Cekal hatinya bertemankan
kesabaran penuh di dada……….
Menangkis setiap godaan syaitan
durjana….
Yang ingin melihat terputusnya
silaturrahim antara bonda dan anakanda….
Lirih hati melihat mata tua…
Mata tua yang berkaca tatkala
mendengar tingginya suara bicara….
Entah berapa oktaf melambung
suara, biar pun bonda masih mampu mendengar jelas setiap bait kata…..
Entah kenapa anakanda tidak
pernah cuba…..
Cuba mendalami dan menyelami hati
tua bonda….
Cuba bertoleransi sedikit waktu
Cuma….
Jangan tahu ingin menang bicara
tapi hati bonda terguris luka…
Hati bonda kerap terguris dek
kata….
Hati bonda kerap hiba juga lara….
Entah bila ada penghujung yang
gembira….
Buat seorang insan bergelar
bonda…..
Kata bonda biar hatinya terguris
luka….
Berparut panjang tanpa
penghujungnya….
Asal anakanda bahagia selamanya….
Dengan iringan doa dari
bonda..agar syurga menjadi tempatmu di akhirat sana…
NUKILAN ~Kasieh Azieah~ 09/08/13
*Terhasil selepas mendengar rintihan seorang yang bergelar ibu dan pemerhatian dan tinjauan rambang*
*Semoga aku tidak akan alpa terhadap hati mama n ayah. Love both of u*
*Terhasil selepas mendengar rintihan seorang yang bergelar ibu dan pemerhatian dan tinjauan rambang*
*Semoga aku tidak akan alpa terhadap hati mama n ayah. Love both of u*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan