Jumaat, 22 November 2013

Cintamu Limited Edition (21)

   BAB 21
           Kistiza memerhati Nasuha yang sibuk menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Nasuha angkat kening apabila perasan Kistiza sedang memerhatikannya. Teman sebiliknya selama 2 tahun itu sekadar tersenyum. Khayla Irdina yang menumpang di bilik mereka selama seminggu masih lagi terpacak di hadapan cermin.
            “Ila, cukuplah bercermin tu. Dari tadi kamu menghadap cermin tu, tak lama lagi mesti pecah.” Usik Kistiza.
            “Rasa macam ada kuranglah Kak Za.” Ujar Khayla Irdina tidak puas hati.
            “Nak pergi program bakti siswa pun kena pakai bulu mata juga ke?” Senda Nasuha.
            “Ada kurang benda lain ni tapi tak tau apa. Cuba tengok muka aku, lain kan?”
            “Betullah lain.”
            “Tu aku cakap macam ada yang kurang. Kau pun tengok lainkan?”
            “Ha’a lain macam terlebih bedak kut hari ni.” Usik Nasuha.
            “Suha, seriuslah sikit.”
            “Biasa sajalah Ila. Bezanya hari ni kau make-up lebih dari selalu. Kau ni kenapa?”
          “Kak Ila tak siap lagi?” Dickziene terpekik apabila melihat Khayla Irdina belum mengenakan bajunya.
            “Yan, tolonglah tengok Kak Ila ni dia kata make-up dia tu ada kurang tapi dia sendiri tak tahu apa yang kurang.”
            “Saya rasa kak Ila pucat sikit sebab kak Ila belum makan nasi goreng yang Kak Suha masak tadi.” Ujar Dickziene dengan wajah serius.
            “Semua tak boleh harap.” Marah Khayla Irdina apabila masing-masing tidak serius membincangkan permasalahannya.
            “Nizah, sudah makan?” Soal Nasuha walaupun tidak melihat kelibat Aznizah ketika itu.
            “Saya sedang makan. Ila tu yang tak makan lagi.”
            “Yan sudah makan?”
            “Mestilah sudah. Thanks Kak Suha sanggup masak awal pagi.”
            “Kita nak jalan jauh, mestilah alas perutkan. Nanti perut kosong, masuk angin pula. Ila, ni bahagian kau, jangan tak makan pula.” Pesan Nasuha.
            “Helloooooo everyone. Mana nasi aku?” Soal Rashidah yang baru sahaja tiba di bilik itu.
            “Eeeee tak malulah kau ni Ida. Datang bilik orang terus minta nasi.”
            “Suka hati akulah. Kau tu lagi tak tahu malu, sudahlah menumpang bilik orang, nasi pun tuan bilik yang sediakan.”
            “Chup! Cukup setakat ini. Ni untuk kau. Makanlah dulu. Kau duduk di sini.” Pelawa Nasuha kepada Rashidah. Rashidah senyum bangga dilayan baik oleh rakannya itu. Manakala Khayla Irdina sekadar mencebik melihat senyuman di bibir Rashidah itu. Tiba-tiba lagu aishiteru berkumandang memenuhi ruang bilik.
            “Kak Suha cik abang telefon.” Ujar Dickziene yang berada tidak jauh dari telefon bimbit Nasuha.
            “Cik abang?!” Nasuha berasa pelik namun begitu pantas menghampiri telefon bimbitnya.
            ‘Hmmm mamat mangkuk rupanya.’ Desis hatinya. Nasuha menjawab panggilan tersebut. Setelah berbicara sebentar, Nasuha mematikan talian telefon.
            “Jom, gerak. Kejap lagi mamat mangkuk tu tolong angkat barang.”
            “Ehemmmm, baiknya dia dengan kak Suha.”
            “Dia tak nak baik pun kena baik juga. Letak semua barang di tangga. Nanti dia datang tolong angkat.
            “Bagi dia angkat beg pakaian sekali.” Ujar Khayla Irdina.
            “Beg pakaian angkat sendiri. Dia angkat barang program saja.” Beritahu Nasuha. Ada nada tegas pada bicaranya. Tidak mahu rakan-rakannya mengambil kesempatan atas pertolongan yang dihulurkan.
            “Taubat Nasuha!” Pekik Hafiz Azhar dari tingkat bawah.
            “Argh, gila betul mamat ni. Suka-suka hati dia je nak menjerit.” Gumam Nasuha geram seraya berlari keluar.
            “Kejap. Tunggu sana.” Ujar Nasuha seraya masuk semula untuk mengambil kotak yang berisi fail untuk pelajar sekolah. Seketika kemudian dia keluar bersama kotak tersebut. Menolak pintu blok tersebut agar memudahkannya menarik kotak tersebut.
            “Ha?! Kenapa kau naik sini. Ni blok perempuanlah.” Nasuha terjerit kecil, terkejut apabila melihat Hafiz Azhar telah pun berdiri di depan pintu blok yang berada di tingkat dua.
            “Aku bukan buat apa pun. Aku tolong angkat barang. Lagi pun aku di luar blok bukan dalam blok.” Tukas Hafiz Azhar bersahaja.
            “Memanglah tapi tak maniskan.”
            “Bukan kita berdua. Budak bilik kau saja dah 2 orang, dah tu ada Khayla, Ida. Kiralah dah berapa orang.”
            “Baiklah. Angkatlah barang ni.” Ujar Nasuha, malas mahu bersoal jawab lebih dengan lelaki itu.
            “Ini saja?”
            “Ada 3 kotak lagi tapi yang lain biar kami angkat.” Beritahu Nasuha. Hafiz Azhar terus sahaja berlalu, menuruni anak tangga Blok F dan seterusnya menuruni tangga Kampung C yang terdapat 100 anak tangga itu.
            “Kak Suha yang ni bawa juga?” Soal Dickziene.
            “Bawa. Kotak ikat tali tu pun bawa juga.” Beritahu Nasuha kepada Dickziene dan Aznizah.
            “Kertas mahjong tu biar aku yang bawa.” Ujar Khayla Irdina seraya mengambil kertas mahjong yang berada di atas kotak pencetak.
            “Suha aku angkat yang ni.” Ujar Rashidah seraya menjinjing kotak pencetak jenama HP yang telah diikat kemas itu. Nasuha sekadar mengangguk.
            “Ila, cepatlah sikit. Nanti bas datanglah.” Gesa Nasuha.
            “Sekejaplah. Aku nak juga bercantik-cantik. Kau nampak maskara aku tak?” Soal Khayla Irdina sambil membongkar beg sederhana besar bewarna ungu itu.
            “Maskara?! Oh, maskara yang macam pensil tu?” Soal Nasuha lagi.
            “Yang macam pensil tu eye-liner. Maskaralah beb.”
            “Maskara….hmmm.” Nasuha garu kepala yang tidak gatal.
            “Maskaralah beb.”
            “Ooooo, yang macam berus tu kan? Yang pakai untuk bulu mata?” Soal Nasuha sambil menjenguk seketika ke dalam bilik.
            “Betullah tu. Kau ada nampak?” Soal Khayla Irdina.
            “Entah. Banyak sangat barang make-up kau beb. Bukan semua kau letak dalam beg make-up warna  purple tu ke?”
            “Memanglah. Masalahnya sekarang, maskara tu hilang.”
            “Tak payah pakai maskara sangatlah beb. Nanti kita lewat ni.” Gesa Nasuha tidak keruan.
            “Kau bolehlah tak pakai apa-apa. Aku ni kalau tak pakai, lagilah tak kena pandang.” Ujar Khayla Irdina sedikit geram dengan Nasuha yang asyik menggesanya sedari tadi.
            ‘Aduiiii Ila. Tolonglah cepat. Betapa aku benci akan kelewatan.’ Bicara hati Nasuha.
            “Ha, jumpa pun. Okay 15 minit lagi siap.” Ujar Khayla Irdina.
            “Aku bagi masa 5 minit ja.”
            “10 minit beb.”
            “Cepat!”
            “Aik, makcik ni tak siap lagi?” Soal Rashidah.
            “Makcik tu lupa jampi pemanis wajah dia, tu yang tak siap-siap lagi tu.” Nasuha membuat lelucon walau pun hatinya geram dan gundah ketika itu.
            “Okay, siap.” Jerit Khayla Irdina seraya menarik begnya keluar dari bilik.
Sepuluh minit berlalu barulah Nasuha dan Khayla Irdina melangkah keluar dari bilik menuju ke perhentian bas. Nasuha ketap bibir geram. Geram atas kelewatan mereka untuk menepati masa yang telah dijanjikan dan geram atas ragam Khayla Irdina pada hari itu.
            “Kak Za, Suha gerak dulu. Doakan kami selamat sampai dan program berjalan dengan lancar.” Nasuha berjabat tangan dan tunduk mencium tangan kistiza.
            “InsyaAllah, Kak Za sentiasa berdoa apa yang terbaik untuk kalian.”
            “Amin.”
            “Maksud Kak Za apa yang terbaik untuk Suha dan yang dok tercegat di bawah tu.” Usik Kistiza apabila melihat Hafiz Azhar setia menunggu sedari tadi.
            “Eee Kak Za ni, nakal tau.” Nasuha mencubit lembut tangan Kistiza.
            “Kak Za jangan lupa cuci pinggan bekas nasi goreng saya tadi.”
            “Hey, ada pula suruh Kak Za yang cuci. Pergi masuk semula, pergi cuci.”
            “Penatlah nak daki semula tangga tu. Biarlah Kak Za saja yang basuh. Kak Za kan free pagi ni.” Khayla Irdina tersengih sambil menunjukkan simbol kedamaian kepada Nasuha dan Kistiza.
            “Melampau betul minah satu ni.” Gumam Nasuha yang hanya mampu didengari oleh Kistiza. Nasuha ingin melangkah masuk semula ke dalam bilik mereka tetapi dihalang oleh Kistiza.
            “Kak Za okay sajalah beb. Kau tu ja yang tak okay. Bolehkan Kak Za?!” Soal Khayla Irdina dengan nada manjanya sambil badan terliuk lentuk ke arah Hafiz Azhar. Kistiza sekadar tersenyum tawar dan mengangguk secara paksaan. Tidak mahu semangat Nasuha yang tadinya berkobar-kobar padam begitu sahaja.
            “Pergilah Suha. Nanti bertambah lewat.” Pujuk Kistiza.
            Sorry Kak Za.” Ucap Nasuha seraya memeluk Kistiza. Kistiza sekadar mengusap lembut belakangnya, tahu betapa sensitif teman sebilik yang dianggap seperti adiknya itu.
            “Jom gerak. Hafiz, tolonglah angkat beg ni, beratlah.”
            “Angkatlah sendiri.” Ujar Hafiz Azhar seraya berjalan menemui Nasuha yang baru sahaja melangkah turun. Tanpa dipinta Hafiz Azhar segera mencapai beg pakaian Nasuha.
            “Erm, biar aku angkat sendiri.”
            It’s okay. Aku tolong.”
            “Hafiz! Aku minta tolong dengan kau angkat beg ni. Yang kau tolong Suha tu kenapa?”
            “Suka hati akulah nak tolong siapa aku suka. Kau tu badan besar, mampu nak angkat beg tu sendiri.”
            “Kenapa cakap macam tu.” Tegur Nasuha, tidak selesa Hafiz Azhar memperkatakan tentang fizikal Khayla Irdina. Hafiz Azhar sekadar membisu.
            “Dia pun mampu angkat beg tu sendirilah.” Ujar Khayla Irdina geram.
            “Bisinglah kau makcik.” Marah Rashidah.
            “Memanglah tapi layak dibantu. Kau tengoklah badan dia dengan beg ni, besar beg dari tuan.”
            “Amboi mengutuk nampak.” Ujar Nasuha perlahan.
            “Aku bercakap berdasarkan fakta.” Balas Hafiz Azhar.
            “Hoi, bisinglah!” Jerit satu suara dari Blok D membuatkan mereka tersentak.
            “Kan dah kena sound. Kecoh betul makcik ni.” Ujar Rashidah menyalahkan Khayla Irdina.
            “Kau tu nenek.” Balas Khayla Irdina sambil menjelir ke arah Rashidah
            “Okay stop. Better turun tanpa cakap apa-apa.” Ujar Nasuha tegas. Khayla Irdina dan Rashidah hanya menurut kata, menuruni anak tangga besi tersebut tanpa sepatah bicara. Hafiz Azhar senyum dan menunjukkan ibu jarinya kepada Nasuha.
            “Dia datang dengan lenggang-lenggoknya.” Izar dan Khairi menyanyikan lagu tersebut khas buat Khayla Irdina
            “Bas kecil?!” Nasuha separuh menjerit apabila melihat bas yang berada di depan matanya kala ini.
            ‘Adui boleh pitam kalau macam ni.’ Desis hatinya seraya berjalan melihat sekeliling bas.
            “Kau nak pergi mana tu? Pintu bas sini, sebelah sana tiada pintu. Sesat memanjang.” Ujar Hafiz Azhar sengaja mengenakan Nasuha.
            Nasuha ketap bibir apabila tindakannya itu membuatkan Hafiz Azhar membuat spekulasi dirinya tidak tahu di mana terletaknya pintu bas. Hafiz Azhar segera meletakkan beg pakaian di bahagian depan berhampiran pemandu.
            “Persoalan saya, kenapa bas kecil?” Soal Nasuha ingin tahu butiran lebih lanjut.
            “Saya rasa cukup.” Jawab Khairi kepada persoalan tersebut.
            “Kamu rasa cukup?! Bilangan kerusi dan bilangan AJK yang turut serta adakah sama? Atau kerusi dalam bas ni lebih dari bilangan AJK?” Soal Nasuha dengan mata yang terus tertancap pada wajah Khairi.
            “Saya rasa kerusi ni lebih.”
            “Kamu rasalah. Kamu kira atau tidak kerusi dalam bas ni? Kamu cek tak senarai nama AJK yang akan menyertai program ni?” Soal Nasuha bersahaja tetapi ada nada tegas pada lantunan suara tersebut.
            “Erm, saya rasa bas ni comel dan muat untuk semua AJK.”
            “Okay, jika comel boleh menjamin keselesaan kita, teruskan sahaja.”
            “Okay.” Khairi menjawab bangga seperti apa yang dilakukan itu menjadi satu kebanggan dan kejayaan buat dirinya.
            “Taubat Nasuha, tiada barang urusetia yang tinggal lagi?” Soal Hafiz Azhar sekadar mengingatkan Nasuha.
“Erm, rakan-rakan sebilik yang disayangi, semua barang urusetia dah bawa tadi?” Soal Nasuha.
“Sudah.”
“Ila?”
“Sudah, jangan risaulah.”
“Ida, printer tadi dah masuk dalam bas kan?” Rashidah sekadar mengangguk bagi menjawab persoalan tersebut.
“Semua okay.”
“Betul tiada yang tinggal, cek betul-betul.” Ujar Hafiz Azhar.
“Betul.” Jawab Nasuha yakin.
            “Bang, dah boleh gerak sekarang.” Beritahu Hafiz Azhar kepada pemandu bas tersebut.
Pemandu bas berusia awal 30-an tersebut terus sahaja memandu keluar dari Kolej Kediaman Cemerlang Dinamik menuju ke Kolej Kediaman Anugerah Bestari. Setiba di sana para peserta program telah pun menanti di perhentian bas bersama barang-barang mereka. Masing-masing masuk ke dalam perut bas dan keadaan tiba-tiba bertukar kecoh apabila 3 orang dari peserta terbabit tidak mempunyai tempat duduk.
“Erm, satu orang boleh duduk di sini.” Ujar Nasuha sambil berdiri dari kerusinya. Dia memandang kerusi bahagian belakang berharap masih ada kerusi yang kosong.
“Ada yang sukarela duduk atas bumbung?” Ujar Faezah sekadar bergurau.
“Khayla ni bagi naik atas bumbung, so, 2 orang tu boleh ambil kerusi dia.” Cadang Izar lancang.
“Kaulah duduk atas bumbung.” Lantang sahaja suara Khayla Irdina membalas kata-kata Izar sebentar tadi.
“Maaf, di larang bergaduh di dalam bas ini.” Faezah cuba memberi peringatan.
“Dia ni yang cari pasal dengan aku.” Adu Khayla Irdina kepada Faezah. Faezah sekadar menggeleng kepala, tidak tahu apa yang harus diperkatakan saat itu.
“Suha.” Faezah angkat kening melihat Nasuha yang masih berdiri di tangga bas biar pun bas mulai bergerak meninggalkan perkarangan Kolej Kediaman Anugerah Bestari.
            “Kau duduklah sini, muat lagi ni.” Pelawa Faezah, memberi sedikit ruang agar Nasuha boleh duduk di kerusinya.
            It’s okay. Nanti aku duduk sana.” Ujar Nasuha seraya melabuhkan punggung di tangga bas tersebut.
            Hampir satu setengah jam perjalanan namun mereka belum juga tiba ke destinasi di tuju. Nasuha yang sedari tadi memicit kepalanya, mencalit sedikit minyak angin cap kapak di hidungnya. Perjalanan yang berbukit-bukau seperti itu memang tidak disukai olehnya tapi apakan daya demi mendidik adik-adik yang berada di pedalaman, dia sanggup  menempuhinya.
            “Kau okay?” Soal Faezah.
            “Okay. Kau?” Soal Nasuha pula.
            “Aku lapar.”
            “Nizah, nasi goreng tadi letak mana?” Soal Nasuha kepada Aznizah yang duduk bersebelahan dengan Faezah.
            “Tempat Yan.”
            “Saya dengar nama saya disebut.” Ujar Dickziene yang sedari tadi khusyuk menyaksikan keindahan alam.
            “Yan, bagi nasi goreng tadi dengan Kak Fa.” Dickzeine segera mencapai bekas lutsinar berisi nasi goreng tersebut kepada Faezah.
            “Wah, bau sungguh menggoda. Aku makan ya.” Ujar Faezah.
            “Makanlah, aku yang masak pagi tadi.” Ujar Khayla Irdina.
            Excuse me Kak Ila, jangan nak perasan okay. Orang lain sibuk masak, Kak Ila tu sibuk lagi berdengkur.” Ujar Dickziene sedikit meluat dengan perangai Khayla Irdina.
            “Sedap.” Ujar Faezah sepatah dengan mulut yang penuh. Begitu lahap dia makan kerana sedari semalam dia tidak makan walau sebutir nasi gara-gara sibuk mengurus program tersebut.
            “Tengoklah siapa masak.”  Ujar Aznizah.
            “Kau masak?” Teka Faezah seraya menoleh ke arah Aznizah.
            “Yang duduk di tangga ala pelarian tu la yang masak.” Beritahu Aznizah sambil tersenyum manis.
            “Suha thanks. Kalau tak mesti aku mati kebulur sebelum sampai Sepulut.” Ujar Faezah nakal.
            “Ada pula macam tu. Ada-ada sajalah kau ni Fa.”
            “Bau satu bas, takkanlah makan seorang saja.” Sindir Izar.
            Sorry Zar, aku pun minta makanan Suha dan sekutunya.” Ujar Faezah dengan perasaan serba salah.
            “Sebenarnya nasi goreng tu ada lagi.” Ujar Dickziene dengan senyuman lebar.
            “Mana?” Soal separuh daripada peserta yang sedari tadi menahan lapar dan dahaga akibat tidak sempat bersarapan pagi.
            “Kak Nizah di mana tu?” Dickziene cuit belakang Aznizah.
            “Entah.” Jawab Aznizah lalu memandang Nasuha.
            “Dalam beg kelabu.” Jawab Nasuha perlahan.
            “Mana beg kelabu tu?” Soal Aznizah dan Dickziene serentak.
            “Tu tempat Hafiz Azhar.” Beritahu Nasuha apabila melihat Hafiz Azhar memangku beg tersebut.
            “Ehem.” Faezah berdehem seraya tersengih melihat Nasuha. Nasuha ketap bibir, faham akan maksud sengihan tersebut.
            “Bagi beg tu.” Pinta Nasuha. Hafiz Azhar segera menghulur beg tersebut kepada Nasuha. Seketika kemudian Nasuha mengeluarkan bekas berisi nasi goreng yang dimasaknya selepas solat subuh tadi.
            “Siapa ada pinggan?” Soal Izar cepat, tidak sabar untuk mengisi perut yang kosong itu.
            “AJK makanan sila jawab pertanyaan tersebut.”
            “Nah,ambil ni.” Wan Fifi menyerahkan pinggan kertas tersebut kepada Izar. Masing-masing berusaha untuk mendapatkan nasi goreng tersebut biar pun hanya sedikit seorang.
            “Nasib baik AJK makanan sediakan sarapan pagi. Terima kasih Natrah.” Ucap Ronald gembira.
            “Inilah yang dinamakan lembu punya susu, sapi dapat nama.” Ujar Izar dan disambut dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain. Ronald mencebik, tidak tahu kenapa seperti mereka mentertawakannya.
            “Kenapa?” Soalnya bingung.
            “Urusetia yang masak kau kata AJK makanan yang masak.” Ujar Tuah ringkas.
            “Owh, sediakan sarapan pagi peranan urusetia juga ke?” Soal Ronald bersahaja.
            “Sarapan pagi adalah atas tanggungan sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada mana-mana bahagian. Sekian.” Ujar Natrah sedar apabila merasakan dirinya hampir dipersendakan.
            “Jadi nasi goreng tadi?”
            Sponsered by Nasuha.”
            “Oh, terima kasih Nasuha. Sedap nasi goreng kau.” Ucap Ronald sambil menjengket melihat Nasuha yang masih lagi duduk di tangga bas.
            “Saya tahu sudah.” Ujar Medius yang baru sahaja menghabiskan nasi gorengnya.
            “Apa yang kau tahu?” Soal Ronald cepat.
            “Saya tahu dalam bilik Nasuha ada periuk nasi. Boleh report sama Jakmas ni.” Beritahu Medius berterus terang dengan loghat Kadazan yang pekat.
            “Inilah namanya diberi susu dibalas tuba.” Ujar Izar sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Saya gurau sajalah. Terima kasih ya Nasuha.” Ucap Medius dengan senyuman manis terukir di bibir.
            “Tukang masak tak makan?” Soal Hafiz Azhar yang sedari tadi membisu.
            “Tukang masak dah mabuk jalan.” Beritahu Faezah. Seketika kemudian Hafiz Azhar berdiri dan berjalan menghampiri Nasuha. Dia menghulurkan sesuatu.
            “Oi, cik kak.”
            “Hmmm.” Nasuha membuka matanya perlahan.
            “Nah.” Hafiz Azhar menghulurkan beg plastik kepada Nasuha.
            “Untuk apa?” Soal Nasuha dengan dahi yang berkerut seribu.
            “Untuk sambut muntah kaulah Taubat Nasuha.”
            “Eh, ada yang muntah?! Medic! Medic!” Jerit Tuah nakal.
            “Siapa sakit?” Soal Maria yang baru sahaja terjaga dari lenanya.
            “Nasuha.” Jawab Tuah sambil menahan gelaknya. Cepat sahaja Maria mencapai kotak kecemasan yang disimpan rapi di dalam begnya.
            “Maria, saya okay.” Ujar Nasuha lemah.
            “Ha?! Bukan kamu sakit ke?”
            “Tuah kenakan kamu saja tadi tu. Saya okay, kamu duduk ya.” Beritahu Nasuha jujur.
            “Tak apa Maria selagi saya disamping Nasuha dia akan sentiasa sihat.” Gurau Hafiz Azhar. Nasuha sekadar mencebik mendengar kata-kata lelaki itu.
            “Perhatian, sekarang kita telah sampai di Pekan Keningau. Kita hanya akan berhenti selama 2 jam di pekan ini dan berkumpul semula selepas satu jam untuk meneruskan perjalanan ke SMK. Sepulut. Diharap semua peserta memberi kerjasama yang baik.” Umum Faezah satu-persatu agar kesemua anak buahnya mendengar dengan jelas mengenai arahan yang diberikan sebentar tadi.
            “Jumpa di mana?” Soal Khairi yang sepanjang perjalan asyik mendiamkan diri akibat rasa bersalah dengan rakan-rakan lain.
            “Di mana kita turun di situlah kita akan jumpa semula. Jelas?”
            “Jelas.”
Seketika kemudian, bas mini Universiti Malaysia Sabah berhenti di bawah sepohon pokok yang rendang dan berhampiran dengan sebuah masjid. Para peserta berebut-rebut keluar dari bas tersebut untuk mendapatkan udara yang lebih segar berbanding di dalam bas yang sesak itu. Masing-masing berkumpul berhampiran dengan bas tersebut untuk mendengar pesanan ringkas pengarah program.
            “Okay, jam saya sekarang menunujukkan pukul 11 pagi maknanya kita akan berkumpul semula pada pukul 1 petang. Lagi satu pesanan saya, kalau boleh jalan berkumpulan. Jangan jalan sendirian, nanti tiada seorang pun tahu sekiranya terjadi sesuatu ke atas diri kamu.” Pesan Faezah lagi.
            “Pesanan khas untuk Taubat Nasuha, jangan sesat.” Celah Hafiz Azhar nakal. Nasuha mengerling tajam wajah lelaki yang sedang tersenyum lebar itu. Ikut hati yang sakit ingin sahaja dia menumbuk lelaki itu.
            ‘Sabar Nasuha. Orang macam tu kau tak perlu layan.’ Bisiknya cuba memberi motivasi kepada dirinya sendiri.
            “Kak Suha kenapa naik bas kecil, sempitlah. Sakit kaki Risya tau.” Omel gadis bernama Risya itu.
            “Alolo ciannya dia. Macam ni barulah ada cabaran untuk menabur bakti kepada adik-adik yang duduk di pedalaman.” Ujar Nasuha cuba berdiplomasi dengan pelajar tahun 1 yang juga merupakan anak kepada salah seorang ahli korporat terkenal di Malaysia.
            “Bukan UMS banyak bas besar ke? Kenapa kita guna bas kecil saja?” Omelnya lagi dengan bibir yang muncung sedepa.
            “Risya, ini bukan program eksklusif tau. Ni program bakti siswa. Naik bas kecil ke besar ke sama saja. Apa yang penting, nawaitu kita dalam membuat sesuatu.”
            ‘Apa sajalah yang kau merapu ni Nasuha oi. Haha, biarkanlah, kalau dia faham, fahamlah. Kalau tak faham apa boleh buat. Hehe.’ Nasuha gelak geli hati setelah berbicara sendiri. Namun begitu gadis comel itu, angguk dan senyum setelah mendengar bicara Nasuha tersebut.
            “Apa pun terima kasih Kak Suha beri peluang seperti ni kepada Risya.” Ucap Risya dengan senyuman manis.
            “Sama-sama.”
            “Lagi satu, sedap nasi goreng Kak Suha, dah boleh jadi isteri orang.” Usik Risya.
            “Alahai dik, takkan setakat masak nasi goreng dah boleh jadi isteri orang.”
            “Yalah sebab Kak Suha masak sedap biar pun hanya masak dalam periuk nasi.”
            “Haha, yang tu kena take note tau. Nanti nak hantar resume kat bakal laki, kena letak dalam resume mempunyai kelebihan iaitu pandai masak nasi goreng dalam periuk nasi. Hehe.” Ujar Nasuha melawak membuatkan semua yang mendengar tergelak.
            “Kak Suha ni lawaklah.” Ujar Risya.
            “Dahlah pandai masak dalam periuk nasi, pandai melawak pula tu. Mesti ramai lelaki minat.” Celah Fifi pula yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka.
            “Yang tu sudah semestinya Kak Fifi tapi orang tu buat tak tahu saja.” Ujar Dickziene  pula memecahkan tembelangnya.
            “Oleh kerana cerita kita ni dah melalut entah ke mana apa kata kita cari restoran untuk makan.” Saran Nasuha cuba untuk mengalihkan topik perbualan.
            “Nak mengelaklah tu.”
            “Dah cepat cari makanan.” Ujar Nasuha. Masing-masing bersurai dan mulai menapak mencari restoran yang terdapat di Pekan Keningau tersebut.
            Satu jam lima belas minit kemudian, Hafiz Azhar telah pun berada berhampiran bas tersebut. Dari jauh kelihatan sekumpulan pelajar perempuan berjalan kaki menuju ke arah mereka. Nasuha resah seperti ada sesuatu yang tidak kena. Setiba di tempat parkir bas tersebut Nasuha terus sahaja duduk di atas kerusi kayu yang tersedia di situ.
            “Mengelamun” Tegur Hafiz Azhar yang sedari tadi memerhati tingkah Nasuha.
            “Hmmm.” Nasuha sekadar memandang seimbas lalu lelaki tersebut dan kemudian sibuk memikirkan sesuatu.
            “Kau kenapa?” Soal Hafiz Azhar seraya duduk di sebelah Nasuha.
            “Aku rasa macam ada yang kuranglah.” Adunya.
            “Apa?”
            “Entah tapi hati aku rasa lain. Masa dalam perjalanan tadi dah rasa macam ni. Dah sampai sini lagi rasa lain.” Luah Nasuha.
            “Ada barang tinggal? Fail? Alat tulis? Kertas?” Hafiz Azhar cuba menyebut satu persatu barang yang berkaitan dengan urusetia. Nasuha sekadar menggeleng.
            “Aku rasa……hah, matilah aku!” Nasuha teringat sesuatu seraya bingkas dari kerusi tersebut. Dia berlari menaiki bas mini tersebut dan menggeledah barang-barang yang terdapat di situ.
            “Apa?” Soal Hafiz Azhar yang telah pun berdiri di belakangnya.
            “Kertas mahjong. Kau ada bawa turun tadi?” Soal Nasuha. Hafiz Azhar geleng. Dia mengamati wajah keruh Nasuha.
            “Cuba cek betul-betul.” Hafiz Azhar terus sahaja membantu Nasuha mencari kertas mahjong tersebut. Tidak lama kemudian mereka saling berpandangan, Hafiz Azhar menggelengkan kepalanya.
            “Aduiiii.”
            “Itulah aku kata tadi, cek betul-betul.”
            “Di tempat beg tu kamu tiada simpan barang lain?” Soal Nasuha lemah.
            “Sana semua beg.” Jawab Hafiz Azhar. Nasuha hampa dan terus sahaja turun dari bas tersebut dan bertemu dengan Faezah selaku pengarah program. Mereka berbincang seketika dan tidak lama kemudian Nasuha menarik tangan Aznizah agar mengikutnya.
            Sepuluh minit kemudian, Nasuha dan Aznizah muncul semula dengan segulung kertas mahjong. Kedua mereka termengah-mengah setiba di dalam bas. Nasuha mengesat peluh dengan sapu tangannya manakala Aznizah menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan.
            “Macam kena kejar anjing.”
            “Ni bukan kena kejar anjing tapi.” Jawapan Aznizah tergantung begitu sahaja.
            “Syyy! Erm, kalau tiada yang tinggal lagi, boleh jalan sekarang.” Beritahu Nasuha seraya mengisyaratkan sesuatu kepada Aznizah.
            “Bang, dah boleh gerak sekarang.” Ujar Faezah kepada pemandu bas tersebut.
            “Ada orang tu bila ditanya dia cakap semua sudah tapi sampai sini tinggal pula.” Perli Hafiz Azhar.
            “Macam mana kau tak ingat kertas mahjong tu. Itukan benda penting.” Ujar Khayla Irdina.
            “Eh, bukan kau ke yang nak bawa kertas mahjong tu tadi.” Ujar Rashidah, meluat melihat gaya gedik Khayla Irdina.
            “Memanglah tapi dia kan ketua Urusetia, dia mesti tahu apa yang tiada. Aku ni tolong bawa saja.”
            “Kalau kau tolong bawa, mana kertas mahjong tu? Kau tinggalkan dalam bilikkan?” Tebak Rashidah.
            “Jadi kau nak salahkan aku?” Soal Khayla Irdina berang.
            “Cukuplah tu. Kertas mahjong ni pun dah ada kan.” Ujar Nasuha dengan mata yang berkaca, terasa dengan kata-kata Khayla Irdina sebentar tadi. Namun dia tidak mahu berfikiran negatif terhadap sahabatnya itu.
            “Suha pun tak bising kau saja yang kecoh.” Tempelak Khayla Irdina.
            “Suha tu malas nak bising, ikut hati dia, dia nak saja campak kau dari Banjaran Crocker tau.”
            “Itulah, aku suruh cek betul-betul tadi cakap semua okay, tengok apa dah jadi.” Ujar Hafiz Azhar yang baru sahaja menghampiri Nasuha.
            “Kau diamlah.” Ujar Nasuha.
            “Yelah, saya diamlah ni.” Ujar Hafiz Azhar sambil tangannya bermain dengan patung spongebob. Nasuha segera menoleh ke arah Hafiz Azhar, mengamati setiap inci patung spongebob yang berada di tangan Hafiz Azhar.
            “Ni…”
            “Taubat Nasuha saya diamlah ni.” Ujar Hafiz Azhar sambil menutup mulut spongebob tersebut dengan tangan anak patung itu sendiri.
            “Hafiz Azhar!”
            “Ya saya.”
            “Patung aku kan?” Soal Nasuha inginkan kepastian biar pun nalurinya benar-benar mengatakan itu adalah patung miliknya.
            “Ya betul. Erm, awak macam nak nangis je, janganlah nangis, nanti saya tak boleh kacau awak lagi.” Ujar Hafiz Azhar cuba meniru suara watak Spongebob Squarepants.
            “Eeeee, sini. Suka hati kau sajakan.”
            “Alaaaa, aku tolong masukkan bekas nasi goreng tu tadi tapi dia ni menjerit-jerit suruh aku selamatkan dia dari kekejaman kau. Jadi aku tolonglah.” Tutur Hafiz Azhar membuatkan Nasuha tersenyum sambil menggeleng kepalanya.
            “Sudahlah kau. Mengarut je lebih.” Nasuha menarik patung spongebob kesayangannya dari tangan Hafiz Azhar.
            “Macam tulah, jangan sedih-sedih lagi.” Ujar Hafiz Azhar seraya bangun dan duduk di bahagian hadapan sambil berbual rancak dengan pemandu bas tersebut.
            Satu jam perjalanan dari Pekan Keningau barulah mereka tiba di SMK. Sepulut. Masing-masing melafaz rasa syukur kerana tiba ke destinasi yang dituju tanpa sebarang masalah. Setiba mereka di sana, mereka disambut dengan pukulan gong yang dimainkan oleh pelajar sekolah tersebut. Pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu begitu gembira dengan sambutan yang diberikan oleh sekolah terbabit. Segala penat mereka sepanjang perjalan ke sekolah itu seperti tidak terasa kini.
            Setelah menjamu selera yang disediakan oleh pihak sekolah terbabit, masing-masing memunggah barang-barang keluar dari perut bas. Cepat sahaja Nasuha mengarahkan anak-anak buahnya untuk menjalankan tugas tanpa perlu mengikut rentak AJK yang lain.
            “Okay, tugas Yan sekarang susun meja untuk pendaftaran. Aznizah pun sama. Lepas tu nanti susun fail seperti yang telah kita rancang semalam. Jangan silap tau.” Ujar Nasuha seraya mencari Cikgu Micheal yang menjadi tunjang dalam program tersebut terlaksana.
            Setelah selesai berbincang, Nasuha kemudian kembali mendapatkan Dickziene dan Aznizah di bahagian depan dewan. Dia turut sama menyusun fail seperti yang telah mereka rancangkan semalam. Dia tidak mahu strategi yang telah mereka aturkan untuk pembahagian kumpulan itu gagal.
            Setelah selesai urusan pendaftaran yang terdapat 10 kumpulan semuanya dan terdiri dari 10 hingga 12 orang ahli, program tersebut terus sahaja dilanjutkan ke aktiviti dalam kumpulan iaitu aktiviti ice breaking yang dikendalikan oleh fasilitator yang terdapat di dalam kumpulan tersebut.
            “Suha, join group saya.” Ujar Aznizah sebelum berlalu menuju kumpulannya.
            “Okay.” Jawab Nasuha bersahaja sambil membahagikan kertas mahjong kepada setiap kumpulan.
            “Urusetia yang tidak mempunyai kumpulan boleh masuk dalam mana-mana kumpulan yang kamu suka.” Ujar Syazwan lantang selaku ketua fasilitator.
            “Taubat Nasuha, masuk group aku.” Ajak Hafiz Azhar.
            “Huh, tak nak aku masuk kumpulan kau.”
            “Masuklah kumpulan aku.”
            “Tak naklah. Kau kan selalu jahat dengan aku. Nanti kau buli aku kalau kita satu kumpulan.”
            “Bila masa pula aku buli kau ni. Aku kan budak baik.”
            “Hmmmm, baiklah sangat. Dalam mimpi bolehlah kau tu baik.”
            “Sah, kau pernah mimpi aku kan?!”
            “Eeeee, perasan.”
            “Cik abang dan cik kak, jangan nak bertengkar depan budak-budak sekolah.” Tegur Syazwan apabila melihat dua orang rakannya itu hampir perang mulut.
            “Okay boss.” Jawab Nasuha sambil menjelir ke arah Hafiz Azhar.
            “Nasuha, ingat, sekarang ni bahagian urusetia kamu sahaja yang tinggal dan kamu yang akan kendalikan semuanya sebab anak-anak buah kamu yang lain akan jadi fasilitator tetap dalam kumpulan masing-masing. Erm, kamu kena sentiasa ingatkan saya masa yang kita peruntukan tu. Tidak boleh lebih dari yang kita rancang. Sekiranya, tiada kerja-kerja urusetia yang perlu dilaksanakan kamu boleh masuk kumpulan yang kamu pilih. Sekarang kamu pilih kumpulan mana?”
             “Okay. Erm, saya join group Aznizah.” Ujar Nasuha yakin.
            Good. So, kalau tiada kerja urusetia kamu masuk kumpulan Aznizah. Clear?”
            Clean and clear.” Ujar Nasuha nakal.
            “Ehem.” Hafiz Azhar berdehem.
            “Apa ehem-ehem?” Ujar Nasuha dengan mata yang sengaja dibesarkan.
            "Kumpulan Aznizah tu maksudnya kumpulan akulah tu." Ujar Hafiz Azhar dengan senyuman mekar di bibir.
              "Ha?! Ya Allah kenapalah kau satu kumpulan dengan Aznizah. Eeeeeee." Ujar Nasuha geram.
            “Ha, bergaduh, bergaduh. Ni, kalau bergaduh lagi kali ni, aku panggil tok kadi, nikahkan kamu di sini.” Ujar Syazwan
            “Eeeeeeeeeeeeeeeeeee, suka hati kau sajakan.” Nasuha menarik muncung panjang.
            “Kalau dah muncung panjang macam tu, memang sah pengantin perempuan setuju.” Senda Syazwan
            “Kau nampak ni?!” Nasuha tunjuk penumbuknya depan Syazwan.
            “Ceh, sikit-sikit tunjuk penumbuk. Macamlah penumbuk dia tu besar sangat.” Ujar Hafiz Azhar sambil tergelak bersama Syazwan.
            “Huh, dari layan kamu berdua ni lebih baik layan budak sekolah. Daaaaaa!” Ujar Nasuha seraya berlalu meninggalkan Hafiz Azhar dan Syazwan dengan gelak yang masih bersisa.

            Setelah mengadakan program selama tiga hari dua malam di SMK. Sepulut, kini tiba masa untuk mahasiswa Universiti Malaysia Sabah melangkah pergi untuk kembali ke kampus di Kota Kinabalu. Oleh kerana hubungan yang terjalin sepanjang tiga hari tersebut sangat erat di antara pelajar sekolah dan juga fasilitator yang terlibat membuatkan majlis penutupan tersebut menjadi sayu dan hiba apabila terdengar esak tangis dari mereka.
            “Suha, kalau kau nak nangis, ni nangis di bahu Hafiz Azhar, rakan seperjuangan dalam satu kumpulan.” Usik Syazwan. Nasuha sekadar mencebik.
            “Kau tengok jual mahal tu, nanti macam hari tu, konon tak nak satu kumpulan dengan aku, alih-alih satu kumpulan juga.” Perli Hafiz Azhar.
            “Kamu ni kalau tak sakitkan hati aku tak boleh?”
            “Uishhh, Taubat Nasuha tahu sakit hatikah?”
            “Kak Suha nak tandatangan.” Ujar seorang pelajar kepada Nasuha sambil menyerahkan pen dan sebuah buku.
            “Okay.” Nasuha mengambil pen dan buku tersebut. Dia mencoretkan sesuatu di salah satu lembaran sebelum menurunkan tanda tangan ringkasnya.
            “Macam artis.” Usik Syazwan seraya meninggalkan Nasuha dan Hafiz Azhar untuk bertemu dengan Cikgu Michael.
            “Nasuha, Hafiz senyummmmm. Satu, dua, tiga. Okay!” Ujar Aznizah yang tiba-tiba sahaja muncul membuatkan Nasuha dan Hafiz Azhar hanya menurut kata-kata Aznizah itu.
            “Jahatlah Nizah ni.”
            Sorry Suha tapi gambar ni cantik.” Puji Aznizah jujur. Nasuha sekadar mencebik.
            “Mari aku ambil gambar kamu berdua pula.” Ujar Hafiz Azhar yang telah bersiap sedia untuk mengambil gambar Nasuha dan Aznizah menggunakan kamera Nikkon milik Faezah.
            “Nak juga.” Dickziene yang berdiri tidak jauh dari mereka terus sahaja berdiri rapat dengan Nasuha sambil memberi senyuman manisnya.
            Sweet!”
            “Dah ambil? Lain kali kiralah dulu.” Omel Aznizah.
            “Okay satu kali lagi. Satu, dua, klik!”
            “Macam tulah kalau nak ambil gambar. Barulah semua orang bersedia.” Ujar Aznizah  sambil tersenyum apabila melihat Hafiz Azhar tekun mengambil gambar Nasuha secara curi. Hafiz Azhar meletakkan jari telunjuk di bibirnya agar Aznizah tidak memberitahu Nasuha akan tingkahnya saat itu.
            “Okay kita terpaksa bergerak sekarang sebab semakin lambat kita bertolak, semakin lambat kita akan sampai ke kampus.” Ujar Syazwan memberi arahan. Para mahasiswa Universiti Malaysia Sabah mula memenuhi perut bas mini tersebut.
            “Kak Nasuha.” Panggil salah seorang pelajar perempuan membuatkan Nasuha tidak jadi untuk meneruskan langkahnya.
            “Erm, ni untuk Kak Nasuha.” Pelajar perempuan itu menghulurkan seutas gelang tangan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan.
            “Terima kasih Nelly.” Ucap Nasuha.
            “Sama-sama kak. Gelang ni sebagai tanda ingatan saya kepada kakak yang banyak tolong saya dan sedarkan saya tentang kesilapan saya selama ini.” Ucap Nelly seraya memeluk Nasuha erat. Esak tangisnya yang mulai kedengaran membuatkan Nasuha terasa sebak dan menangis bersama. Hafiz Azhar pula sedari tadi umpama seorang jurukamera professional yang asyik menekan punat kamera bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik.
            “Okay Nelly, kakak kena pergi sekarang, kamu jaga diri elok-elok, belajar sungguh-sungguh, dengar kata mummy, jangan cakap kasar dengan mereka, sentiasa minta restu dengan mereka. Ingat apa yang kakak telah pesan dengan kamu malam tu.”
            “Terima kasih kak. Saya akan ingat semua tu. Saya akan jadi adik terbaik untuk kakak dan anak terbaik untuk mummy saya.”
            Good girl.” Ucap Nasuha seraya mengusap lembut kepala pelajar perempuan tersebut. Nelly kemudiannya mencium kedua belah pipi Nasuha sebelum Nasuha masuk ke dalam perut bas.
            Berapa minit kemudian bas mini Universiti Malaysia Sabah, berwarna biru itu bergerak meninggalkan perkarangan sekolah tersebut. Masing-masing berbalas lambaian. Nasuha melambai dengan linangan air mata yang sukar dihapuskan olehnya. Hafiz Azhar masih lagi memainkan peranannya sebagai jurugambar yang entah bertauliah atau  pun tidak.
            “Perhatian, nanti kita akan berhenti di pekan Keningau untuk makan malam dan setelah itu kita akan terus sahaja balik ke UMS tercinta. Kepada sesiapa yang belum mendapat surat pelepasan kuliah, nanti boleh berhubung terus dengan saya.” Beritahu Faezah.
            “Ada soalan.” Izar yang duduk di kerusi paling belakang bersuara.
            “Ya, sila ajukan.”
            “Erm, makan malam ni ditaja atau tanggung sendiri?” Soal Izar.
            “Oh, yang tu nanti saya bagi jawapan setelah selesai perbincangan tertutup.” Ujar Faezah.
            “Kami semua berharap biarlah jawapannya nanti ditaja.” Tutur Izar mengharap dan yang lainnya bertepuk tangan tanda bersetuju dengan kata-katanya.
            “Kita tunggu nanti.” Jawab Faezah kemudian duduk bersama Asyikin selaku bendahari program bakti siswa tersebut.
            “Suha, belum habis menangis lagi?” Soal Syazwan nakal. Buntang mata Aznizah melihat Syazwan.
            “Taubat Nasuha cepat senyum, satu dua, klik!” Ujar Hafiz Azhar pula sambil mengambil gambar Nasuha dari jarak jauh. Nasuha menutup wajahnya dengan tuala berwaran merah jambu yang sederhana besar itu.
            “Suha.” Panggil Syazwan sekadar ingin mengusik.
            “Suha, sekali lagi. Satu.”
            “Janganlah ambil gambar.” Ujar Nasuha sedikit geram dengan Hafiz Azhar dan Syazwan.
            Klik! Klik! Klik!
            “Hafiz Azhar!” Jerit Nasuha geram dengan tingkah lelaki yang tidak makan saman itu.
            Nice Taubat Nasuha.” Puji Hafiz Azhar.
            “Asyik ambil gambar Suha, gambar akulah lagi.” Ujar Khayla Irdina.
            “Oh, boleh.” Hafiz Azhar bersiap sedia ingin mengambil gambar Khayla Irdina yang sedari tadi telah bersedia dengan senyuman dan gaya ala seorang model.
            Klik!
            “Okay”
            “Satu kali lagi.” Pinta Khayla Irdina
            “Eh cukuplah, nanti habis filem.” Jawab Hafiz Azhar dan disambut dengan gelak ketawa oleh rakan-rakan yang lain.
            “Kamera tu kan guna memori, kau buanglah gambar yang tak okay. Tak pun kau buang gambar yang tak penting, yang banyak menyemak dalam kamera tu. Buat apa nak simpan gambar orang yang sama ja, buat penuh memori.” Usul Khayla Irdina, geram apabila Hafiz Azhar seperti mahu tidak mahu sahaja mengambil gambarnya.
            “Masa di pekan keningau nanti aku ambil gambar kau.” Tutur Hafiz Azhar memberi harapan kepada Khayla Irdina.
            “Baik, kau jangan mengelak pula nanti.”
            Promise.” Janji Hafiz Azhar seolah acuh tak acuh membuatkan Khayla Irdina mengetap bibir geram.
            “Hello, hello.” Hafiz Azhar memetik jarinya di hadapan Nasuha yang telah pun terlelap akibat keletihan.
            “Hafiz, tak payahlah kacau Nasuha tu. Kesian dia.” Marah Rashidah.
            “Okay, aku tak kacau.” Hafiz Azhar beralah dan terus duduk di tangga bas bersama Izar dan Syazwan.
            “Perhatian, makan malam pada malam ini ditaja. Jadi kita akan makan malam di satu restoran yang sama. Sekiranya ada yang mahu makan di restoran lain, silakan tapi itu atas tanggungan sendiri. Jelas?” Soal Faezah setelah membuat pengunguman yang menggembirakan hati anak-anak buahnya.
            “Jelas.” Masing-masing tersenyum dan berpuas hati dengan kenyataan yang baru sahaja diumumkan oleh Faezah sebentar tadi.
            Empat puluh minit kemudian, mereka tiba di Pekan Keningau. Kesemua mereka keluar dari dalam perut bas dan pemandu bas akan kembali mengambil mereka di tempat itu satu jam kemudian. Hafiz Azhar sengih melihat Nasuha seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan olehnya. Nasuha mengecilkan anak matanya cuba meneka apa yang ada dibenak lelaki itu.
            “Cepat, baik mengaku, kau buat apa dengan aku?”
            “Buat apa? Tiba-tiba suruh mengaku.” Dalih Hafiz Azhar.
            “Kau sengih macam tu pun aku sudah taulah mesti kau ada buat sesuatu.”
            “Eh, mana ada.” Nafi Hafiz Azhar dengan sengihan yang masih setia menghiasi bibirnya. Nasuha pandang Hafiz Azhar tanpa berkedip.
            “Fullamak, cantiklah gambar korang macam tu, macam gambar orang kahwin.” Ujar Izar yang sempat mengambil gambar Nasuha dan Hafiz Azhar sebentar tadi.
            “Tengok.” Rashidah, Khayla Irdina, Aznizah dan Dickziene masing-masing menghampiri Izar untuk melihat gambar tersebut.
            “Cantik!” Jerit mereka serentak.
            “Hmm, macam pinang dibelah dualah kak Suha dan abang Hafiz ni.” Ujar Dickziene membuatkan sengihan Hafiz Azhar semakin menjadi.
            “Kalau dah macam pinang dibelah dua, kira secocoklah tu kan?” Soal Hafiz Azhar meminta kepastian.
            “Kalau untuk abang Hafiz dan kak Suha, bukan setakat secocok tapi lebih dari secocok.”
            “Sebab Yan kata lebih dari secocok, tengok, kami ada baby nama Spongebob.” Hafiz Azhar mengeluarkan patung spongebob squarepants milik Nasuha dari belakangnya.
            ‘Huh, aku dah agak dah mamat ni mesti ada buat something. Hadoi!’
            “Spongebob peganglah tangan mama.” Ujar Hafiz Azhar nakal membuatkan mereka yang berada berhampiran tergelak mendengarnya.
            “Hafiz Azhar! Kau buat apa ni?!” Soal Nasuha. Dia cuba untuk bersabar.
            “Bawa spongebob jalan-jalan tengok pekan Keningaulah.” Jawab Hafiz Azhar bersahaja.
            “Hafiz Azhar, aku cuma bawa turun beg dompet sahaja okay. Kau nak letak mana spongebob ni?”
            “Letak mana pula, peganglah bawa jalan.”
            “Kau bawalah.”
            “Buat apa nak bawa, bukan patung aku pun. Patung kau kan?! So, kaulah yang bawa. Nah!” Patung spongebob squarepants itu dihulurkan kepada Nasuha.
            “Tapi kau yang bawa turun dari bas, jadi kaulah bawa.”
            “Kalau kau tak nak bawa, tinggal sajalah si spongebob ni dekat sini.” Ujar Hafiz Azhar seraya tunduk ingin meletakkan patung tersebut di kaki lima deretan kedai di situ. Belum pun sempat Hafiz Azhar meletakkannya, Nasuha terlebih dahulu bertempik nyaring membuatkan semua yang berada di sana memandang ke arah mereka.
            “Kau ni kan suka sangat cari pasal.” Ujar Nasuha sambil merampas kasar patung spongebob itu dari tangan Hafiz Azhar dan terus sahaja berjalan laju ke hadapan. Faezah geleng kepala dengan karenah dua orang anak buahnya itu.
            “Kau ni Hafiz, orang mood baik dah jadi tak baik.” Ujar Faezah lemah. Kadang-kala dia bersimpati dengan nasib Nasuha yang sering diusik oleh Hafiz Azhar dan rakan-rakannya tapi kadang-kala dia merasakan usikan itu perlu untuk membibitkan kemesraan antara mereka apatah lagi dengan gadis seperti Nasuha.
            Setelah beberapa minit melangkah, akhirnya mereka masuk juga ke dalam sebuah restoran iaitu Restoran Sri Keningau yang terletak di belakang Bank Simpanan Nasional. Hampir separuh daripada meja di dalam restoran tersebut digabungkan, khas untuk mereka. Nasuha awal-awal lagi telah memilih tempat duduknya. Hafiz Azhar yang datang kemudian terus sahaja duduk di hadapan Nasuha dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Nasuha menjeling sebaik terlihat kelibat Hafiz Azhar.
            “Eh lupa.” Hafiz Azhar tepuk dahi seraya bangkit semula dari kerusinya. Seketika kemudian dia kembali semula bersama sebuah kerusi dan diletakkan bersebelahan dengan Nasuha.
            “Kenapa?” Soal Rashidah hairan melihat Hafiz Azhar meletakkan kerusi tersebut berhampiran Nasuha.
            “Kan orang tu ada baby. Macam budak-budak.” Ujar Hafiz Azhar sambil memandang Nasuha dengan senyumannya.
            ‘Betul-betul mangkuklah mamat ni. Errrrrrr, sabarlah Nasuha, sabar. Ya Allah, geramnya aku. Ya Allah sekiranya manusia yang ada di hadapan aku ini merupakan hambaMU yang akan merosakkan segala hati dan jantungku, jauhkanlah dia dari hidupku, hambaMU yang lemah ini. Amin.’ Doa Nasuha di dalam hati sambil menadah tangan dan meraub wajahnya setelah selesai berdoa.
            “Aik, makanan tak sampai lagi dah baca doa. Ni lapar ke kebulur ni?” Tegur Hafiz Azhar.
            “Hafiz, cukup-cukuplah tu. Sampai bila kau nak usik Nasuha tu?” Bebel Rashidah yang duduk bersebelahan dengan Hafiz Azhar.
            “Sampai Taubat Nasuha menangis.” Nasuha mengerling sekilas apabila mendengar bicaranya itu.
            ‘Huh, sorrylah Hafiz Azhar, dah kau cakap macam tu, confirm aku tak akan menangis.’ Tekad Nasuha di dalam hati.
            Order makan dik.” Bicara seorang pelayan lelaki yang berusia dalam lingkungan lewat 30-an.
            “Ada nasi goreng pattaya?” Soal Syazwan.
            “Ada.”
            “Belakang sana pesan apa tadi?” Soal Syazwan ingin tahu.
            “Kumpulan kami semua makan nasi goreng seafood.” Jawab Ronald wakil bagi kumpulannnya.
            “Kumpulan di tengah?”
            “Nasi goreng kampung pedas dan yang lain nasi goreng lalap.”
            Korang nak order apa?” Soal Syazwan pula.
            “Nasi goreng pattaya.” Jawab Faezah cepat.
            “Yang lain?”
            “Bagi sama sajalah semua.” Ujar Rashidah. Masing-masing mengangguk tanda setuju kecuali Nasuha.
            “Bagi 6 pinggan nasi goreng pattaya.” Beritahu Syazwan kepada pelayan tersebut.
            “Erm, 5 nasi goreng pattaya dan 1 nasi kosong.” Beritahu Nasuha pula.
            “Eh, kau nak makan nasi campur ke beb?” Soal Khayla Irdina yang duduk di sebelahnya. Nasuha sekadar menggeleng.
            “Lauk?” Soal pelayan itu.
            “Tak perlu lauk. Nasi kosong dan sup saja.”
            “Sup daging?ayam?sayur?” Soal lelaki itu
            “Sup kosong sahaja.”
            “Hah?!” Lelaki itu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Setelah habis mengambil semua pesanan mereka, cepat sahaja lelaki itu berlalu.
            “Kau kenapa Taubat Nasuha?” Soal Hafiz Azhar sambil memandang Nasuha.
            “Kenapa?” Soal Nasuha semula.
            “Makan nasi tak ada lauk. Kau nak telur goreng?” Soal Hafiz Azhar prihatin. Risau pula jika Nasuha begitu disebabkan olehnya. Nasuha sekadar menggeleng.
            “Tahu takut.” Ujar Rashidah perlahan. Hafiz Azhar sekadar tersenyum mendengarnya.
            “Dari penelitian aku, Taubat Nasuha ni macam nak demam.” Ujar Hafiz Azhar sambil memandang Nasuha. Cepat sahaja Khayla Irdina meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Nasuha.
            “Yalah beb, panasnya.” Ujar Khayla Irdina.
            “Huh, tengok mata dia pun boleh tau tahap kesihatan dia.”
            “Nampak sangatlah kau ni perhati mata Suha.” Tutur Faezah membuatkan Hafiz Azhar tesenyum nakal. Setelah makanan dan minuman mereka tiba masing-masing makan tanpa menghiraukan lagi orang di sekeliling mereka. Hafiz Azhar dan Syazwan mulai rancak berborak setelah nasi goreng pattaya tersebut selamat masuk ke dalam perut mereka.
            “Aku kesian betullah dengan Taubat Nasuha ni.” Ujar Hafiz Azhar apabila sedari tadi matanya tidak henti memerhati tingkah Nasuha.
            “Apa yang kau nak kesian?” Soal Khayla Irdina.
            “Tu, sekadar makan nasi kosong. Taubat Nasuha, kau okay tak ni?” Soal Hafiz Azhar.
            “Okay. Aku biasalah makan nasi kosong ni. Kalau tiada sup ni pun aku masih boleh telan lagilah nasi ni.” Ujar Nasuha memberikan penjelasan.
            “Kau janganlah risau duit program habis. Kau makan saja apa kau nak makan.” Ujar Syazwan.
            “Meja hujung yang kecoh, Kak Suha tu di bilik pun makan macam tu. Kadang makan tanpa sup lagi.” Celah Dickziene yang sedari tadi sekadar memerhati dan memasang telinga. Hafiz Azhar, Syazwan dan beberapa yang lain sekadar ternganga mendengar kata-kata Dickziene tadi.
            “Makan nasi kosong macam ni?!” Ujar Izar. Dickziene angguk.
            “Suha, kau ada borang kosong lagi. Kalau ada aku nak isi.” Ujar Syazwan nakal.
            “Amboi Syazwan laju je nak isi borang kosong.” Faezah geleng kepala.
            “Ni la calon-calon isteri jimat belanja.”
            “Suha, saya masih single lagi.” Ujar Ronald dari jauh. Nasuha sekadar menggeleng kepala dan tersenyum tawar.
            Sebaik sahaja selesai makan malam, masing-masing berjalan menuju ke tempat yang mereka janjikan sebentar tadi. Namun bas belum juga kelihatan. Mereka sekadar berdiri di kaki lima kedai sambil berborak sesama sendiri. Hafiz Azhar dan Syazwan menghampiri Nasuha yang berdiri lesu di tepi dinding sebuah kedai.
            “Kau okay tak ni?” Soal Hafiz Azhar. Nasuha senyap. Malas ingin melayan dan menjawab pertanyaan lelaki itu. Aznizah mengangkat jari telunjuknya dan digerak-gerakkannya ke hadapan dan ke belakang kepada Hafiz Azhar. Lelaki itu angkat kening dan mencebik.
            Sebaik bas tiba, masing-masing melangkah pantas memasuki perut bas tersebut. Hafiz Azhar berhenti dari meneruskan langkahnya menaiki bas tersebut apabila bertembung dengan Nasuha. Dia senyum namun tiada tindak balas positif dari gadis itu.
            “Taubat Nasuha silakan naik.” Jemputnya.
            “Awas, Nasuha dah marah.” Ujar Rashidah memberi peringatan kepada Hafiz Azhar namun lelaki itu sekadar tersengih tanpa sepatah bicara.

Rabu, 20 November 2013

Kerana sentuhan itu

         Dengan kudrat yang ada Cendana mengangkat besen berisi ayam untuk dicuci bersih sebelum di masak. Baru setapak dua dia berhenti dan meletakkan besen tersebut di lantai. Dia tarik nafas dalam sebelum mengangkat semula besen tersebut menuju ke paip yang terdapat di luar. Sebaik tiba tempat dituju dia meletakkan cepat besen tersebut dan menarik nafas lega. Baru sahaja dia menyentuh pili air, satu suara menyapanya dari belakang.
          “Kenapa angkat sendirian ayam tu. Cubalah minta tolong dengan lelaki di luar sana.” Sapa Puan Asnah.
          “Hmmm.” Cendana berjeda, tidak tahu apa ayat yang sesuai untuk menjawab sapaan itu. Seketika dia sekadar tersenyum manis ke arah wanita berusia awal 40-an itu.
          “Ibu, kelapa ni letak di mana?” Soal seorang lelaki yang baru sahaja muncul.
          “Letak atas meja tu.” Jawab Puan Asnah. Lelaki itu meletakkan seraga kelapa yang telah dibelah dua di atas meja yang dimaksudkan dan terus sahaja berlalu pergi. Puan Atiqah meneruskan langkahnya untuk masuk ke dalam rumah yang tergendala sebentar tadi apabila melihat Cendana.
          ‘Manalah anak dara yang lain ni. Mahu patah pinggang ni kalau cuci seorang diri. Nasib kaulah Cendana. Kau buat saja selagi mampu.’ Desis hatinya sambil tangannya lincah melakukan kerja-kerja yang sepatutnya.
         “Eee, penyengat ni, aku sibuk basuh ayam kau pun sibuk juga nak datang sini. Jangan sengat aku penyegat. Eh, makin berani pula kau ni.” Tiga ekor penyengat semakin mara kepadanya. Tanpa  disedari tangan yang sedang memegang besen berisi sedikit lemak ayam di hayun ke arah penyegat itu.
          “Haaaa!” Lelaki yang berdiri tidak jauh dari Cendana sedikit tergamam. Bulat matanya memandang Cendana. Manakala Cendana pula terlopong dengan kejadian yang begitu pantas berlaku. Kemudian dia ketap bibirnya.
          “Sorry.” Ucap Cendana lambat dan perlahan.
          “Kau buat apa ni perempuan. Eeee.” Lelaki itu merengus kasar sambil tangannya melarikan lemak ayam yang melekat di bajunya.
          “Sorry. Errr, sa…sa...saya tidak sengaja.” Cendana sedikit gagap melihat reaksi lelaki itu. Dia teguk liur pahit.
          ‘Mampus!’ Cendana tunduk sambil matanya mencuri pandang ke arah lelaki itu.
          “Apa yang kau pandang?! Tolonglah bersihkan baju aku.” Jerkah lelaki itu membuat Cendana sedikit terkejut.
          “Ermmm, macam mana nak bersihkan.”
          ‘Eh gilalah lelaki ni. Ada pula suruh aku bersihkan baju dia. Kalau ya pun nak suruh aku bersihkan baju dia, bukalah baju tu boleh juga aku tolong basuh. Ni takkan aku nak ambil lemak-lemak ayam tu dari dada dia. Eeeee, tak boleh, tak boleh. Bahaya tu, silap pegang nanti, naya pula.’ Bicara hatinya.
          “kau tanya aku macam mana nak bersihkan?! Kau ambil tangan kau ni, ambil lemak ayam ni dan buang pergi mana kau suka.” Ujar lelaki itu sambil menarik kasar tangan cendana. Gadis itu membuntangkan matanya melihat perilaku lelaki itu terhadapnya.
          ‘Suka-suka hati dia saja nak pegang tangan aku. Buta hukum atau buat-buat buta hukum ni. Pantang betul aku lelaki macam ni.’ Desis hatinya seraya menarik kasar tangannya.
          “Assalamualaikum bro. Apa hak kau pegang-pegang tangan aku ni?! Agak-agak sikit ya.”
          “Waalaikumussalam. Kenapa? Aku tiada hak ke nak pegang tangan kau?”
          “Memanglah tiada hak melainkan…..” Cendana diam. Tidak tahu sama ada patut atau tidak meneruskan kata-katanya.
          “Melainkan aku ni suami kau kan?” Tebak lelaki di hadapannya bersahaja. Perlahan-lahan Cendana menganggukkan kepalanya. Lelaki itu membuka bajunya dan menghulurkannya kepada Cendana yang sudah pun berpaling ke belakang apabila melihat tingkahnya sebentar tadi.
          ‘Huh, kalau nak tengok, tengok sajalah. Tak luak pun badan aku ni kalau kau nak tengok perempuan.’
          ‘Aishhhhh, lelaki ni suka hati dia saja buka baju depan aku. Jaga pandangan mata Cendana. Tutup mata kau tu. Nanti tertengok, pengsan pula.’ Cendana menarik nafas dalam namun dia merasakan ada sesuatu menghampirinya. Hembusan nafas lembut terasa benar-benar hampir dengannya. Cendana buka mata perlahan, wajah lelaki itu sememangnya hampir dengan wajahnya.
          “Kau jangan menjerit. Kau jerit aku cium kau.” Ugut lelaki itu. Cendana teguk liur lagi. Kakinya melangkah setapak demi setapak ke belakang namun lelaki itu turut mara mengekori langkahnya sehingga dia tersandar di dinding.
          “Kita kahwin.” Ujar lelaki itu sambil meletakkan kedua-dua tangannya di dinding, mengunci Cendana dari terus bergerak.
          “Kau gila.” Ujar Cendana sedikit terkejut dengan kata-kata lelaki itu.
          “Apa kau cakap? Aku gila? Ya, memang aku gila, aku gilakan kau. Sekali lagi kau cakap aku gila, aku akan cium kau sampai kau lemas.”
          “Aishhhhh.” Cendana cuba menolak tubuh tidak berbaju lelaki itu agar menjauhinya.
          “Check mate!  Kau perempuan pertama yang sentuh kulit badan aku. Sila bertanggungjawab atas apa yang telah kau lakukan ke atas diri aku.”
          “Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee.”
          “Nah cuci sekali baju aku yang telah kau kotorkan ni.” Lelaki itu meletakkan baju t-shirt berwarna ungu itu di bahu Cendana dan terus sahaja berlalu pergi. Cendana tarik nafas lega setelah kelibat lelaki itu hilang dari pandangan mata.
*                 *                 *                 *                 *
          “Mulai hari ni Azam akan hantar dan ambil Cendana pulang dari pejabat.” Ujar Pak Tam sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di meja makan.
          “Azam?” Cendana kerut dahi.
          “Azam anak saudara Mak Tam.” Jawab Pak Tam sambil menyuakan sudu ke mulutnya.
          “Jangan ikut orang lain selain dia. Kalau dia lambat tunggu saja di pejabat tu. Jangan pandai-pandai ikut bas pula. Ada apa-apa telefon Pak Tam.” Pesan Pak Tam. Risau pula kejadian yang menimpa anak saudaranya 2 minggu lalu berulang kembali.
          “Baik Pak Tam.” Cendana angguk.
          “Ingat pesan Pak Tam tu. Jangan angguk saja tapi buatnya lain.”
          “Iya, Cendana tunggu budak Azam tu. Pak Tam janganlah risau.” Cendana cuba meyakinkan Pak Tamnya.
          Pin! Pin!
          “Ha, tu pun Azam.” Ujar Pak Tam seraya bangkit dan berjalan beriringan dengan Cendana.
          “Saya jalan dulu Pak Tam.”
          “Baiklah. Azam ingat pesan Pak Tam.” Ujar Pak Tam cuba mengingatkan Azam tentang amanatnya.
          “Ingat Pak Tam. Hai Cendana.” Ujar Azam ramah membuatkan Cendana terlopong. Azam yang dimaksudkan Pak Tamnya adalah lelaki yang ditemuinya beberapa hari yang lalu.
          “Cendana.” Tegur Pak Tam apabila melihat anak saudaranya seolah membatu di situ.
          “Dia ni ke Azam?” Soal Cendana.
          “Ni la Azam. Balik nanti tunggu dia.”
          “Cepatlah masuk, lewat dah ni.” Ujar Azam seraya mengenyit mata nakal ke arah Cendana. Cendana membuka pintu belakang dan duduk.
          ‘Amboi, duduk belakang macam mak datin.’ Azam mencebik.
          Cendana  tidak senang duduk apabila Azam asyik memerhatinya dari cermin. Melihat telatah tidak keruan Cendana itu membuatkan Azam tersenyum geli hati. Cendana melirik sekilas wajah Azam melalui cermin yang sama. Dia ketap bibir geram.
          ‘Dia pandang aku ke? Kalau aku marah dia, nanti dia kata aku perasan pula. Hmmm, cool Cendana.’ Bicara hati Cendana sambil berpura-pura membuang pandang ke luar tingkap.
          “Apa nama penuh kau ya?”
          “Kenapa tanya?”
          “Saja mahu tahu. Tidak salahkan?”
          “Cendana.”
          “Cendana saja?!”
          “Ya. Ada masalah?” Cendana pandang Azam melalui cermin.
          “Tiada. Senang untuk lafaz masa akad nikah nanti.” Ujar Azam bersahaja membuatkan Cendana menjuihkan bibirnya ke hadapan.
          “Berapa umur kau?” Soal Cendana setelah beberapa minit menyepi.
          “23 tahun. Kau?”
          “Haha tolong hormat aku ya. Panggil aku kakak.”
          “Berapa umur kau?” Azam mengulangi soalannya.
          “Dua puluh enam.”
          “Beza 3 tahun saja pun.”
          “Tapi tetap tua dari kau kan. Panggil aku Kakak Cendana.” Usul Cendana sambil mengukir senyum.
          “Apa kelas nak panggil kau kakak.”
          “Kelas tak kelas. Yang pastinya kau tu pangkat adik-adik jadi kenalah panggil aku kakak.”
          “Tak mau aku panggil kau kakak.”
          “Apasal pula?”
          “Kalau aku panggil kakak seolah aku ni mengurangkan kelayakan aku untuk mendekati kau dengan lebih dekat lagi rapat.”
          “Eeeeee, sudahlah kau dik. Kau tu muda lagi tau.”
          “Kenapa? Kau ingat lelaki muda tak layak kahwin dengan perempuan yang lebih tua dari dia ke?”
          “Ermmmm, bukan macam tu tapi…” Cendana hilang kata.
          “Kalau bukan macam tu macam mana?! Umur tu sekadar nombor saja tau. Kalau dah jodoh lelaki muda dengan perempuan yang lebih tua kira okay apa. Rasulullah pun muda dari Siti Khadijah kan?! Hujah Azam lantang.
          “Hmmmm.” Gumam Cendana, tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan pada saat itu.
          “Contoh macam kita, kalau jodoh aku dengan kau aku terima saja. Lagi pun setakat tua 3 tahun tu apalah sangat. Dan lagi satu kau kena ingat tau, kau tu kena bertanggungjawab atas apa yang telah kau buat pada aku.”
          “Hish kau ni cakap tu elok-elok sikit ya.”
          “Eloklah ni. Oooo kalau perempuan kena sentuh sikit kena cakaplah lelaki ni meraba bagai. Sampai family datang rumah suruh bertanggungjawab tapi kalau perempuan sentuh lelaki, tak apa-apa pula. Kau kena ingat ya, kau tu dah pernah sentuh badan aku tau, sampai sekarang ni aku terbayang-bayang dan terasa lagi macam mana kau sentuh kulit dada aku ni.”
          “Tu……erm…. siapa suruh kau cari pasal dengan aku.” Cendana cuba membela diri.
          “Dah tu kau ingat perempuan yang kena pegang-pegang dan raba sebelum ni mereka tak cari pasal dengan lelaki. Sebab apa lelaki sentuh mereka?! Sebab mereka dedahkan tubuh mereka, tunjuk lurah mereka siap jalan mendada lagi. Dan kau pun buat perkara yang sama macam lelaki lain buat. Apabila aku jalan mendada dan mendekati kau, kau tanpa rasa segan terus sahaja sentuh aku kan. Tu kira mencabul juga tu. Jangan ingat lelaki sahaja perlu bertanggungjawab selepas meraba perempuan.” Ujar Azam panjang lebar.
          “Itu….. arghhh, malaslah kakak cakap dengan kau.”
          “Malas cakap, diam-diamlah yang penting kau jangan lupa bertanggungjawab selepas meraba aku hari tu.”
          ‘Menyakitkan hati sungguh lelaki ni.’ Desis hati Cendana.
          “Eeeeeeeeeeeeeee.” Tiba-tiba jeritan batinnya terluah di bibirnya.
          “Hoi, kau kenapa?! Buat terkejut orang saja.” Marah Azam yang terkejut mendengar jeritan Cendana.
          “Aku geram dengan kau!”
          “Hahahaha, kau geram dengan aku?! Aku taulah aku comel sebab tu kau raba aku hari tu.”
          “Tolong sikit ya. Kau bercakap tu elok-elok sikit. Kalau orang lain dengar, apa orang lain fikir.” Marah Cendana.
          “Mereka akan fikir kau perempuan yang tidak bertanggungjawab setelah meraba seorang teruna suci dan comel macam aku.”
          “Arghhhh!.” Cendana merengus kasar. Geram pula mendengar bait bicara lelaki yang sedang memandu itu.
          “Okay sudah sampai.” Ujar Azam seraya mencari  tempat yang sesuai untuk memberhentikan keretanya.
          “Terima kasih.” Ucap Cendana sebaik turun dari kereta.
          “Sama-sama sayang.” Jawab Azam nakal.
          “Gatal.”
          “Ehemm, sekali diraba, aku akan ingat sampai bila-bila dan akan setia tau.” Ujar Azam dengan senyuman sengetnya. Cendena mengerling Azam dan terus sahaja melangkah pantas menuju ke pejabat milik Pak Tam.
          Hari itu apa sahaja yang dilakukan Cendana seolah tidak kena. Dia ketap bibir geram. Dia menyandar di kerusinya dan memejam mata cuba menghilangkan kekusutan dan sakit hati yang melanda diri sejak bertemu lelaki bernama Azam itu. Wajah Azam yang tersenyum senget sewaktu menghantarnya tadi bermain-main di matanya.
          “Aku ni dah kenapa? Kenapa asyik fikir dia saja? Aduiiiiiiii tolonglah otak, tolonglah hati. Tolong bekerjasama dengan tuan kamu ni.” Gumamnya perlahan sambil memicit kepala yang sedikit pening.
          “Kau dah kenapa makcik? Dari tadi aku tengok membebel sorang-sorang?” Sapa Zaki seraya duduk di kerusi bertentangan Cendana
          “Aku mengalami gangguan emosi di awal pagi.”
          “Kenapa?”
          “Driver Pak Tam tu lah, sakit hati aku dengan dia. Dahlah muda dari aku, boleh pula dia beraku-berkau saja dengan aku. Aku suruh dia panggil aku kakak dia tak nak.”
          “Dia tak nak panggil kau kakak?! Tu tandanya dia nak usha kau la tu.” Ujar Zaki mengutarakan pendapatnya.
          “Eeee ada pula. Aku ni pangkat kakak tau. Dia tu pangkat adik-adik aku.”
          “Tapi nak usha seseorang tiada syaratkan? Sama ada dia tua atau muda tetap boleh usha, janji berkenan di hati. Lagi pun ramai juga lelaki yang dapat jodoh perempuan yang lebih tua dan ternyata kebahagian itu bukan terletak pada jarak usia pasangan tetapi bagaimana cara pasangan tersebut mengendalikan rumah tangga yang mereka bina.”
          ‘Aik budak ni tetiba pula cakap pasal rumah tangga. Aku cakap pasal panggilan kakak saja kut.’
          “Ki, ceramah rumah tangga nampak.” Ujar Cendana sambil mengherotkan bibirnya.
          “Sekali-sekala ceramah rumah tangga itu perlu. Lebih-lebih kau yang aku macam dah nampak sikit aura nak menamatkan zaman bujang tu.”
          “Aishhhhh, celah mana pula aku nak tamatkan zaman bujang aku tu. Kau pun tahu kan aku ni tak fikir lagi semua tu.”
          “Oiiii makcik, orang lain umur baya kau anak dah berderet 6,7 orang tau. Hmmmm, kau jangan pula sampai ovum dan hormon kau tak berfungsi baru terhegeh-hegeh nak kahwin.”
          “Kau ni Zaki, mulut tu, haishhhhhh.”
          “Dah tu asyik tak fikir lagi nak kahwin, tak fikir lagi nak kahwin. Kau nak tunggu sampai bila baru nak fikir pasal kahwin? Tunggu putera kayangan melamar kau?”
          “Sudahlah. Malas aku nak layan kau.”
          “Okay. Selamat berfikir tentang rumah tangga. Selamat berbahagia bersama lelaki muda. Hahaha, kau tak nak suami muda kan kau tengok nanti Allah bagi kau lelaki muda dari kau. Entah-entah driver tu.”
          “Eeee kau ni mulut. Dah aku gerak dulu. Baik sembahyang dari layan kau.”
          “Alhamdulillah. Berdoalah moga dipercepatkan jodoh.” Ujar Zaki separuh menjerit kerana Cendana telah pun melangkah beberapa tapak meninggalkannya.
*             *                 *                 *                 *
          Hampir 2 bulan lelaki bernama Azam itu setia mengambilnya di rumah Pak Tam dan menghantarnya ke pejabat dan begitu juga waktu pulang dari pejabat. Dan setiap kali bersua lelaki itu juga mereka sering sahaja berbahas. Ada sahaja yang tak kena dek mata dan fikiran masing-masing.
Hari itu hari sabtu tetapi Cendana perlu juga turun ke pejabat untuk membayar gaji para pekerja binaan secara tunai seperti yang diamanatkan oleh pak Tam. Hatinya merasakan sesuatu yang tidak enak sedari semalam namun diabaikan sahaja rasa yang berkelana di hatinya. Apatah lagi demamnya kian bertambah kerana tidak mempunyai rehat yang cukup sejak Pak Tamnya pergi ke Jakarta untuk menguruskan hal perniagaannya di sana.
          “Tengah hari nanti aku datang ambil kau.”
          “Okay.”
          “Jangan pergi mana-mana pula. Kau tu sudahlah demam.” Ujar Azam cuba mengingatkan Cendana.
          “Ya dik. Akak tunggu di sini. Kalau lambat tunggu akak tau.” Ujar Cendana yang masih lagi membahasakan dirinya sebagai kakak.
          “Aku tunggu kau tempat biasa.” Ujar Azam sebelum memecut laju keretanya meninggalkan perkarangan pejabat itu.
          “Kau..kau..kau. Susah sangatkah nak panggil aku kakak. Bikin panas pula budak ni.” Bebel Cendana.
          Selesai sahaja tugas-tugas membayar gaji pekerja binaan itu, cepat sahaja Cendana mengemas barang-barangnya. Niat di hati hendak pergi ke kedai runcit yang terdapat di bahagian belakang bangunan itu. Niat di hati ingin membeli tuala wanita yang sangat-sangat diperlukannya sekarang dan juga bahan-bahan untuk membuat kek chocolate moist yang diidamkannya.  Sejak dia demam, anak tekaknya teringin benar makan kek chocolate moist yang dibuatnya sendiri namun dia masih belum punya masa yang sesuai untuk membuatnya.
Setelah memastikan semua suis dimatikan dia melangkah keluar dan mengunci pintu pejabat itu. Dia membuat pemeriksaan sekali lagi untuk memastikan pintu pejabat itu benar-benar telah terkunci. Setelah berpuas hati cepat sahaja dia melangkah menuruni anak tangga yang tedapat di sana.
Gedebuk!
          “Adoiiiiii.” Cendana memegang kepalanya yang sedikit pening. Dia  seperti bermimpi. Rasanya baru sahaja dia melangkah 3 anak tangga tapi sekelip mata sahaja dia sudah pun berada di anak tangga terakhir. Dia cuba menggerakkan kakinya namun dia merasa ngilu dan sakit. Hendak meminta tolong dia tidak tahu pada siapa. Tambahan pula hari Sabtu begitu memang jarang orang lalu di kawasan pejabat mereka yang agak terpencil itu. Tanpa rasa putus asa dia tetap juga mencuba untuk berdiri namun tidak berjaya. Denyutan di kakinya itu membuatkan air mata yang bertakung sedari tadi mengalir jua membasahi pipi.
          Cendana merasa ada satu getaran di dalam tas tangannya. Perlahan-lahan dia mencapai tas tangan yang berada tidak jauh darinya. Baru dia perasan bahawa tangan kanannya juga terseliuh. Belum sempat dia menjawab panggilan itu, ia telah dimatikan oleh si pemanggil dan tidak lama kemudian ia bergetar semula menandakan terdapat panggilan masuk. Nama Azam tertera di skrin telefon.
          “Oi makcik berpuluh kali aku telefon kau, baru nak jawab. Aku di bawah ni, cepat turun.”
          “Sorry, tolong jumpa aku di tangga pejabat.”
          “Kau menangis? Kau kenapa?!” Soal Azam tidak keruan mendengar suara Cendana di hujung talian.
Segera dia membuka pintu kereta dan berlari ke arah tangga untuk naik ke pejabat Cendana. Risau juga jika sesuatu yang buruk menimpa Cendana. Sudahlah Pak Tam sekeluarga berada di luar negara. Dia terkesima sebaik melihat Cendana yang duduk di tangga pejabat dengan tudung yang sedikit senget dan kotor.
          “Astaghfirullah al’azim.” Azam beristighfar panjang melihat keadaan Cendana ketika itu.
          “Kau parking di mana?” Soal Cendana.
          “Tempat biasa. Kau jatuh?”
          “Ha’a.”
          “Jatuh dari mana?”
          “Jatuh dari ataslah. Ada ke orang jatuh dari bawah?!” Ujar Cendana geram namun ada lelucon pada bait bicara itu.
          “Memanglah dari atas tapi atas mana?” Soal Azam juga geram apabila mendengar jawapan loyar buruk Cendana itu.
          “Tangga ketiga dari atas.”
          “Sampai bawah ni?” Soal Azam terkejut.
Cendana sekadar mengangguk lemah. Azam teguk liur pahit. Dia pandang ke atas, melihat keadaan tangga yang curam dan tinggi itu. Hati kecilnya mengucapkan syukur kerana jika dilihat dari keadaan tangga itu, dia merasakan sesiapa yang jatuh di sana pasti tidak akan sedarkan diri atau paling tidak pun koma minimum selama 3 hari.
“Boleh jalan?” Soal Azam.
“Try.” Jawab Cendana dengan semangat yang cekal. Biar pun dia tahu kakinya itu tidak dapat bergerak.
“Aku angkat kau.” Usul Azam sambil mencapai tas tangan Cendana.
“Eeeee.”
“Apa yang eeeee?” Buntang mata Azam memandangnya.
“Takkan kau nak angkat aku, malulah.”
“Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Pergi hospital ambil kerusi roda untuk kau? Atau kau nak bermalam di sini?”
“Ermmmm.” Cendana hilang kata.
“Kalau kau tak nak aku angkat kau, kau jalanlah sendiri.” Ujar Azam seraya menapak 5 langkah meninggalkan Cendana.
“Azam!” Jerit Cendana. Azam tersenyum nakal apabila Cendana memanggilnya.
“Ada apa?” Soa Azam dengan wajah serius.
“Tolonglah.” Ujarnya perlahan. Azam menapak semula menghampiri Cendana. Perlahan-lahan dia tunduk dan terus sahaja mencempung tubuh gadis itu. Cendana tutup muka dengan tangan kirinya manakala Azam yang perasan akan tingkah gadis itu hanya tersenyum geli hati.
‘Ya Allah ampunkan segala dosa hamba-MU yang lemah ini.’ Pinta Azam di dalam hati.
          “Kita pergi hospital.” Ujar Azam sebaik duduk di tempat pemandu. Cepat sahaja Cendana menggeleng kepalanya.
          “Erm, sebenarnya kakak nak beli barang di kedai runcit belakang ni tapi tidak kesampaian. Boleh kita pergi sana sekejap.” Pinta Cendana.
          “Aku malas nak masuk jalan belakang tu. Kau nak beli apa? Kau cakap saja, aku tolong belikan.” Ujar Azam.
          “Erm.” Cendana menggaru kepala yang masih lagi lengkap bertudung.
          “Kenapa buat muka macam tu?” Soal Azam.
          “Err, mahu beli barang keperluan wanita sebenarnya.” Ujar Cendana lambat dan perlahan. Segan pula ingin meminta lelaki itu membelikan untuknya.
          “Apa? Pad? Jenama apa?” Soal Azam bersahaja.
          ‘Cakap atau tidak. Cakap atau tidak. Huhu lelaki ni nampak sangat selalu mendera hati wanita aku.’
          “Hoi, cepatlah. Lagi lambat kaki kau tu dirawat lagi teruk tau. Aku okay saja. Tapi kalau urat kaki kau tu sampai bengkak, memang…” Sengaja Azam meleretkan bicaranya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
          “Erm, kotex, overnight. Erm, lepas tu tolong beli bahan-bahan dalam senarai ni. Boleh?” Cendana menyerahkan kertas kecil kepada Azam.
          “Okay. Jangan lupa kunci pintu.” Pesan Azam.
          “Duit.” Cendana menghulurkan not RM50 kepada Azam namun hanya disambut dengan senyuman senget lelaki itu sebelum lelaki itu meninggalkan Cendana di dalam kereta itu sendirian.
          ‘Berpuluh kali dah malu dengan budak ni. Aduiiii, kaki ni pun satu hal. Kalaulah kau boleh jalan tadi, tidaklah aku malu dengan dia. Tengok tak pasal-pasal dah ada adegan angkat-angkat. Malunya. Kalau dia jadi suami aku, okaylah tapi kalau bukan dia, huissshh ruginya suami aku nanti. Tapi takkan kut aku nak kahwin dengan budak Azam ni. Ishhh, apa aku fikir ni.’ Bicara Cendana sendirian sambil tangan kirinya memegang tangan kanannya yang terseliuh itu.
*                 *                 *                 *
          “Kenapa ni Azam?” Ujar Puan Asnah sedikit terkejut melihat Azam mencempung tubuh Cendana, anak sauadara iparnya.
          “Cendana ni main kejar-kejar dengan kucing di pejabat tadi. Tu yang sampai jatuh tangga. Tergolek dari tangga atas terus ke tangga paling bawah.” Ujar Azam bersahaja.
          “Main kejar-kejar dengan kucing?”
          “Mana ada makcik. Saya pening sikit saja tadi tapi tak sangka pula boleh jatuh sampai macam tu sekali.” Terang Cendana.
          “Pening. Bahaya tu. Kenapa turun pergi kerja juga? Ni dah bawa pergi hospital?” Soal Puan Asnah sedikit resah bersulam simpati.
          “Hari ni kena bayar gaji pekerja binaan tu makcik. Amanat Pak Tam. Gaji mereka tu kan lain sikit, tidak sama dengan pekerja lain.”
          “Soal hospital kau tak jawab lagi.” Celah Azam dengan senyuman sengetnya. Cendana mengerling lelaki itu. Dia ketap bibir geram.
          “Saya tak mahu pergi hospital.” Beritahu Cendana lemah. Melihat senyuman senget Azam itu dia tahu pasti Azam sedang mentertawakan dirinya yang menangis ketika tiba di hospital tadi.
          “Dah sampai hospital pun tadi tapi orang tu belum masuk lagi dah menangis sakan tak mau masuk jadi paksalah balik macam tu saja. Cakap biar detail sikit. Nanti orang lain ingat aku ni pula tak pandai jaga bakal isteri.” Ujar Azam lagi membuatkan Cendana membuntangkan matanya.
          “Azam, merah muka Cendana tu. Cuba jangan sakat orang sedang sakit ni.” Tegur Puan Asnah.
          “Hahaha, muka macam udang kena bakar. Azam letak minyak ibu di sini. Selamat berurut Cendana sayang. Abang keluar dulu. Selamat menjerit-jerit.” Ujar Azam nakal seraya keluar meninggalkan Cendana dan ibunya di ruang tamu itu.
          “Azam memang macam tu nakal sikit tapi dia memang serius sukakan Cendana. Harap Cendana tidak kecewakan dia.” Luah Puan Asnah jujur membuatkan Cendana kelu tidak terkata.
          ‘Nasib baik kaki ni sakit kalau tak pasti aku dah lari keliling satu Malaysia. Malu, malu, malu. Tak tau nak sorok muka di mana. Huhuhuhu.’
          Sepanjang proses mengurut entah berapa ratus kali Cendana menjerit kesakitan. Urat-uratnya yang bersimpul dan mulai membengkak itu begitu sakit apabila diurut sehingga dia merasakan ingin menendang wanita di hadapannya itu.
          “Sudah Cendana. Nanti kita sambung urut lagi. Tak tahan makcik dengar kamu menjerit-jerit ni.” Ujar Puan Asnah dengan segaris senyuman.
          “Sakit sangat.” Luah Cendana sambil mengesat air matanya.
          “Memanglah sakit tambah pula urat-urat tu dah membengkak.” Beritahu Puan Asnah dan Cendana sekadar mengangguk faham.
          “Ibu okay?” Soal Azam yang baru sahaja muncul dari ruangan dapur.
          “Okay. Cendana ni yang tak okay.”
          “Kalau dengar suara jeritan yang nyaring lagi membingitkan telinga tu memang nampak sangat tak okay. Nah, air untuk kau.” Azam serahkan segelas air suam kepada Cendana.
          “Air saja?”
          “Sepatutnya bagi kau air masa first time jumpa kau jatuh tu tapi aku lupa. Ni baru ingat.” Ujar Azam seraya duduk di sofa dan mencapai alat kawalan jauh ASTRO.
          Azam mengerling Cendana yang masih lagi duduk di lantai bersama ibunya. Puan Asnah bangkit dan berlalu ke dapur. Azam mengetuk-ngetuk meja di hadapannya. Cuba mencari kekuatan dan ayat yang sesuai untuk berbicara dengan gadis di hadapannya.
          “Nah.” Azam menghulurkan sesuatu kepada Cendana.
          “Apa ni?”
          “Cincin. Aku melamar kau jadi isteri aku.”
          “Errrr.”
          “Aku harap kau setuju sebab kau harus bertanggungjawab lepas meraba aku hari tu dan aku nak bertanggungjawab lepas aku dah angkat kau tadi.”
          ‘Suka hati dia saja kata aku ni meraba dia. Tolong sikit!’
          “Erm aku…..”
          “Kau tak payahlah nak fikir sangat jarak umur kita tu. Umur tu sekadar angka saja okay. Aku dah solat istikharah dan dah 4kali aku dapat petunjuk yang sama. Aku harap lepas ni kau pun buat solat istikharah. Dan jika aku adalah orangnya, bagilah keputusan secepat mungkin.” Ujar Azam serius dan terus sahaja berlalu meninggalkannya terpinga-pinga di ruang tamu rumah itu.
*                 *                 *                 *                 *
          Pin! Pin!
          “Azam dah sampai.” Ujar Pak Tam.
          “Pak Tam saya jalan dulu.” Cendana meminta diri seraya bersalam dengan Pak Tam. Azam yang baru sahaja balik dari menghantar adik-adiknya ke sekolah hanya tersenyum melihat Cendana.
          “Oi, duduk mana tu?” Tegur Azam apabila melihat Cendana ingin membuka pintu kereta di bahagian belakang.
          “Lupa.” Cendana sengih.
          “Masa bujang lain ceritalah. Sekarang dah kahwin wajib duduk di sisi.” Ujar Azam dengan senyuman di bibir. Cendana sekadar mencebik dan beralih ke pintu di sebelah pemandu.
          “Baik-baik jalan tu. Pak Tam tak risau dah sebab kamu bertanggungjawab penuh ke atas isteri kamu sekarang.” Ujar Pak Tam sambil menepuk bahu Azam.
          “Terima kasih Pak Tam.” Ujar Azam sambil meneruskan pemanduannya.
          “Bang.” Seru Cendana.
          “Ya Kak.” Jawab Azam sambil mengerling sekilas wajah isterinya itu.
          “Eeee dulu orang suruh panggil kakak tidak mau. Sekarang baru nak panggil kakak.”
          “Gurau sajalah. Kenapa sayang?”
          “Erm, malam nanti kita makan  seafood. Teringinlah. Boleh?” Cendana sudah memegang lehernya.
          “Boleh. Untuk sayang dan baby dalam ni mestilah boleh asalkan permintaan tu tidak melampaui batas dan abang mampu tunaikannya.” Ujar Azam sambil tangan kirinya memegang perut isterinya.
          “Lagi satu….” Cendana berjeda lama.
          “Apa?”
          “Abang kerja di pejabat abang tu jangan nakal-nakal tau. Ingat abang dah ada saya dan baby.”
          “Hahahaha, luculah sayang ni. Mestilah abang ingat. Sayang jangan risau okay, nanti baby pun risau sama. Abang nak sayang tahu dalam hidup abang, abang hanya ada seorang isteri sahaja iaitu sayang.”
          Azam memakir keretanya. Cepat sahaja dia menyaingi langkah dan menggenggam erat tangan isterinya. Menapak tangga demi tangga sehingga tiba di pintu pejabat. Zaki berdehem melihat pasangan itu masuk di kawasan pejabat.
          “Ehem, amboi bukan main lagi korang ni. Pergi pejabat dihantar sampai dalam pejabat, balik nanti diambil depan pintu pejabat. Kalah anak raja tau.” Perli Zaki.
          “Nak pastikan dia selamat saja Ki.” Balas Azam. Gerun pula bila diingat kembali peristiwa Cendana jatuh tangga tidak lama dahulu.
          “Bertuahlah badan kau Cendana. Itulah aku kata, kebahagian itu bukan terletak pada jarak usia pasangan tetapi bagaimana cara pasangan tersebut mengendalikan rumah tangga yang mereka bina.” Ujar Zaki sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
          “Aku setuju sangat dengan kata-kata kau tu Ki.” Ujar Azam dengan senyuman meleret.
          “Sukalah tu.” Cendana mencubit manja lengan suaminya.
          “Memanglah. Okay abang gerak dulu. Balik nanti tunggu sini sampai abang datang tau.” Pesan Azam.
          “Baiklah.” Cendana salam dan cium tangan suaminya. Seketika kemudian kelihatan Azam mengucup perlahan dahi isterinya sebelum berlalu pergi.
          “Aduhhhhhh, awal pagi lagi kau orang dah bikin drama dekat sini ya. Apa pun aku doakan semoga kau sentiasa bahagia hingga ke syurga bersama adik a.k.a suami kau. Aaaamiin” Doa Zaki seraya meraup wajahnya.
          “Aaamiin Ya Rabb.” Cendana juga turut meraup wajahnya setelah mengaminkan doa Zaki sebentar tadi.

Hasil Nukilan,
Cuadiey
20 Nov 2013
2.38 petang
(Cuaca: Hujan mencurah-curah membasahi bumi)