BAB 8
“NASUHA!”
Laung Faezah dari jauh. Nasuha yang sedang membuka langkah seribu menoleh ke
arah suara tersebut. Kelihatan Faezah di seberang jalan melambai-lambaikan
tangan ke arahnya.
“Aku kejar masa. Aku ada date dengan
Miss Kavitha. Lepas date aku message kau.” Jeritnya lantang agar
Faezah mendengar dengan jelas setiap patah bicaranya.
“Okay.” Faezah menunjukkan ibu jarinya yang dihalakan ke atas.
Nasuha menyambung lariannya. Dia
berharap bas tersebut masih lagi menanti kehadirannya untuk memenuhi ruang bas
tersebut. Nasuha menarik nafas lega apabila bas yang dikejarnya itu sempat juga
dinaiki olehnya.
“Alhamdulillah.”
Ucapnya lega dengan nafas yang turun naik akibat berlari tadi.
“Pakcik,
PPIB.” Ujarnya kepada pemandu bas yang tersengih melihatnya.
“Daripada
adik naik bas bagus adik lari terus, mesti adik sampai dulu sebelum bas ni.”
Balas pemandu bas yang lengkap mengenakan pakaian seragam pemandu bas UMS.
“Pakcik perli
saya?” Soal Nasuha dengan senyuman di bibir.
“Bukan perli
tapi kenyataan. Pakcik tengok adik berlari dengan laju tadi. Atlet ke?” Soalan
terakhir pemandu bas itu membuatkan Nasuha melebarkan lagi senyumannya.
‘Atlet celah
mana pula pakcik ni. Masuk pertandingan lumba lari selalu jadi orang terakhir
tetiba pula kata aku ni atlet. Wakakaka melawak di petang harilah pakcik ni.’
Desus hatinya.
“Dik, banyak
lagi kerusi kosong di belakang sana.” Beritahu pemandu bas tersebut apabila
melihat Nasuha hanya berdiri berhampiran pintu.
“Saya berdiri
sini sajalah pakcik. Senang nak keluar nanti.”
“Suka hati
kamulah. Jatuh tanggung sendiri.”
“Kalau jatuh
pun dalam bas juga pakcik sebab bas ni lengkap dengan pintu. Hehe.”
“Menjawab.” Ujar
pemandu bas tersebut. Nasuha senyum walhal di dalam hatinya hanya Allah sahaja
yang tahu betapa risaunya dia untuk bertemu dengan Miss Kavitha.
Tiga minit
setelah bas bergerak, bas tersebut berhenti di perhentian bas berikutnya.
Nasuha keluar dari perut bas tersebut setelah mengucapkan terima kasih kepada
pemandu bas tersebut. Dia berdiri di tepi jalan sambil menoleh ke kiri dan ke
kanan. Terlalu banyak kenderaan yang lalu lalang ketika itu. Dia ketap bibir.
Geram.
“Jom seberang
Taubat Nasuha.” Sapa satu suara dari sisinya. Dia menoleh sekilas sambil
kakinya turut sama melangkah melintas jalan raya tersebut.
‘Alamak!’
Nasuha tarik nafas dalam. Dia melarikan pandangannya. Malas ingin menatap wajah
lelaki di hadapannya.
“Ingat aku
lagi?”
“Hmmm.”
“Mesti ingatkan.
Kau nak jumpa Miss Kavitha?” Tebak lelaki itu lagi membuatkan Nasuha tidak jadi
meneruskan langkahnya.
“Macam mana
kau tahu?”
“Aku pun nak
jumpa Miss Kavitha. Jam 3 petang di level 1 kan?” Lelaki itu meminta kepastian.
Nasuha mengangguk perlahan.
Otot
kakinya terasa lemah. Dia seperti dapat mengagak apa yang bakal berlaku selepas
ini. Kini fikirannya melayang jauh. Tidak dapat membayangkan jika apa yang
difikirannya kini menjadi kenyataan. Sesungguhnya dia tidak rela jika dia dan
Hafiz Azhar akan menjadi sebuah kumpulan dalam subjek Kesusasteraan dan Gender.
“Pernah pergi
bilik Miss Kavitha?” Soal Hafiz Azhar. Nasuha geleng namun tindak balasnya itu
tidak dapat dilihat oleh Hafiz Azhar yang berada di hadapannya. “Pernah
pergi bilik Miss Kavitha?” Hafiz Azhar mengulang soalannya.
“Tidak
pernah.” Jawab Nasuha lemah.
“Tadi berlari
bukan main lagi macam di kejar hantu. Sekarang dah pancit ke?”
‘Eh, mamat ni
nampak aku berlari kejar bas ke tadi. Oh, sesungguhnya ini tidak patut berlaku.
Mak tolong!’
“Pergi mana
tu?” Soal Hafiz Azhar apabila melihat Nasuha ingin meneruskan langkah ke level
2.
“Eh, ni level
1 ke?” Soal Nasuha tersipu.
“Taubat
Nasuha, Taubat Nasuha. Ingatkan dah bertaubat nasuha rupanya tak lagi. Memang
selalu sesatkan?”
“Jangan
panggil saya Taubat Nasuha.”
“Taubat
Nasuha.”
“Nama saya
Nasuha.” Tegas Nasuha kepada Hafiz Azhar.
“Okay. Taubat
Nasuha.” Sakat Hafiz Azhar.
“Hafiz
Azhar!”
“Ya saya. Ada
apa-apa yang boleh saya bantu Cik Taubat Nasuha.” Sakatnya lagi sambil
tersengih nakal.
“Huh!”
“Jangan marah
nanti kena jual.” Ujarnya seraya memulas tombol pintu pejabat am Pusat
Penataran Ilmu & Bahasa.
“Selamat
petang. Saya ada temujanji dengan Miss Kavitha jam 3 petang ni.” Ujar
Hafiz Azhar kepada pekerja yang berada di kaunter pejabat am tersebut.
“Miss Kavitha
belum masuk pejabat lagi. Kamu tunggu sebentar mungkin dia akan datang sekejap
lagi.” Ujar wanita berusia awal 30-an itu sambil melirik jam dinding di pejabat
tersebut. “Dan kamu?” Ujar wanita itu lagi kepada Nasuha yang berada di belakang
Hafiz Azhar.
“Nak jumpa
Miss Kavitha juga.” Beritahu Nasuha cepat.
“Boleh duduk
di sana sementara tunggu Miss Kavitha.” Beritahu wanita itu sambil ibu jarinya
menunjuk ke arah sofa yang berada di penjuru pejabat.
“Terima
kasih.” Ucap Hafiz Azhar dan Nasuha serentak.
Empat puluh
minit telah berlalu namun kelibat Miss Kavitha tidak jua kelihatan. Nasuha yang
tidak senang duduk telah beberapa kali mundar-mandir di dalam pejabat tersebut.
Hafiz Azhar hanya memerhati tingkah Nasuha tersebut.
“Ada atau
tidak Miss Kavitha ni?” Soal Nasuha setelah lama berdiam diri.
“Nak saya
jawab?” Hafiz Azhar senyum.
“Semalam kata
3 pm sharp. Siap tekan lagi perkataan
sharp tu. Ni dah nak dekat satu jam
batang hidung dia pun tak nampak. Sharp
la sangatkan. Baik lagi dia kata 4 pm sharp.
Taklah orang terkejar-kejar nak pergi sini.” Bebel Nasuha.
“Ni marah
pasal Miss Kavitha lambat ke marah pasal tadi penat lari pecut?” Soal Hafiz
Azhar.
“Bukan
marahlah. Sekadar luahan rasa.” Hafiz Azhar senyum mendengar jawapan Nasuha
itu.
“Taubat
Nasuha, Taubat Nasuha.” Hafiz Azhar geleng kepala dengan senyuman
yang masih tidak lekang di bibirnya.
‘Aku ketuk
juga mamat ni sesuka hati tambah nama aku.’
Lagu
Aishiteru berkumandang, memenuhi ruang pejabat am PPIB. Nasuha membuka zip
begnya dan mencari sesuatu. Tidak lama kemudian dia mengeluarkan telefon
bimbitnya dan segera menekan butang hijau.
“Waalaikumussalam
warahmatullahi wabarakatuh. Sorry Fa,
aku masih di PPIB. Miss Kavitha tak kunjung tiba lagi. Erm, penting sangat ke
kau nak jumpa aku ni?” Soal Nasuha. Hafiz Azhar sekadar memerhati tingkah
Nasuha bercakap melalui talian telefon.
“Erm, macam
ni, lepas aku jumpa Miss kavitha ni, kita pergi makan tempat biasa. Aku lapar,
tak makan lagi. Macam?” Usul Nasuha kepada si pemanggil.
“Okay jumpa nanti.
Assalamualaikum.” Talian diputuskan. Nasuha memasukkan semula telefon bimbit ke
dalam begnya dan segera menapak ke kaunter.
“Kak, Miss
Kavitha ni ada atau tidak?” Soalnya.
“Akak pun tak
pasti dik. Cuba kamu try call dia.”
“Dah janji
kak, apa kes pula nak call dia.”
“Mana tahu
dia lupa. Ha tu pun Miss Kavitha.” Ujar wanita itu apabila melihat kelibat Miss
Kavitha yang masih berada di luar pejabat am. Hafiz Azhar segera berdiri
menghampiri kaunter apabila mendengar kata-kata wanita itu.
“Selamat
petang Miss.” Ucap Hafiz Azhar dan Nasuha hampir serentak sebaik sahaja Miss
Kavitha melangkah masuk ke dalam pejabat itu.
“Petang.”
Ucap Miss Kavitha dan meneruskan langkah untuk masuk ke biliknya.
“Miss.” Seru
Nasuha.
“Ya. Nak
jumpa saya ke?”
“Dah Miss
yang janji nak jumpa 3 pm sharp,
takkan nak jumpa lecturer lain kan?!”
Ujar Nasuha sinis tapi masih melemparkan senyuman manis kepada pensyarah tinggi
lampai itu. Hafiz Azhar sedikit terkedu.
“Oh sorry, I terlupa. So, you
Nasuha right?”
“Yes, I am.”
“Okay. Semua
ahli kumpulan kamu telah bertukar kelas ke hari Isnin dan hanya tinggal kamu
seorang yang ambil kelas hari Khamis. Sekarang saya bagi kumpulan baru kepada
kamu. Kamu boleh join kumpulan
Hafiz.” Ujar Miss Kavitha.
“What?! Kumpulan Hafiz? Hafiz mana?
Hafiz ni?” Nasuha menunjuk Hafiz Azhar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“Yes. This is your group leader.”
‘Akhirnya
ramalanku benar belaka. Stress.’
“Ada masalah
ke?” Soal Miss Kavitha seolah prihatin.
“Ada Miss.”
“Apa masalah
kamu. Kalau tidak kamu boleh join
kumpulan kamu pindah kelas hari Isnin, jam 11 pagi hingga jam 1 petang.” Cadang
Miss Kavitha.
“Isnin saya
ada kelas Miss.”
“Kuliah atau
tutorial?
“Kuliah”
“Masa yang
sama?”
“Ya.” Nasuha
angguk.
“So, kena stay juga kelas hari Khamis dan sertai
kumpulan Hafiz.
“Group lain?” Soal Nasuha. Kelihatan
pensyarah muda itu menggeleng dengan bibir dijuihkan ke hadapan bagi menjawab
soalan Nasuha itu.
“Hafiz, you ada masalah nak terima
Nasuha dalam kumpulan kamu?” Soal Miss Kavitha. Hafiz Azhar sekadar menggeleng
dan senyum. “Good. Okay guys, saya
ada meeting ni, ada masalah jumpa
saya. Selamat bekerjasama.” Ucap Miss Kavitha yang sekali imbas seperti
penyanyi Jacklyn Victor.
“Thank you Miss.” Ucap Hafiz Azhar
ceria.
“Thank you Miss.” Ucap Nasuha lemah.
‘Apalah yang nak di ucap terima kasih dekat Miss tu. Menambah beban masalah aku
lagi adalah. Malangnya kau Nasuha.’ Bicara Nasuha sendirian.
“Nasuha, it’s okay. Trust me, Hafiz can handle you and he is a good leader.
Don’t worry. Bye.” Miss Kavitha melangkah penuh bergaya dengan derapan
tapak kasut tumit tinggi menuju ke biliknya.
‘Can handle me?! Tolonglah Miss, saya
bukan budak kecil yang perlu di handle
oleh seseorang. Ceh, mesti mamat ni perasan habis Miss kata dia good leader. Arghhh.’
“Selamat bekerjasama cik Taubat Nasuha. Harap bagi kerjasama yang baik dan
komitmen yang tinggi.” Ucap Hafiz Azhar sebaik sahaja mereka keluar dari
pejabat am PPIB.
“InsyaAllah.” Ucapnya perlahan dan terus melangkah meninggalkan Hafiz Azhar
beberapa tapak di hadapan.
“Taubat Nasuha.” Panggil Hafiz Azhar apabila teringat sesuatu. Nasuha tidak
mengendahkan panggilan tersebut malah lagi mempercepatkan langkahnya. “Taubat
Nasuha!” Laungnya lebih kuat dari tadi.
‘Haha kau rasalah. Malas nak layan kau Hafiz Azhar.’
“Taubat Nasuha sesat! Taubat Nasuha sesat! Taubat Nasuha sesat! Taubat Nasuha
sesat!” Pekik Hafiz Azhar berulang kali. Serta-merta Nasuha memberhentikan
langkahnya dan menoleh Hafiz Azhar yang berada di belakangnya.
“Hafiz Azhar!”
“Aku panggil buat-buat tak dengarkan.”
“Kau ni memang menyakitkan hatikan?!” Marah Nasuha.
“So? Ada aku kisah?”
“Eeeeeee. Kau nak apa?”
“Aku nak pesan, jangan sesat lagi.” Ujar Hafiz Azhar sambil tergelak kecil.
‘Grrrrr, sabar Nasuha. Sabar Nasuha. Ini Ujian Allah.’ Bisik hati Nasuha bagi
menenangkan dirinya agar tidak terlalu mengikut emosinya yang tidak stabil
ketika itu.
“Hari Khamis jangan salah masuk kelas tau. Kelas kita di DKP A1. Ingat
betul-betul DKP A1.”
“Aku taulah.”
“Jangan kata tau je tapi nanti sesat lagi.” Perli Hafiz Azhar diiringi tawa
di hujung bicaranya.
“Dah masuk semester tigalah pakcik,
mestilah aku dah mahir dewan kuliah yang ada di sini.”
“Memang kau dah semester 3 tapi level1 dan level2 bangunan PPIB pun masih confuse, mahir ke?! Taubat Nasuha,
Taubat Nasuha.” Hafiz Azhar masih lagi menghabiskan sisa-sisa ketawanya yang
tadi.
“Chow.”
“Assalamualaikum Taubat Nasuha. Take care.”
Ucap Hafiz Azhar dengan leretan senyuman di bibir.
‘Perli akulah tu.’
“Waalaikumussalam.” Jawabnya sambil mengerling sekilas wajah Hafiz Azhar yang
sedari tadi tidak lekang dengan senyuman di bibir.