BAB 19
Nasuha
membelek wajahnya di cermin. Dia senyum. Mula menyapu rata krim muka ke
wajahnya. Seketika kemudian dia mencalitkan pelembap di bibirnya agar kelihatan
lebih segar. Dia membetulkan kebaya moden berwarna biru muda yang dipadankan
dengan kain kembang berwarna hitam. Dia senyum lagi setelah puas membelek diri
di hadapan cermin.
“Suha nak pergi mana?” Soal Aznizah.
“Duduk bilik baca buku. Esok ada exam.”
“Nizah lupalah tu, Kak Suha kalau
melaram sakan maksudnya dia tak keluar pergi mana-mana.” Ujar Dickziene yang
sedang leka memasang subang silvernya.
“Bayangkan kalau Suha dah ada suami
nanti, di rumah dressing bukan main
lagi tapi bila suami dia ajak keluar Suha just
pakai seluar jeans dan t-shirt lusuh. Tak merasa suami nak tayang isteri.” Ujar
Aznizah lagi.
“Eh, ada pula suami tayang isteri.”
“Ada tak suami yang tak tayang
isteri. Tambah lagi isteri comel macam Suha mestilah suami tu gembira dan nak
menunjuk.”
“Nizah beranganlah tu.”
“Ni bukan berangan Suha tapi bakal
menjadi kenyataan.”
“Eh, Suha nak pergi mana?” Soal
Kistiza yang baru sahaja lepas mandi.
“Mesti Kak Za menyesal tanya soalan
tu. Jawapan Kak Suha, duduk bilik, study.
Esok nak exam.” Ujar Dickziene sambil
mengerling Nasuha yang telah pun duduk di meja belajarnya.
“Pakai cantik-cantik macam ni study kat bilik?”
“Dah tu takkan nak study di Centre Point pula.”
“Loyar buruk Suha ni. Maksud Kak Za study kat library ke kat dewan bawah tu ke yang penting luar dari bilik ni.
Ada juga hasil bersiap cantik-cantik macam ni.”
“Kak Za, kalau Suha study di luar dah berapa banyak masa
Suha terbuang. Nak tunggu bas, nak berjalan lagi, nak makan lagi. Habis tenaga
tau.”
“Dah tu bersiap macam ni tak buang
masa ke?” Bidas Kistiza.
“Ala ni memang perkara wajiblah Kak
Za.”
“Wajiblah sangatkan. Tapi nanti
jalan pergi luar tak pula pakai cantik-cantik macam ni.” Bebel Kistiza.
“Kak Za harus faham, Suha tu praktis
berdandan untuk suami.” Ujar Aznizah dengan sengihan lebar.
“Itu Suha setuju. Maklumlah kita
berdandankan untuk dipertontonkan kepada suami bukan untuk orang lain makanya
Suha hanya berdandan di dalam bilik. Haha.” Nasuha gelak. Geli hati dengan
hujah yang diberikannya.
Telefon bimbit Nasuha berbunyi
nyaring minta dijawab. Nasuha mencapai telefonnya. Nama Hafiz Azhar tertera di
skrin telefon. Dia menjawab segera. Tidak lama kemudian dia meletak semula
telefon tersebut di atas meja. Kistiza, Aznizah dan Dickziene memandang menanti
Nasuha berbicara.
“Aduiiiiiiii.” Keluh Nasuha.
“Kenapa?” Soal Dickziene
“Mamat mangkuk tu minta nota
kemahiran berunding.”
“Jadi apa masalahnya?” Soal Kistiza
pula.
“Masalahnya dia minta sekarang.
Takkan Suha nak keluar macam ni. Rosak program jelah.”
“Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa. Semalam dia dah bagi Suha pinjam nota akaun dia apa
salahnya Suha bagi nota tu sekarang dengan dia. Mungkin sekarang mood dia nak study.”
“Bukan Suha tak nak bagi Kak Za tapi
Kak Za tengoklah Suha sekarang ni macam mana. Mahu pengsan mamat tu tengok
Suha.”
“Tak adanya dia nak tengok Suha
sampai pengsan. Silap hari bulan dia terus hantar rombongan meminang.” Usik
Kistiza.
“Eeee Kak Za ni. Yan tolong hantar
Yan.” Nasuha cuba meminta pertolongan Dickziene.
“Erm, saya rasa baik Kak Suha yang
bagi sendiri sebab saya rasa ada benda lagi dia nak tanya Kak Suha.”
“Menyesalnya ambil nota ni dari
Prof. Dr. Andreas ni.” Sungut Nasuha.
“Bagi jelah.” Ujar Kistiza dan
serentak dengan itu juga telefon bimbit Nasuha berbunyi lagi.
“Hello.”
“Taubat Nasuha, boleh keluar cepat
sikit. Aku dah lama terpacak depan blok kau ni. Lagi pun aku rush ni, kejar masa.” Ujar Hafiz Azhar
di hujung talian.
“Rush?
Baiklah saya datang dengan kadar segera.” Nasuha segera memutuskan talian. Dia
mencapai tudung berwarna hitam dan menyarungkannya di kepala. Mencapai nota
miliknya yang baru dicetak 2 hari lepas dan segera keluar dari bilik. Tidak
lama kemudian dia telah tiba di hadapan Hafiz Azhar.
“Sorry,
lambat. Nah.” Nasuha menghulurkan nota kemahiran berunding kepada Hafiz Azhar
yang sedang senyum meleret melihatnya.
“Kau nak keluar dating?” Soal Hafiz Azhar cepat sebelum menyambut nota tersebut.
“Erm.”
“Wah nak exam masih sempat nak keluar dating.”
“Kata rush, ambil ni cepat lepas tu pergi buat benda yang rush sangat tu.” Ujar Nasuha sedikit
geram apabila nota yang dihulurkan masih tidak disambut oleh Hafiz Azhar.
“Memang rush tapi tengok kau macam ni dah tak jadi nak rush.” Usik Hafiz Azhar.
“Pula dah. Nah ambil ni cepat. Aku
pun rush juga ni.” Ujar Nasuha cuba
menyembunyikan malunya.
“Kau nak pergi mana ni?” Soal Hafiz
Azhar inginkan kepastian.
“Suka hati akulah nak pergi mana
pun.”
“Memanglah suka hati kau tapi aku
nak tau kau nak pergi mana pakai macam ni?” Soal Hafiz Azhar lagi.
“Aku nak study. Esok paper akaun. So, biar pun study smart tapi mesti study
hard juga.” Ujar Nasuha berharap agar Hafiz Azhar berpuas hati dengan
jawapannya.
“Nak study di mana?”
“Bilik. Cepatlah ambil ni.”
“Okay. Good luck tau. Kau jangan pressure
sangat. Kau cool je. Kalau kau tak
faham kau tanya aku tu pun kalau aku dapat jawablah. Kau call okay, mesej pun aku layan. Nasihat aku, menuntut ilmu tidak
perlu segan dan tidak perlu ego.” Nasihat Hafiz Azhar.
“Erm yalah, dah ambil ni cepat.”
Ujar Nasuha bersahaja tetapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang
bergolak ketika itu.
“Okay.
Thanks. Nak bayar berapa ni?” Tanya Hafiz Azhar sambil mencapai nota
tersebut.
“Tak payah bayar.”
“Betul ni?” Soal Hafiz Azhar meminta
kepastian. Nasuha angguk dan senyum.
“Okay.
Thanks Taubat Nasuha. Aku gerak dulu.” Ujarnya segera meminta diri.
“Hafiz Azhar.” Panggil Nasuha
setelah Hafiz Azhar berpaling darinya.
“Halalkan ilmu kau.” Ujarnya
perlahan. Hafiz Azhar senyum mendengar bicara Nasuha tatakala itu.
“Dihalalkan. Halalkan juga ilmu
kau. Halalkan yang ni juga.” Ujarnya
sambil mengangkat nota kemahiran berunding yang berada di tangannya.
“Dihahalkan.” Tutur Nasuha sepatah
dan segera berpaling masuk semula ke dalam biliknya yang berada di aras bawah.
“Wah Suha, dari kerana mata yang
mempunyai kuasa, oh, aku tergoda, aku tergoda terkecewa. Dari kerana mata yang
mempunyai kuasa, oh, aku tergoda, aku tergoda terkecewa. Dari kerana mata.”
Aznizah menyanyi girang lagu bertajuk dari kerana mata dendangan R Azmi itu.
“Dari mata terbitnya asmara,
senyumanmu menikam jiwa, renungan mesra menjelma segera, aku tertawan memendam
rasa.” Dickziene pula menyambung bait seterusnya lagu tersebut.
“Amboi suka nampak.”
“Mahu tak suka. Kak Suha harus tahu
kami intai Kak Suha tadi. Nampak sangat dia suka Kak Suha.”
“Aish, celah mana pula dia nak suka
ni?”
“Tengok cara dia pandang Kak Suha
pun boleh taulah.”
“Tengok dia pandang biasa saja.”
“Suha tu yang tak tau nak menilai.
Konon Dr.Love tapi hampeh. Lelaki suka dia pun bukan dia sedar.” Celah Kistizah
yang sibuk mengemas katilnya.
“Erm, tengok dia biasa je pun. Kalau
dia suka mesti dia layan Suha baik-baikkan. Mesti dia tak buat Suha macam mana
dia buat semalam.”
“Itu taktik dia tapi dia baik apa.
Siap pinjamkan nota dia pada Suha lagi.”
“Ponpon.” Terdengar bunyi hon kereta
dari arah luar. Nasuha yang berdiri di tepi tingkap meninjau siapa gerangan
yang membunyikan hon sebentar tadi.
“Yan, akak rasa Jesel la.” Ujar
Nasuha seperti kurang pasti. Dickziene menghampiri tingkap tersebut.
“Dialah itu Kak Suha. Okay saya
jalan dulu.” Dickziene meminta diri sambil menyarung sandle berwarna hijau di kakinya.
“Hati-hati Yan.” Pesan Nasuha.
“Yan jangan lupa yang akak pesan.”
Jerit Kistiza dari katilnya.
“Okay
don’t worry. Kak Suha study
elok-elok, fikir abang Hafiz elok-elok juga. Daaaa.”
“Menyempat lagi budak ni.”
“Suha tak rasa apa-apa ke bila dekat
dengan mamat mangkuk tu?” Soal Aznizah menyambung semula perbincangan yang
terhenti sebentar tadi.
“Soalan akan dibincangkan selepas
habis final exam. Sekarang masa untuk
study. Aznizah Mohamed sila mandi
sekarang dan basuh pakaian anda sekali.”
“Ala Suha ni, baru nak korek-korek
rahsia hati.”
“Dah pergi cepat. Suha nak study dah. Assalamualaikum.” Ucap Nasuha
sambil membuka nota akaun Hafiz Azhar yang telah dipinjamkan kepadanya.
“Waalaikumussalam.”
Tanpa banyak bicara terus sahaja
Aznizah mencapai tuala serta barang mandian. Tidak mahu meneruskan perbincangan
tersebut kerana khuatir akan membuang masa Nasuha untuk belajar lebih lagi
tentang perakaunan. Manakala Nasuha yang baru sahaja membuka buku sudah senyum
meleret apabila melihat kad berwarna kuning sederhana besar yang tertulis
namanya. Dihiasi dengan lakaran kartun yang dilukis dengan pen berdakwat hitam.
Dia membuka kad tersebut dan terdapat lirik lagu di dalamnya.
Jika kau fikir kau boleh, kau hampir
boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu
tidak menentu,
Jika kau fikirkan kekalahan, kau
hampiri kegagalan,
Jika kau fikirkan kemenangan, kau
hampiri kejayaan.
Dia senyum lagi setelah membaca kad
tersebut. Di halaman sebelah kad tersebut pula terdapat lukisan kartun
seseorang yang sedang melompat kegembiraan dengan memegang kertas yang tertulis
perkataan RESULT. Nasuha senyum lagi. Dia geleng kepala dan membiarkan kad
tersebut berada di situ. Dia mulai fokus dengan apa yang perlu diulangkajinya
saat itu. Tidak mahu terus leka dibuai dengan perkara remeh sedemikain rupa.
Bersambung....
menyibuk je c hafiz ne... hahaha taubat nasuha nk stdy pn pakai cntik2 ? pelik2...
BalasPadam