BAB 25
“Assalamualaikum.”
Ucap Rozairen.
“Waalaikumussalam.” Jawab Nasuha
seraya berlari menuju tingkat atas.
“Aik, jawab salam tapi kenapa lari
pergi atas pula?!” Soal Rozairen sendirian.
“Eh Zai, masuklah.” Pelawa Nazim
yang baru sahaja muncul sambil membuka pintu rumah yang berkunci itu.
“Terima kasih. Lama tak nampak kau.”
“Owhh, aku out station. Dekat satu bulan jugalah rumah ni kosong.”
“Patutlah sunyi saja.”
“Anak-anak kau mana?” Soal Nazim
tiba-tiba teringat akan anak kembar Rozairen.
“Di rumah dengan nenek mereka. Tadi
aku buang sampah kebetulan ternampak kereta dan pintu rumah kau terbuka, tu
yang saja datang nak tanya khabar. Eh, siapa tadi tu?” Tanya Roziaren sambil
matanya liar mencari kelibat gadis tadi.
“Oh, yang tu….”
“Bapak silakan minum.” Ujar gadis
itu dengan loghat Indonesianya membuatkan Nazim mengerutkan dahinya. Nasuha
hanya tersenyum penuh makna melihat kerutan di dahi abangnya itu. Manakala
Rozairen pula memandang Nasuha tanpa mengerdipkan matanya.
“Hoi, kau kenapa?” Soal Nazim kepada
Rozairen setelah kelibat Nasuha memasuki ruang dapur.
“Errrrr, tu siapa? Orang gaji kau?
Alhamdulillah, selesai masalah aku.”
“Hah?!” Nazim terpinga-pinga tidak
faham akan maksud Rozairen.
“Macam ni, mak aku dah nak balik
kampung malam ni tapi sampai sekarang aku tak jumpa orang yang nak jaga si
kembar tu. Jadi bolehlahkan aku tumpang orang gaji kau untuk dua tiga hari
sebelum aku dapat penjaga mereka.”
“Errr…..”
“Kalau pasal bayaran jangan risau.”
“Ni bukan pasal bayaran tapi….”
“Ala kira okaylah tu Zim, aku dah
pening ni nak cari penjaga mereka.”
“Zaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.” Jerit
satu suara dari rumah sebelah.
“Ha tu dia, mak aku dah menjerit
cari aku. Kira okay ya.” Ujar Rozairen bingkas berdiri dan seraya itu sempat
juga dia mencapai gelas berisi air sirap itu dan meneguknya hingga habis.
“Zai masalahnyakan yang tadi tu…”
“Eee kau jangan risau aku bayar okay
atau kau nak dia pergi rumah aku pun boleh saja. Okaylah aku balik dulu. Jangan
lupa esok ya. Thanks sahabat.” Ujar
Rozairen seraya bergegas balik ke rumahnya.
“Sama-sama.” Jawab Nazim perlahan.
“Dah balik dah jiran Along tu?” Soal
Nasuha.
“Dah. Kenapa tiba-tiba berbahasa
Indonesia pula tadi.”
“Saja nak kenakan dia. Achik
geramlah dengan dia.”
“Baru semalam sampai dah geram
dengan jiran Along?”
“Mahunya tak. Along tahu tak, dialah
yang Achik cerita mengendap di dapur tu semalam.”
“Yang Achik simbah dengan baki kari
tu?”
“Yup. Siapa suruh mengendap, kan dah
kena. Haha.” Nasuha ketawa sekerat.
“Ni Along pun nak kata kat Achik,
kan dah kena. Dia minta tolong Achik jaga anak-anak dia dua tiga hari ni
sebelum dia jumpa penjaga budak-budak tu.”
“Sebelum dia jumpa penjaga
budak-budak tu?! Penjaga budak-budak tu hilangkah?”
“Bukan hilang tapi lari jadi sekarang
dia sedang mencari penjaga baru.”
“Oooo. Berapa ramai anak yang dia
ada?” Soal Nasuha ingin tahu.
“Dua orang saja. Anak kembar
perempuan berusia 4 tahun.”
“Mak mereka mana?”
“Dah tinggalkan mereka.”
“Kenapa?”
“Masalah rumah tangga mereka manalah
kita tahu.” Ujar Nazim seraya bangkit dari kerusinya.
“Oooo. Dah tu esok nak kena jaga
budak-budak tu di mana? Kalau nak suruh Achik pergi rumah dia Achik tak nak.”
“Dah agak dah. Kan senang kalau
Achik saja datang sana. Tak payah budak-budak tu berangkut kain baju pergi
sini.”
“Dah minta tolong tu faham-fahamlah
ya.”
“Amboi garang betullah Achik ni.
Esok jangan pula sampai budak-budak tu menangis Achik kerjakan.”
“Esok Along tengoklah siapa yang
menangis. Budak-budak tu yang menangis atau Along yang menangis.”
“Kenapa pula Along yang menangis?”
Nazim kerutkan dahi.
“Sebab esok Along akan tengok
dinding yang kosong akan penuh dengan lukisan. Hehe.”
“Achiklah yang ajar tu.”
“Mestilah.”
“Kalau macam tu esok pergilah jaga
budak-budak tu di rumah mereka.”
“Gurau sajalah Along.”
“Tahu takut.”
Nasuha senyum geli hati mendengar
ugutan Nazim tadi. Apa yang pasti esok dia tidak akan bersendirian dan rasa
sunyi di rumah itu. Dia senyum berharap anak-anak jiran abangnya itu mampu
bekerjasama dengan baik dengan dirinya.
Esoknya
tepat jam 6 pagi Rozairen telah pun menghantar 2 orang puteri kembarnya ke
rumah Nazim untuk dijaga oleh Nasuha. Sarinah dan Illani yang masih mengantuk
terus sahaja berbaring di sofa yang terdapat di ruang tamu rumah itu. Rozairen
menyerahkan segala kelengkapan yang diperlukan oleh 2 orang puterinya itu
kepada Nasuha.
“Bik, yang ini susu mereka..errr
susu anak-anak saya, kalau anak-anak saya mahu susu baru buat ya bik. Sukatan 7
sudu susu dan air juga 7. Tengok tangan saya ni ya bik, di sini ya. Jangan
lebih dan jangan kurang ya bik. Faham bik?.” Ujar Rozairen dengan loghat
Indonesia yang menggelikan hati Nasuha sambil jarinya menunjukkan garisan yang
terdapat di botol susu tersebut.
“Ya tuan saya faham kok.” Jawab Nasuha sambil tersenyum.
“Nanti mereka bangun terus mandikan
ya bik. Baju mereka semua ada dalam beg ni bik.”
“Iya tuan.”
“Kau yakinkah adik aku jaga anak kau
ni Zai?” Ujar Nazim sebaik turun dari tingkat atas.
“Adik kau?”
“Nasuha ni adik aku. Tak payahlah kau
nak bersusah payah bercakap dengan loghat Indonesia tak jadi kau tu.” Ujar
Nazim sambil menggeleng kepalanya melihat Nasuha yang tersengih nakal.
“Patutlah sengihan tu lain macam.”
Rozairen kerling Nasuha yang berdiri di depannya.
“Kan dah kena!” Ujar Nasuha dan
Nazim serentak.
“Itulah semalam aku nak terangkan
kau potong saja cakap aku ni.”
“Apa pun aku dah lega sekarang bila
tahu yang jaga anak-anak aku ni adik kau. Erm, abang habis kerja saja abang
ambil anak-anak abang. Jangan risau ya. Sarinah dan Illani ni tidak susah nak
jaga cuma susah sikit nak bagi makan sajalah.” Terang Rozairen.
“Ooooo.” Nasuha mengangguk tanda
faham.
“Kalau ada apa-apa hal nanti cari
nombor telefon abang Zai di meja telefon tu. Manalah tahu budak-budak tu ngeri
tengok muka Achik sampai menangis sakan bolehlah telefon abang Zai suruh dia
balik awal.” Ujar Nazim dengan kening yang terjungkit.
“Along tu mengutuk oranglah tu.”
“Bukan mengutuk tapi langkah
berjaga-jaga.”
“Kalau ada apa-apa telefon sajalah.
Jangan risau hari ni abang tak akan off
telefon abang.” Ujar Rozairen seraya menyuap nasi goreng yang terdapat di atas
meja.
“Kau pastikan telefon kau tu
sentiasa bersama kau. Mungkin 2 jam kau di pejabat kau akan dapat panggilan
untuk balik dengan kadar segera. Hahahaha.”
“Ish kau ni ada pula macam tu. Aku
yakin adik kau boleh handle anak-anak
aku.”
“Apa-apa sajalah yang penting kau
pastikan telefon kau tu sentiasa berfungsi dan sentiasa bersama kau.” Pesan
Nazim lagi.
Selepas kedua mereka bergerak meninggalkan
perkarangan rumah, Nasuha menutup pintu dan menguncinya. Dia melihat anak
kembar Rozairen yang masih lagi lena tidur di sofa yang terdapat di ruang tamu
dan seketika kemudian dia segera beralih ke meja makan, mengemas pinggan dan
cawan yang telah digunakan oleh Nazim dan Rozairen tadi dan segera dibawa ke
dapur. Habis membasuh pinggan mangkuk tersebut barulah Nasuha bersarapan pagi
pada hari itu. Sedang enak menikmati sarapan pagi tiba-tiba dilihatnya Sarinah
bangun dan menggeliat beberapa kali.
“Selamat pagi mama.” Ucap Sarinah
membuatkan Nasuha terkedu seketika.
“Bukan mama tapi kakak.” Ujar Nasuha
mesra sambil meraih Sarinah ke dalam pelukannya.
“Hmmm, abah dah pergi kerja?” Soal
Sarinah.
“Dah. Jom mandi.” Ajak Nasuha. Cepat
sahaja Sarinah menganggukkan kepalanya dan mengikut langkah Nasuha menuju ke
bilik mandi.
“Lani nak ikut juga.” Laung Illani
dari ruang tamu. Cepat sahaja Sarinah berlari menuju ke ruang tamu.
“Jom.” Ajak Sarinah sambil memimpin
tangan Illani.
Habis sahaja menyiapkan Sarinah dan
Illani dia membiarkan kembar seiras itu duduk di hadapan televisyen sementara
dia menyediakan nasi goreng untuk sarapan mereka. Tidak lama kemudian dia
memanggil keduanya untuk bersarapan di meja makan.
“Rin tak mau makanlah.” Ujar Sarinah
seraya memeluk bantal yang berhampirannya.
“Lani pun tak mau makan.” Ujar
Illani.
“Tengoklah dulu apa yang ada atas
meja.”
“Apa?”
“Marilah tengok sini.” Nasuha
menggamit keduanya agar datang menghampiri mereka. Sarinah dan Illani segera
berdiri dan melihat apa yang terdapat di meja makan. Nasuha senyum kerana umpan
pertamanya telah mengena dan berharap taktiknya ini juga akan berjaya.
“Wahhhhhhhhhh!” Ternganga mulut
Sarinah dan Illani melihat nasi goreng yang mempunyai mata dan mulut itu.
“Nak makanlah.” Ujar Illani.
‘Yessssssss! Ini Nasuha okay.’
Sedari pagi tadi Nasuha melayan 2
puteri kembar yang petah berkata-kata itu. Ada sahaja tingkah mereka yang
mencuit hatinya. Dia mengusap lembut pipi Sarinah dan juga Illani yang telah
pun terlena di di hadapan televisyen. Ditinggalkan kembar itu sementara dia
pula menuju ke bilik solat yang terletak bersebelahan dengan ruang dapur untuk
menunaikan kewajipannya.
“Assalamualaikum.” Ucap satu suara
parau agak kuat. Nasuha yang sedang leka melakukan kerja-kerja di dapur segera
berhenti membuat kerja-kerja di dapur. Perlahan-lahan dia menapak ke ruang
tamu.
‘Ni yang aku tak suka ni.’
“Assalamualaikum.”
“Siapa?” Soal Nasuha.
“Abang Zai.” Jawab Rozairen dari
luar setia menanti pintu rumah itu dibuka.
“Betul abang Zai.”
“Betullah.”
‘Ya Allah macam mana ni.’ Nasuha
teguk liur, tidak mahu Rozairen masuk ke dalam rumah itu. Bermacam-macam yang
terlintas di fikiran kala itu. Semuanya yang buruk-buruk belaka dan dia tidak
mahu apa yang difikirkannya itu menjadi kenyataan.
“Abang nak ambil Rin dan Lani.”
“Errr, mereka tidur.”
“Oh, tak apalah. Nanti kalau mereka
bangun, telefon abang. Nanti abang ambil.” Ujar Rozairen mengharap Nasuha akan
membuka pintu itu namun hampa.
“Baiklah.” Jawab Nasuha yang kaku di
sebalik pintu.
Selang 30 minit kemudian, kelihatan
kereta Nazim masuk ke perkarangan rumah itu. Bibir Rozairen mengukir senyuman
tipis apabila melihat kelibat Nazim keluar dari perut kereta. Cepat sahaja dia
menyarung seliparnya dan menghampiri pagar yang memisahkan rumah mereka.
“Assalamualaikum?” Ujar Rozairen
tanpa membuang masa.
“Waalaikumussalam. Dah ambil si
kembar?” Soal Nazim.
“Baru nak ambil. Tadi budak-budak tu
tidur.”
“Owh. Jomlah.” Ajak Nazim.
Rozairen menapak memasuki
perkarangan rumah jirannya selama hampir 3 tahun itu. Baru kini dia tahu
jirannya itu mempunyai seorang adik perempuan. Sebelum ini dia cuma melihat
adik-beradik lelakinya sahaja yang keluar masuk di rumah itu. Dia teringat
sewaktu kali pertama melihat kelibat gadis itu halaman rumah Nazim, dia sangat
tertarik dengan wanita itu dan secaara senyap dia mengintai gadis itu melalui
tingkap dapur untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas. Namun belum sempat
dia melihat dengan jelas, dia disimbah dengan air berperisa kari dan sepantas
kilat tingkap dan tirai ditutup rapat.
“Kau senyum ni apasal?” Soal Nazim
sedikit pelik dengan tingkah Rozairen.
“Senyum? Tiadalah.” Ujar Rozairen seraya
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Nazim
sekadar menggeleng kepala melihatnya dan seraya memberi salam setiba di hadapan
pintu rumah. Setelah menjawab beberapa soalan dari Nasuha barulah pintu rumah
itu dibuka dari dalam. Rozairen ternganga apabila mendengar dan melihat apa
yang berlaku di hadapannya. Tidak menyangka tuan rumah mahu masuk ke dalam
rumah pun perlu melalui soal jawab sedemikian rupa.
“Suha,
abang nak masuk ni.” Ujar Rozairen.
“Masuklah.”
Jawab gadis itu ringkas.
“Suha
tak nak soal abang macam tu?” Soalnya.
“Kau nak merasa tak jejak kaki dalam
rumah ke Zai?” Soal Nazim sambil menuang nescafe ke dalam cawan miliknya.
“Pernahkah orang tak masuk gara-gara
disoal oleh Suha?” Soal Rozairen sambil melirik ke arah Nasuha.
“Pernah. Siapa tu Chik, Angah ke
Abang yang kau tak bagi masuk rumah hari tu?” Soal Nazim.
“Angah. Eh, Bang Zai jemputlah
minum.” Pelawa Nasuha selepas menjawab soalan Nazim.
“Terima kasih. Kenapa tak bagi masuk
Angah?” Soal Rozairen seolah berminat untuk mendengar kisah tersebut.
“Gara-gara tidak ingat nombor MyKad
sendiri. Tidur di luar okay.” Ujar Nazim mengimbau kenangan lalu dengan
senyuman mekar di bibir. Terbayang di matanya melihat Nazmi atau lebih mesra
dengan panggilan Angah di kalangan ahli keluarganya yang terpaksa menunggu di
luar rumah sehingga mak dan ayah mereka balik.
“Dasyat.” Rozairen teguk liur.
“Tahu tidak apa. So, kau pun kena berhati-hati dengan
adik aku ni. Nampak biasa tapi berbisa.” Pesan Nazim kepada Rozairen sebelum
keduanya tertawa serentak.
nampak biasa tapi berbisa hahahahaha
BalasPadamHaha...berbisalah sangat...
BalasPadam