TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (10)
PENULIS : CUADIEY
Ting!
“Ha, dah pun masak biskut kita.” Ujar Nasuha dan bingkas bangun menuju ke ruangan dapur.
“Masak?” Tanya Puan Syuhada.
“Masak. Mak sinilah. Hari tu kata tak reti nak guna oven ni. Mari Achik ajar.”
“Alah, Achik kan ada.”
“Masa Achik ada bolehlah. Mana tahu mak ada hati nak guna oven ni masa
Achik tiada nanti, kan senang.” Bebal Nasuha.
“Kamu nak pergi mana? “ Soal Puan Syuhada sambil menghampiri anak gadisnya itu.
“Mak lupalah tu. Sekarang Achik cuti, ada dekat rumah, bolehlah
tolong-tolong mak. Nanti bila Achik dah balik U ke dah kerja ke,pergi
mana ke, kan senang kalau mak dah tau guna benda alah ni.” Terang
Nasuha.
“Betul jugakan. Mana tahu dah kahwin ke, tinggal mak sendiri-sendiri kat rumah tak reti nak guna oven ni.”
“Ke situ pula mak ni.”
“Betul juga kan?! Erm, Achik ni tiada calon lagi ke nak dicanang dengan
mak? Mak tengok orang-orang baya Achik macam anak makcik Munah, makcik
Jarah, anak mak Long Kiah tu, siapa lagi, anak mak Ngah Jenab kamu tu
pun ada juga dengar-dengar khabarnya. Yang kamu ni sepi je, tak ada yang
berkenan lagi ke?”
“Mmmm, hem hem hem, tak tahu nak jawab macam mana mak.”
“Tak tahu jawab macam mana tu maksudnya dah ada calonnya ke belum?” Puan Syuhada inginkan jawapan yang pasti.
“Erm, macam ni mak, Achik tak berminatlah nak ada calon-calon ni mak.
Kalau boleh Achik nak mak je yang carikan. Baik bagi mak baiklah bagi
Achik. Dah tu Achik tak nak yang bercintan-cintun ni. Takut juga nanti
Achik dok bercintan-cintun sangat, silap haribulan silap langkah lain
pula jadinya. Dahlah menconteng arang kat muka mak dan ayah di dunia ni,
tambah lagi timbangan dosa ayah di akhirat nanti.” Hujah Achik.
“Ni kiranya, kalau ada orang yang masuk meminang, orangnya pun okay, Achik terimalah kan?” Teka Puan Syuhadah.
“Lebih kurang macam tulah mak. Sebelum terima kena nilai jugalah. Yang
penting boleh bimbing Achik ke jalan yang lebih baik dari sekarang. Tapi
takut jugalah mula-mula nampak baik tapi bila dah kahwin nanti lain
pula jadinya.” Nasuha gerun memikirkan hal itu.
“Jangan nak buat macam-macam dengan anak mak. Dia ambil elok je tapi
kalau dah sampai nak dera-dera anak mak, dia tahulah nasib dia. Hilang
jari anak mak satu sebab dia, dia pun akan hilang jari satu sebab mak.”
“Wuishhh, garangnya mak.”
“Mestilah. Pantang keturunan mak ada orang macam tu.”
“Amboi mak emosinya macam dah nak terima menantu je.”
“Tu, kalau si Hafiz tu nak jadi menantu mak, mak terima je.”
“Ha?? Hafiz Azhar tu?” Nasuha terjerit kecil.
“Yelah. Ada lagi Hafiz lain yang kamu kenal? Mak kenal Hafiz yang tu je.
“Eee tak mahulah dengan dia mak.”
“Mak tengok dia tu okay je.”
“Eeee, okay?! Mak tak nampak ke dia tu selalu jahat dengan Achik.
Panggil nama Achik pun Taubat Nasuha. Depan mak dan ayah pun dia still
panggil macam tu juga.” Rungut Nasuha.
“Okaylah
tu. Sekurang-kurangnya dia tak bermuka-muka. Depan Achik ke depan mak
ayah ke, dia tetap layan Achik macam tu kan. Kira okaylah tu.” Tutur
Puan Syuhada.
“Eeee, tak naklah.”
“Kenapa Achik tak nak dengan dia? Sebab dia pernah marah Achik hari tu ke?”
“Salah satu sebab jugalah mak. Hati ni masih sakit lagi mak dengan dia
tu. Adakah patut dia marah Achik je. Sepatutnya dia marahlah sekali
Khayla dan Rashidah tu. Sekurang-kurangnya Achik taklah sakit hati
sangat pun dia tengking-tengking depan orang ramai. Tapi ni dia marah
Achik seorang je macam Achik sendiri je buat salah.” Bebel Nasuha.
Dia
memang pantang cerita dia diherdik oleh Hafiz Azhar suatu ketika dahulu
dibangkitkan. Ringan sahaja mulutnya itu mengomel panjang. Rasa kesal
itu masih berkelana di hatinya apatah lagi langsung tidak terbit rasa
bersalah dalam diri Hafiz Azhar berkaitan perkara itu. Sehingga kini,
tiada permohonan maaf yang terlafaz dari bibir lelaki bernama Hafiz
Azhar itu. Sama ada Hafiz Azhar memang langsung merasakan dirinya tidak
bersalah ataupun ego menguasai dirinya. Nasuha sendiri tidak pasti tapi
apa yang pasti dia masih belum dapat menerima perlakuan Hafiz Azhar
terhadap dirinya.
“Memanglah dia marah Achik
sebab dia sayang Achik. Dia takut jadi apa-apa dengan Achik, tu sebab
dia marah.” Ujar Puan Syuhada membela tindak-tanduk Hafiz Azhar.
“Masalahnya mak, Khayla dan Rashidah pun salah juga. Mereka pun buat
kesalahan yang sama di waktu yang sama. Tapi dia marah Achik je. Unfair
bagi Achiklah kan?!” Nasuha masih menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“Tulah mak kata, dia marah sebab dia sayang Achik. Dia tak marah Khayla
dan Rashida sebab dia tiada perasaan sayang dengan mereka.” Terang Puan
Syuhada.
“Hmmm.” Dia diam. Tidak mampu membidas kata-kata ibunya.
“Betulkan?!” Puan Syuhada sekadar menguji. Ingin melihat reaksi Nasuha
dan sejauh mana perasaan anak gadisnya itu terhadap Hafiz Azhar.
“Erm, cepatlah mak. Kan tadi nak belajar cara-cara nak guna oven ni”
Ujar Nasuha kembali membincangkan topik sebenar mereka sebelum melencong
membincangkan perkara berkaitan hati dan perasaan yang mampu
mengganggu gugat emosinya.
BERSAMBUNG……..
best,mak nasuha supporting
BalasPadamNanti weeda ada anak, jadilah macam mak nasuha..hehe
BalasPadam(Y) agak terlambat jumpa blog yg menarik nie...suke yg cerita yang dijalinkan..
BalasPadamAlhamdulillah. Menarik ke nurr bayu? tiada apa di blog ini cuma nukilan insan biasa yang sedang bersuka ria dalam dunia penulisan tersendiri tanpa menghiraukan hukum-hakam dunia itu..hehe...selain berkongsi sedikit resepi yang dicilok dari kawan-kawan yang pakar dalam bidang masak memasak :)
BalasPadam