangat baca novel, tengok drama. Hidup kita ni bukan sama
dengan jalan cerita dalam novel tu. Ni realiti Achik. Ayah kata lulus ujian itu
dan ini. Itu ujian dari ayah tau. Tapi lain orang lain citarasanya. Mungkin dia
citarasa ayah tapi bukan citarasa Achik. Dah kahwin nanti timbul pula masalah
lain.” Ceramah Puan Noraini.
“Ermmmm,
okaylah nanti Achik kenal-kenallah dengan si dia tu. Umi doakan yang terbaik
untuk Achik tau.”
“Umi
sentiasa doakan yang terbaik untuk Achik dan semua anak-anak umi.”
“Terima
kasih umi.”
“Kahwin
nanti jangan lupa jemput.” Celah Adila yang baru sahaja memunculkan diri.
“Eh
mestilah. Kau orang penting tau.”
“Taubat
Nasuha nak kahwin?” Soal Hafiz yang sedari tadi mencuri dengar perbualan Nasuha
dan Puan Noraini.
“Har
lambat sangat bertindak, tengok orang lain dah sambar dulu.” Tutur Puan
Noraini.
“Ada
pula umi cakap macam tu. Buat malu saja.” Nasuha sedkit tersipu mendengar
bicara Puan Noraini.
“Nak
malu apanya, dah memang kenyataan. Orang kata siapa cepat dia dapat. Orang lain
guna mesin, kita guna manual. Orang berlari kita baru nak merangkak sebab
itulah semua benda tu asyik didahului orang lain. Yang kita pula masih
terkial-kial kat belakang nun.” Hujah Puan Noraini.
“Hebat
sangatkah calon suami Taubat Nasuha tu?” Soal Hafiz Azhar.
“Eh,
mestilah hebat. Dah namanya calon suami aku.” Jawab Nasuha pantas walhal dia
sendiri pun tidak pasti siapakah orangnya. Namun soalan Hafiz Azhar itu sedikit
sebanyak membuatkan hatinya membuak-buak ingin tahu siapakah lelaki itu. Niat
di hati ingin membuat kejutan untuk diri sendiri namun kini dia merasakan dia
perlu tahu siapakah lelaki itu sebelum mereka meneruskan langkah yang lebih
jauh lagi.
“Jomlah
kata nak pergi pekan.” Ajak Adila membubarkan khayalan Nasuha.
“Eh,
aku rasa aku belum sempat cakap dengan kau pasal tu.”
“Aku
dengar kau cakap dengan umi tadi.”
“Oooo
kau curi dengar ya.”
“Hahaha
bukan curi dengar tapi terdengar. Jomlah.”
“Umi
kami jalan dulu.”
“Bagus-bagus
jalan tu. Har jaga anak dara 2 orang ni. Jangan lewat balik.” Pesan Puan
Noraini.
“Baik
umi. Kami pergi sekejap saja. Lepas tengok baju tu, kami baliklah.
Assalamualaikum.” Ujar Hafiz Azhar dan terus menuju ke kereta milik Puan
Noraini.
“Suha
dah beritahu mak belum?” Tanya Puan Noraini.
“Sedang
cuba telefon mak.” Jawab Nasuha dengan telefon bimbit yang dilekapkan di
telinga.
Setelah
memakir kereta di kawasan yang telah dikhaskan, cepat sahaja mereka keluar dari
perut kereta . Hafiz Azhar mendahului gadis-gadis tersebut. Nasuha dan Adila
sekadar mengekori dari belakang. Setiba di hadapan kedai Hafiz Azhar berdiri
tegak di hadapan pintu dan mempersilakan Nasuha dan Adila masuk ke dalam kedai
yang diberi nama Adiyun Boutique.
“Ooooo
butik baru.” Ujar Nasuha dan Adila serentak.
“Tapi
sebut nama jalan pun bukan korang tau kan. Yang bukan orang Papar jati ni juga
tahu nama jalan dan lorong di Papar ni.” Ujar Hafiz Azhar bangga.
“Malas
nak layan. Kalau kau cakap bangunan kedai Eng Joo atau bangunan restoran Marman
atau lebih sinonimnya restoran Haji Marman semua orang Papar tahu” Nasuha
mencebik. Hafiz Azhar sekadar tersenyum melihat tindak balas Nasuha itu.
“Dila
tengok-tengoklah sebelah sana. Mana tahu ada baju, skirt atau tudung yang
berkenan. Boleh rembat sekali.” Ujar Hafiz Azhar seolah dia tuan empunya kedai.
“Kalau
ada baju yang berkenan, boleh dapat free ke?” Soal Adila sempat mengenyit mata
nakal kepada Hafiz Azhar.
“Boleh.
Untuk informer boleh saja tapi sehelai saja tau.” Ujar Hafiz Azhar separa
berbisik.
“Hoi,
korang bisik apa tu? Mengumpat?!” Sergah Nasuha.
“Mana
ada.” Nafi Hafiz Azhar.
“Okay.
Malas nak sentiasa berburuk sangka di akhir ramadhan ni.” Jawab Nasuha seraya
membelek baju yang di pamerkan di sana.
“Adila
pilih dulu ya. Taubat Nasuha sini.” Hafiz Azhar menggamit Nasuha agar
mengekorinya.
“Kenapa?”
Soal Nasuha sambil memandang Adila yang sedang rambang mata melihat koleksi
baju peplum yang terdapat di sana.
“Kak,
tolong keluarkan baju yang saya minta akak simpankan untuk saya hari tu.” Pinta
Hafiz Azhar kepada seorang wanita berusia lewat 30-an.
“Sekejap
ya dik.” Wanita itu segera mencari sesuatu dan seketika kemudian mengeluarkan
beberapa helai baju yang disimpan atas permintaan Nasuha.
“Makcik,
kau tengok baju ni. Ni yang kau tengok dekat fan page tu.” Ujar Hafiz Azhar
kepada Nasuha.
“Wahhhhhhhhh,
cantiknya. Eh ni pun cantik juga.” Rambang mata juga Nasuha tatkala itu. Dia
membelek satu persatu dan seketika kemudian dia teguk liur apabila memikirkan
dia perlu membuat kos lepas terhadap baju-baju tersebut walaupun pada pandangan
matanya semua baju tersebut cantik dan menarik minatnya.
“Kau
boleh ambil semua baju-baju ni kalau kau nak.” Ujar Hafiz Azhar apabila melihat
keterujaan Nasuha.
“Eeeee
mana ada duit.”
“Tauke
tiada duit?!”
“Ingat
semua tauke kaya?! Kena juga berjimat. Takkan semua duit nak beli macam-macam.
Hmmm macam mana ni?! Semua pun cantik.”
“Tengoklah
siapa pilih.” Gumam Hafiz Azhar namun tidak didengari oleh Nasuha yang masih
lagi leka membuat pertibangan.
“Semua
cantik, saiz pun okay tapi kalau ambil semua, pokailah. Tak nak ambil sayang pula.
Huhu.” Ujar Nasuha sendirian.
“Aku
ambil yang ni.” Ujar Adila bersama sehelai baju peplum pilihannya. Hafiz Azhar
sekadar mengangguk.
“Taubat
Nasuha, aku dah tolong kau untuk kurangkan pilihan kau tapi takkan tu pun masih
pening.” Ujar Hafiz Azhar.
“Masalahnya
semua pun cantik.”
“Encik
ni memang pandai memilih. Semua yang dia pilih semua cantik-cantik dan semua
sesuai untuk cik.” Ujar wanita itu.
“Kau
pilih?” Soal Nasuha.
“Dah
tu..nak mengharap kau pilih. Nak suruh pilih antara 5 ni pun masih lagi
terkial-kial.”
“Jahatkan
kau ni.” Nasuha mula tarik muka.
“Aku
dah tolong pilih ni pun kau cakap jahat. Bersyukurlah sekurang-kurangnya ada
juga hamba Allah yang nak tolong kau kecilkan saiz pilihan.”
“Bersyukur
sangat tapi kau tu sempat lagi nak mengutuk aku.” Ujar Nasuha.
“Bukan
mengutuklah.”
“Dah
tu?”
“Provok
kut.”
“Huh.”
“Cepatlah
pilih.”
“Nak
piliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih……….erm….”
“Aku
suggest dengan kau yang ni.” Tutur
Hafiz Azhar perlahan sambil menunjuk sehelai baju peplum yang mempunyai
kombinasi warna ungu tua dan merah jambu.
“Cantik
juga.” Sokong Adila.
“Saya
ambil yang nilah kak.” Ujar Nasuha lambat setelah lama diam dan berfikir
semasaknya.
“Muktamad?”
Soal Hafiz Azhar menginginkankepastian.
“Erm,
muktamad.”
“Betul
ni?” Soal Hafiz Azhar sengaja ingin menggugat jawapan Nasuha.
“Kalau
boleh nak semua tapi……”
“Tapi
apa?”
“Nanti
wang keluar melebihi wang masuk.”
“Bagus!
Berhemah dalam berbelanja.” Ujar Hafiz Azhar.
“Demi
masa depan.”
“Masa
depan kita bersama.” Ucap Hafiz Azhar
perlahan.
“Apa?!”
“Apa?
Aku tiada cakap apa-apa pun.” Dalih Hafiz Azhar.
“Tapi
aku dengar kau ada cakap sesuatu tadi.”
“Perasaan
kau saja tu.”
“Okay.”
Ucap Nasuha malas ingin bersoal jawab dengan Hafiz Azhar.
“Tak
nak tengok tudung? Sebelah sana ada tudung baru sampai.” Ujar wanita itu mesra.
“Tidak
apalah kak. Pakai tudung yang sedia ada saja nanti. Kumpul duit lagi, nanti
akan datang baru beli tudung. Hehe.”
“Kak
kiralah dua-dua ni sekali.”
“Eh,
Hafiz nak tolong bayarkah ni?” Soal Adila berpura-pura.
“Kiranya
macam tulah. Taubat Nasuha tak kisahkan?!” Hafiz Azhar kenyit mata nakal sambil
mengeluarkan dompetnya.
“Erm,
aku bayar sendiri, boleh?” Ujar Nasuha kemudiannya.
“Ala
kau ni Chik, orang dah nak belanja tu, terima sajalahlah. Orang kata rezeki
jangan ditolak.” Pujuk Adila.
“Betul
tu Dila. Kau simpan duit kau untuk beli benda lain lagi Taubat Nasuha.”
“Erm,
jadi duit aku ni boleh beli satu baju lagi.” Cepat sahaja otaknya berfikir ke
arah itu.
“Erm,
suka hati kaulah Taubat Nasuha tapi satu ni aku bayar.”
“Terima
kasih tangah.” Ucap Nasuha.
“Apa
kau cakap? Terima kasih sayang?!”
“Eeee
perasan kau ni. Aku cakap terima kasih tangah.”
“Sama-sama
babunya.” Jawab Hafiz Azhar dengan
senyuman yang tak lekang di bibirnya.
BERSAMBUNG …..
Acang
|
Burung Merpati
|
Tangah
|
Pakcik
|
Babu
(babu-nya)
|
Makcik
Tambahan
“nya” itu mungkin sebagai penyedap rasa dalam berkomunikasi bagi suku kaum
Brunei.
(Bagi yang pakar tu, jika salah tolong betulkan ya) |
p/s :Sorry......sorry...sorry...sebenarnya bab ni dah upload masa puasa hari tu tapi apakan daya kekangan masa dan kerja yang bertimbun tidak membenarkan diriku dari terus menerbitkan bab ini seperti yang telah dijadualkan. SELAMAT HARI RAYA SEMUA :)
Assalamualaikum Tuan Tanah,
BalasPadamBaru datang baca Bab 27 ni. Mahu marathon sampai Bab 30. Lawak yang masa mula-mula tu. Ingatkan 'kaka' tu orang jua, manalah tau kan adiknya ka, anak buah nya ka. Rupanya si kucing bernama Kaka.
Owh, ada dua perkataan tu teliat tadi salah yang maknanya jadi maknyanya.. hihi.
:)
thanks pat sbb menyinggah mbaca cerpen org baru bljr ni...nnt d betulkan r mna yg typo tu..hehe...
BalasPadamthanks pat sbb menyinggah mbaca cerpen org baru bljr ni...nnt d betulkan r mna yg typo tu..hehe...
BalasPadamada lg byk typo jugk..huhuhu
BalasPadamNadiah...typo tu pkra biasa bg org biasa spt kita..hehe
BalasPadam