Khamis, 14 Ogos 2014

AKU, CNN DAN ANUAR ZAIN

        Assalamualaikum. Harap kalian semua sihat sejahtera. Adoiii, macam ayat mengarang surat tidak rasmi masa zaman sekolah dulu. Huhu. Erm, pertama, nak mohon RIBUAN MAAF kepada pembaca E-Novel CINTAMU LIMITED EDITION kerana membuat kalian menanti dan terus menanti sambungan cerita tersebut. Terima kasih kerana sudi bertanya khabar diri ini beserta karya sambungan yang tak kunjung tiba. MAAF, MAAF, MAAF! In shaa Allah andai diberi kelapangan, kesempatan oleh Allah SWT, sambungan itu bakal menyusul kelak cuma tidak dapat dinyatakan tarikh yang tepat. Mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan mahu pun tahun depan. Doakan apa yang terbaik k.


MASALAH ITU TIDAK DIPINTA TETAPI IA DATANG BERTIMPA-TIMPA SEBAGAI UJIAN ALLAH UNTUK HAMBA-NYA. DAN UJIAN ITU MENANDAKAN ALLAH SAYANG KEPADA KITA.

       Sebagai mukadimah karya setelah menyepi beberapa ketika dari dunia blog, terimalah karya lapuk dari CUADIEY/KASIEH AZIEAH yang telah dihasilkan pada September 2012 :D karya yang sarat dengan bahasa ibunda (Bahasa Brunei dan Melayu Sabah). Bagi yang memahami selamat membaca dan bagi yang tidak memahami boleh bertanya ya. Hehe..TERIMALAH:-



        Semalam, seorang wartawan yang lebih mesra digelar "CNN" datang menghampiriku ketika aku sedang rancak berborak dengan seorang tetamu yang hadir pada majlis malam itu. Dia menyoalku dengan lagak samsengnya biar pun berwajah kewanitaan dan berperanan sebagai seorang ibu kepada beberapa orang cahaya mata.
"Lai, orang mana lakimu?" Soalnya sambil memandang aku yang duduk bersimpuh ala-ala wanita melayu terakhir di zaman moden ini. (Argh, mulalah geli baca ayat aku tu. Kan kan kan? Jangan tipu. Hehe).

        Aku pandang kiri, aku pandang kanan, ku pandang di hadapan dan juga menoleh ke belakang. Sah, memang tiada orang lain. Mustahil soalan itu ditujukan kepada tetamu lelaki, teman aku berborak itu. Kan kan kan. Erm, takkan lelaki ni....eh jangan fikir negatif, be positive orang putih bilang.

       "Kau bah, lakimu tu orang mana tu? Lupaku?" Ujar CNN itu lagi seperti ingin berang kerana persoalannya tidak mampu dijawab sepantas kilat olehku.

       "Aku ada lakikah?!" Soalku dalam hati tapi mulut tersebutlah pula dan membuatkan CNN itu berpaling seraya berlari menuju pintu rumah dan entah macam mana boleh TERterjun dari tingkat 1 rumah tersebut pergi  ke tingkat bawah.( Adakah terjun dari tingkat 1 pergi tingkat 2 mestilah pergi tingkat bawahkan?!)

       Suasana majlis tersebut menjadi kecoh. Aku dengan gerak perlahan berjalan dengan kawad perlahan (mahu jalan lenggang kangkung sebenarnya tapi depan umum mana boleh berlenggang, Allah marah). Dalam pada itu aku berdoa di dalam hati agar dia tidak cedera, kalau mati tidak apa. (Wah, gila punya kejamlah aku ni). Setiba di sana, CNN itu meraung-raung, meronta-ronta, membuatku takut tapi masih lagi dengan wajah bersahaja tanpa sebarang perasaan.

       "Dia! Dia! Dia!" Pekik CNN itu penuh emosi sambil menuding jari kepadaku.Semua mata yang ada di sana memandangku. Aku kecilkan mataku dan jungkit kening ala kakak ipar aku yang tak jadi. (haha, xmo la sama Anuar Zain, kain pelikat la la la la kain pelikat la la la la. Susah nanti kahwin sama artis ni). Klik!Klik! Klik! (uits, ada juga orang snap pic aku, tidak sia-sia posing ni. Haha)

       "Kenapa dengan dia?" Soal seorang lelaki  sambil merenung tajam ke arahku. Mungkin marah kepadaku atas apa yang berlaku. (Erm, mangkalilah bah kan). Aku terus sahaja mendada dan balas renungan tajamnya itu. Dalam hati berkata 'kau ingat aku takut kau pandang-pandang aku macam tu. Nah aku kasi marak lagi mata aku ni.' Tapi aku pandang tidak lama, sekejap cuma sebab takut dia tergoda dengan aku. Hehe, perasan lagi. Tapi sebenarnya, aku takut Allah murka jadi tidak mahulah pandang lama-lama.

       "Dia bahan berita utamaku malam ani untuk TV Brunei tapi inda ia mo ngakun ia belaki sudah." Ujar CNN tadi sambil menghentak-hentak kakinya yang hampir terkulai layu itu. Sudah patah mo lagi hentak-hentak kaki bah, perasan kabal juga ni CNN.

       "Macam jua ia kan mengakun mun mimang alum belaki." Ujar seorang tua sambil memegang tongkat saktinya.( Tongkat Sakti???)

       "Tapi ia sudah belaki! Jadi aku mau jua ia jadi bahan utama beritaku untuk TV Brunei malam ani." Jerit CNN itu. Payah jua mun orang inda faham bahasa ani. Mengapa tah pulang kan  jadi bahan utama untuk TV Brunei ani, TV Malaysia ta bah. Sandi CNN ani.

       "Baiklah, jika itu yang awak inginkan, saya akan menikahi dia sekarang ini juga. Tok kadi, cepat, ambil posisi!" Ujar seorang pemuda. Tok kadi pun terkocoh-kocoh menghampiri kami. Uitsss gila ni pemuda, kecut perut tau. Aku cuba untuk melihat wajah pemuda itu dan akhirnya aku sendiri berasa dunia ini kelam seperti masuk Gua Kelam.Hua hua hua.

       "Cik, cik, cik." Panggil pemuda itu. Aku tersedar. Panik gila bila tengok pemuda yang ada di depan mataku.

       "Hmmmm." Aku menggosok mataku berulang kali, cuba mmemastikan apa yang kulihat adalah benar. Sekejap aku besarkan bukaan mataku kejap lagi aku kecilkan.

       "Cik." Panggilnya lunak. Oh, gila betul suara lelaki ni, gedebak, gedebuk jantung aku gugur di lantai tatkala mendengar suara itu. Anuar Zain okay!

       "Erm, jadi?" Soalku membuatnya terpinga-pinga. Blur juga mamat ni.

       "Maksud cik apa yang jadi?! Cik ni tertidur masa konsert saya." Terang Anuar Zain.

       "Ohhhhh." Aku angguk kepala perlahan kemudian menggeleng juga perlahan. Ya Allah, betul ke Anuar Zain kejutkan aku dari tidur yang lena. Rasa mimpi pula. Oh, Anuar Zain! kain pelikat la la la la, kain pelikat la la la la.

       KLIK! KLIK! KLIK! KLIK!

       "Silaunya, banyak orang snap gambar ni." Ujarku dengan mata yang susah untuk dibuka disebabkan silau yang teramat dek cahaya kamera tersebut. Namun masih memberikan posing terbaik kepada jurugambar yang ada.

       "Banyak kau punya snap gambar. Tu silau cahaya lampu, bangun solat subuh." Ujar ibu membuatkan aku segera bangkit untuk menunaikan kewajipanku kepada-NYA.

      Hmmm, mimpi rupanya.Patutlah mula-mula cerita dalam satu majlis bersama CNN tiba-tiba boleh pula tidur masa konsert Anuar Zain. Walau apa pun, nanti kita jumpa di Pulau Manukan lagi ya Anuar Zain!

##Jangan kamurang tension r##     *****Hahahahahaha*****

Selasa, 21 Januari 2014

Cintamu Limited Edition (26)


BAB 26

Telefon bimbit yang diletak di atas meja makan berdering nyaring. Nasuha berlari anak mendapatkan telefon bimbitnya. Nombor yang tertera di skrin telefon tidak dikenalinya. Dia menjawab panggilan tersebut tanpa berfikir panjang. Terdengar suara lelaki di hujung talian membuatkan Nasuha diam tanpa sepatah bicara.
            “Hello Suha. Abang Zai ni.” Ujar Rozairen berulang kali di hujung talian.
            “Abang Zai mana ni?” Soal Nasuha sambil tangan kanannya memegang dadanya yang berombak kencang.
            “Abang Zai jiran Nazim.” Ujar Rozairen pula.
            “Ooooo.”
            “Abang tidak sangka pula Nazim ada adik perempuan.” Ujar Rozairen sebagai mukadimah.
            “Dari mana dapat nombor telefon ni?” Soal Nasuha dengan suara yang sedikit tegas.
            “Semalam, abang minta dengan Nazim. Yalah manalah tahu ada hal kecemasan senang juga nak hubungi Suha.
“Kenapa telefon ni?” Soal Nasuha agak kurang mesra.
            “Kejap Suha.”
            “Okay.” Ujar Nasuha sepatah.
            “Mama.” Terdengar suara kanak-kanak di hujung talian. Nasuha teguk liur.
            “Eh, ni bukan mama.” Beritahu Nasuha jujur.
            “Mama bila mama mahu balik sini?” Soal suara itu lagi. Nasuha memegang kepala dan memicitnya.
            ‘Bala apa lagi ni. Aduiiiii, mama la pula.’ Desis hatinya.
            “Ini bukan mama.” Ujar Nasuha lagi agar kanak-kanak itu mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan olehnya.
            “Suha, tolong abang. Tolong menyamar jadi mama mereka. Kali ni saja. Tolong cakap dengan Illani. Dia rindu sangat dengan mama dia.” Rayu Rozairen pula.
            “Suha tidak sanggup tipu budak-budak.” Ujar Nasuha.
            Please. Kali ni sahaja. Illani betul-betul rindu dengan mama dia. Suha cuma pujuk dia agar menyusu botol dan tidur. Cakap dengan dia mama akan balik kalau dia ikut cakap mama. Pleaseeeee.” Rayu Rozairen dengan suara separuh berbisik.
            “Kenapa tidak telefon saja mama dia?” Soal Nasuha seolah tidak bersetuju dengan permintaan Rozairen.
            “Tidak dapat dihubungi. Tolong abang kali ni Suha. Suha tidak kesian dengan anak-anak abang. Dari tadi lagi anak-anak abang menangis nak cakap dengan mama dia tapi mama dia tidak jawab telefon. Suha tolong abang ya.” Pujuk Rozairen.
            ‘Aduh, kena berlakon jadi mak orang la pula. Ya Allah berkatilah apa yang aku lakukan ini.’ Doanya di dalam hati.
            “Mama bila mama nak balik?” Soal Illani di hujung talian.
            “Nanti mama balik.” Ujar Nasuha kekok.
            “Mama, Lani tidak mahu menyusu.” Terdengar pula suara Sarinah menjerit nyaring.
            “Lani mahu mama yang buat susu.” Rengek Illani.
            “Lani dengar ni. Lani minum saja susu yang abah buat lepas tu tidur.” Ujar Nasuha dengan suara yang bergetar.
            “Mari Rin lagi cakap dengan mama.” Telefon itu telah pun berpindah tangan.
            “Lani belum puas cakap dengan mamalah.” Marah Illani.
            “Mama rindu Rin?” Soal Sarinah membuatkan Nasuha hiba.
            “Rindu.”
            “Kalau rindu kenapa mama tidak balik?” Soal Sarinah lagi.
            “Bagi telefon dengan abah.” Pinta Nasuha cuba untuk tidak menjawab soalan Sarinah itu.
            “Bila mama balik?”
            “Nanti mama baliklah.”
            “Bila?”
            “Bila dah habis kerja. Bagi telefon dengan abah.” Pinta Nasuha lagi.
            “Kejap. I love you mama.”
            “Ermmm.” Hanya itu yang mampu terluah dari bibir Nasuha kala itu. Air matanya mula merembeskan keluar, tidak sampai hati menipu kanak-kanak itu.
            “Apa mereka cakap?”
            “Ini pertama dan terakhir Suha tolong. Lepas ni Suha tak nak bersubahat lagi.” Ujar Nasuha.
“Apa pun terima kasih Suha.”
            “Kali ni saja tau. Suha ada kerja ni.” Ujarnya cuba menamatkan panggilan telefon tersebut.
            “Okay. Assalamualaikum. Jaga diri.” Pesan Rozairen
            “Waalaikumussalam.” Cepat sahaja Nasuha mematikan panggilan tersebut. Dia memicit kepalanya yang tiba-tiba sahaja terasa sakit setelah menjawab panggilan Rozairen tadi.
            ‘Ngeri! Tiba-tiba jadi mama. Mentang-mentang subjek kesusteraan dan gender hari tu aku kena berlakon takkanlah sampai hidup aku ni pun aku kena berlakon. Aduiiiii, parah! Parah! Parah! Sabar Nasuha pasti ada hikmah semua ni dan pasti akan ada jalan untuk menghindarkan segala yang menyesakkan otak ini. Manusia sekarang bagus-bagus ada anak dan dah besar boleh pula tinggalkan macam tu saja gara-gara ikut lelaki lain. Kesian-kesian juga Nasuha jangan kau gatal nak jadi mama baru budak-budak tu sudahlah.’ Dia cuba mengingatkan dirinya sendiri.

Jumaat, 17 Januari 2014

Cintamu Limited Edition (25)

BAB 25



“Assalamualaikum.” Ucap Rozairen.
            “Waalaikumussalam.” Jawab Nasuha seraya berlari menuju tingkat atas.
            “Aik, jawab salam tapi kenapa lari pergi atas pula?!” Soal Rozairen sendirian.
            “Eh Zai, masuklah.” Pelawa Nazim yang baru sahaja muncul sambil membuka pintu rumah yang berkunci itu.
            “Terima kasih. Lama tak nampak kau.”
            “Owhh, aku out station. Dekat satu bulan jugalah rumah ni kosong.”
            “Patutlah sunyi saja.”
            “Anak-anak kau mana?” Soal Nazim tiba-tiba teringat akan anak kembar Rozairen.
            “Di rumah dengan nenek mereka. Tadi aku buang sampah kebetulan ternampak kereta dan pintu rumah kau terbuka, tu yang saja datang nak tanya khabar. Eh, siapa tadi tu?” Tanya Roziaren sambil matanya liar mencari kelibat gadis tadi.
            “Oh, yang tu….”
            “Bapak silakan minum.” Ujar gadis itu dengan loghat Indonesianya membuatkan Nazim mengerutkan dahinya. Nasuha hanya tersenyum penuh makna melihat kerutan di dahi abangnya itu. Manakala Rozairen pula memandang Nasuha tanpa mengerdipkan matanya.
            “Hoi, kau kenapa?” Soal Nazim kepada Rozairen setelah kelibat Nasuha memasuki ruang dapur.
            “Errrrr, tu siapa? Orang gaji kau? Alhamdulillah, selesai masalah aku.”
            “Hah?!” Nazim terpinga-pinga tidak faham akan maksud Rozairen.
            “Macam ni, mak aku dah nak balik kampung malam ni tapi sampai sekarang aku tak jumpa orang yang nak jaga si kembar tu. Jadi bolehlahkan aku tumpang orang gaji kau untuk dua tiga hari sebelum aku dapat penjaga mereka.”
            “Errr…..”
            “Kalau pasal bayaran jangan risau.”
            “Ni bukan pasal bayaran tapi….”
            “Ala kira okaylah tu Zim, aku dah pening ni nak cari penjaga mereka.”
            “Zaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.” Jerit satu suara dari rumah sebelah.
            “Ha tu dia, mak aku dah menjerit cari aku. Kira okay ya.” Ujar Rozairen bingkas berdiri dan seraya itu sempat juga dia mencapai gelas berisi air sirap itu dan meneguknya hingga habis.
            “Zai masalahnyakan yang tadi tu…”
            “Eee kau jangan risau aku bayar okay atau kau nak dia pergi rumah aku pun boleh saja. Okaylah aku balik dulu. Jangan lupa esok ya. Thanks sahabat.” Ujar Rozairen seraya bergegas balik ke rumahnya.
            “Sama-sama.” Jawab Nazim perlahan.
            “Dah balik dah jiran Along tu?” Soal Nasuha.
            “Dah. Kenapa tiba-tiba berbahasa Indonesia pula tadi.”
            “Saja nak kenakan dia. Achik geramlah dengan dia.”
            “Baru semalam sampai dah geram dengan jiran Along?”
            “Mahunya tak. Along tahu tak, dialah yang Achik cerita mengendap di dapur tu semalam.”
            “Yang Achik simbah dengan baki kari tu?”
            “Yup. Siapa suruh mengendap, kan dah kena. Haha.” Nasuha ketawa sekerat.
            “Ni Along pun nak kata kat Achik, kan dah kena. Dia minta tolong Achik jaga anak-anak dia dua tiga hari ni sebelum dia jumpa penjaga budak-budak tu.”
            “Sebelum dia jumpa penjaga budak-budak tu?! Penjaga budak-budak tu hilangkah?”
            “Bukan hilang tapi lari jadi sekarang dia sedang mencari penjaga baru.”
            “Oooo. Berapa ramai anak yang dia ada?” Soal Nasuha ingin tahu.
            “Dua orang saja. Anak kembar perempuan berusia 4 tahun.”
            “Mak mereka mana?”
            “Dah tinggalkan mereka.”
            “Kenapa?”
            “Masalah rumah tangga mereka manalah kita tahu.” Ujar Nazim seraya bangkit dari kerusinya.
            “Oooo. Dah tu esok nak kena jaga budak-budak tu di mana? Kalau nak suruh Achik pergi rumah dia Achik tak nak.”
            “Dah agak dah. Kan senang kalau Achik saja datang sana. Tak payah budak-budak tu berangkut kain baju pergi sini.”
            “Dah minta tolong tu faham-fahamlah ya.”
            “Amboi garang betullah Achik ni. Esok jangan pula sampai budak-budak tu menangis Achik kerjakan.”
            “Esok Along tengoklah siapa yang menangis. Budak-budak tu yang menangis atau Along yang menangis.”
            “Kenapa pula Along yang menangis?” Nazim kerutkan dahi.
            “Sebab esok Along akan tengok dinding yang kosong akan penuh dengan lukisan. Hehe.”
            “Achiklah yang ajar tu.”
            “Mestilah.”
            “Kalau macam tu esok pergilah jaga budak-budak tu di rumah mereka.”
            “Gurau sajalah Along.”
            “Tahu takut.”
            Nasuha senyum geli hati mendengar ugutan Nazim tadi. Apa yang pasti esok dia tidak akan bersendirian dan rasa sunyi di rumah itu. Dia senyum berharap anak-anak jiran abangnya itu mampu bekerjasama dengan baik dengan dirinya.

Esoknya tepat jam 6 pagi Rozairen telah pun menghantar 2 orang puteri kembarnya ke rumah Nazim untuk dijaga oleh Nasuha. Sarinah dan Illani yang masih mengantuk terus sahaja berbaring di sofa yang terdapat di ruang tamu rumah itu. Rozairen menyerahkan segala kelengkapan yang diperlukan oleh 2 orang puterinya itu kepada Nasuha.
            “Bik, yang ini susu mereka..errr susu anak-anak saya, kalau anak-anak saya mahu susu baru buat ya bik. Sukatan 7 sudu susu dan air juga 7. Tengok tangan saya ni ya bik, di sini ya. Jangan lebih dan jangan kurang ya bik. Faham bik?.” Ujar Rozairen dengan loghat Indonesia yang menggelikan hati Nasuha sambil jarinya menunjukkan garisan yang terdapat di botol susu tersebut.
            “Ya tuan saya faham kok.” Jawab Nasuha sambil tersenyum.
            “Nanti mereka bangun terus mandikan ya bik. Baju mereka semua ada dalam beg ni bik.”
            “Iya tuan.”
            “Kau yakinkah adik aku jaga anak kau ni Zai?” Ujar Nazim sebaik turun dari tingkat atas.
            “Adik kau?”
            “Nasuha ni adik aku. Tak payahlah kau nak bersusah payah bercakap dengan loghat Indonesia tak jadi kau tu.” Ujar Nazim sambil menggeleng kepalanya melihat Nasuha yang tersengih nakal.
            “Patutlah sengihan tu lain macam.” Rozairen kerling Nasuha yang berdiri di depannya.
            “Kan dah kena!” Ujar Nasuha dan Nazim serentak.
            “Itulah semalam aku nak terangkan kau potong saja cakap aku ni.”
            “Apa pun aku dah lega sekarang bila tahu yang jaga anak-anak aku ni adik kau. Erm, abang habis kerja saja abang ambil anak-anak abang. Jangan risau ya. Sarinah dan Illani ni tidak susah nak jaga cuma susah sikit nak bagi makan sajalah.” Terang Rozairen.
            “Ooooo.” Nasuha mengangguk tanda faham.
            “Kalau ada apa-apa hal nanti cari nombor telefon abang Zai di meja telefon tu. Manalah tahu budak-budak tu ngeri tengok muka Achik sampai menangis sakan bolehlah telefon abang Zai suruh dia balik awal.” Ujar Nazim dengan kening yang terjungkit.
            “Along tu mengutuk oranglah tu.”
            “Bukan mengutuk tapi langkah berjaga-jaga.”
            “Kalau ada apa-apa telefon sajalah. Jangan risau hari ni abang tak akan off telefon abang.” Ujar Rozairen seraya menyuap nasi goreng yang terdapat di atas meja.
            “Kau pastikan telefon kau tu sentiasa bersama kau. Mungkin 2 jam kau di pejabat kau akan dapat panggilan untuk balik dengan kadar segera. Hahahaha.”
            “Ish kau ni ada pula macam tu. Aku yakin adik kau boleh handle anak-anak aku.”
            “Apa-apa sajalah yang penting kau pastikan telefon kau tu sentiasa berfungsi dan sentiasa bersama kau.” Pesan Nazim lagi.
            Selepas kedua mereka bergerak meninggalkan perkarangan rumah, Nasuha menutup pintu dan menguncinya. Dia melihat anak kembar Rozairen yang masih lagi lena tidur di sofa yang terdapat di ruang tamu dan seketika kemudian dia segera beralih ke meja makan, mengemas pinggan dan cawan yang telah digunakan oleh Nazim dan Rozairen tadi dan segera dibawa ke dapur. Habis membasuh pinggan mangkuk tersebut barulah Nasuha bersarapan pagi pada hari itu. Sedang enak menikmati sarapan pagi tiba-tiba dilihatnya Sarinah bangun dan menggeliat beberapa kali.
            “Selamat pagi mama.” Ucap Sarinah membuatkan Nasuha terkedu seketika.
            “Bukan mama tapi kakak.” Ujar Nasuha mesra sambil meraih Sarinah ke dalam pelukannya.
            “Hmmm, abah dah pergi kerja?” Soal Sarinah.
            “Dah. Jom mandi.” Ajak Nasuha. Cepat sahaja Sarinah menganggukkan kepalanya dan mengikut langkah Nasuha menuju ke bilik mandi.
            “Lani nak ikut juga.” Laung Illani dari ruang tamu. Cepat sahaja Sarinah berlari menuju ke ruang tamu.
            “Jom.” Ajak Sarinah sambil memimpin tangan Illani.
            Habis sahaja menyiapkan Sarinah dan Illani dia membiarkan kembar seiras itu duduk di hadapan televisyen sementara dia menyediakan nasi goreng untuk sarapan mereka. Tidak lama kemudian dia memanggil keduanya untuk bersarapan di meja makan.
            “Rin tak mau makanlah.” Ujar Sarinah seraya memeluk bantal yang berhampirannya.
            “Lani pun tak mau makan.” Ujar Illani.
            “Tengoklah dulu apa yang ada atas meja.”
            “Apa?”
            “Marilah tengok sini.” Nasuha menggamit keduanya agar datang menghampiri mereka. Sarinah dan Illani segera berdiri dan melihat apa yang terdapat di meja makan. Nasuha senyum kerana umpan pertamanya telah mengena dan berharap taktiknya ini juga akan berjaya.
            “Wahhhhhhhhhh!” Ternganga mulut Sarinah dan Illani melihat nasi goreng yang mempunyai mata dan mulut itu.
            “Nak makanlah.” Ujar Illani.
            ‘Yessssssss! Ini Nasuha okay.’
            Sedari pagi tadi Nasuha melayan 2 puteri kembar yang petah berkata-kata itu. Ada sahaja tingkah mereka yang mencuit hatinya. Dia mengusap lembut pipi Sarinah dan juga Illani yang telah pun terlena di di hadapan televisyen. Ditinggalkan kembar itu sementara dia pula menuju ke bilik solat yang terletak bersebelahan dengan ruang dapur untuk menunaikan kewajipannya.
            “Assalamualaikum.” Ucap satu suara parau agak kuat. Nasuha yang sedang leka melakukan kerja-kerja di dapur segera berhenti membuat kerja-kerja di dapur. Perlahan-lahan dia menapak ke ruang tamu.
            ‘Ni yang aku tak suka ni.’
            “Assalamualaikum.”
            “Siapa?” Soal Nasuha.
            “Abang Zai.” Jawab Rozairen dari luar setia menanti pintu rumah itu dibuka.
            “Betul abang Zai.”
            “Betullah.”
            ‘Ya Allah macam mana ni.’ Nasuha teguk liur, tidak mahu Rozairen masuk ke dalam rumah itu. Bermacam-macam yang terlintas di fikiran kala itu. Semuanya yang buruk-buruk belaka dan dia tidak mahu apa yang difikirkannya itu menjadi kenyataan.
            “Abang nak ambil Rin dan Lani.”
            “Errr, mereka tidur.”
            “Oh, tak apalah. Nanti kalau mereka bangun, telefon abang. Nanti abang ambil.” Ujar Rozairen mengharap Nasuha akan membuka pintu itu namun hampa.
            “Baiklah.” Jawab Nasuha yang kaku di sebalik pintu.
            Selang 30 minit kemudian, kelihatan kereta Nazim masuk ke perkarangan rumah itu. Bibir Rozairen mengukir senyuman tipis apabila melihat kelibat Nazim keluar dari perut kereta. Cepat sahaja dia menyarung seliparnya dan menghampiri pagar yang memisahkan rumah mereka.
            “Assalamualaikum?” Ujar Rozairen tanpa membuang masa.
            “Waalaikumussalam. Dah ambil si kembar?” Soal Nazim.
            “Baru nak ambil. Tadi budak-budak tu tidur.”
            “Owh. Jomlah.” Ajak Nazim.
            Rozairen menapak memasuki perkarangan rumah jirannya selama hampir 3 tahun itu. Baru kini dia tahu jirannya itu mempunyai seorang adik perempuan. Sebelum ini dia cuma melihat adik-beradik lelakinya sahaja yang keluar masuk di rumah itu. Dia teringat sewaktu kali pertama melihat kelibat gadis itu halaman rumah Nazim, dia sangat tertarik dengan wanita itu dan secaara senyap dia mengintai gadis itu melalui tingkap dapur untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas. Namun belum sempat dia melihat dengan jelas, dia disimbah dengan air berperisa kari dan sepantas kilat tingkap dan tirai ditutup rapat.
            “Kau senyum ni apasal?” Soal Nazim sedikit pelik dengan tingkah Rozairen.
            “Senyum? Tiadalah.” Ujar Rozairen seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Nazim sekadar menggeleng kepala melihatnya dan seraya memberi salam setiba di hadapan pintu rumah. Setelah menjawab beberapa soalan dari Nasuha barulah pintu rumah itu dibuka dari dalam. Rozairen ternganga apabila mendengar dan melihat apa yang berlaku di hadapannya. Tidak menyangka tuan rumah mahu masuk ke dalam rumah pun perlu melalui soal jawab sedemikian rupa.
“Suha, abang nak masuk ni.” Ujar Rozairen.
“Masuklah.” Jawab gadis itu ringkas.
“Suha tak nak soal abang macam tu?” Soalnya.
            “Kau nak merasa tak jejak kaki dalam rumah ke Zai?” Soal Nazim sambil menuang nescafe ke dalam cawan miliknya.
            “Pernahkah orang tak masuk gara-gara disoal oleh Suha?” Soal Rozairen sambil melirik ke arah Nasuha.
            “Pernah. Siapa tu Chik, Angah ke Abang yang kau tak bagi masuk rumah hari tu?” Soal Nazim.
            “Angah. Eh, Bang Zai jemputlah minum.” Pelawa Nasuha selepas menjawab soalan Nazim.
            “Terima kasih. Kenapa tak bagi masuk Angah?” Soal Rozairen seolah berminat untuk mendengar kisah tersebut.
            “Gara-gara tidak ingat nombor MyKad sendiri. Tidur di luar okay.” Ujar Nazim mengimbau kenangan lalu dengan senyuman mekar di bibir. Terbayang di matanya melihat Nazmi atau lebih mesra dengan panggilan Angah di kalangan ahli keluarganya yang terpaksa menunggu di luar rumah sehingga mak dan ayah mereka balik.
            “Dasyat.” Rozairen teguk liur.
            “Tahu tidak apa. So, kau pun kena berhati-hati dengan adik aku ni. Nampak biasa tapi berbisa.” Pesan Nazim kepada Rozairen sebelum keduanya tertawa serentak.