Sabtu, 10 Ogos 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 28

TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (28)
PENULIS               : CUADIEY
                Hafiz Azhar tersenyum girang apabila Encik Affandi Norzaki dan Puan Syuhadah meluluskan permintaannya untuk mengajak Nasuha mengikuti program amal ke Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut Sabah dengan syarat tidak pergi berdua. Syarat itu sememangnya dia telah sedia maklum sedari dulu lagi. Tanpa syarat itu, dia berani kerat jari bahawa si Acang papar itu juga pasti menolak ajakkannya.
                “Silakan masuk tuan puteri.” Hafiz Azhar mempersilakan Nasuha masuk ke dalam kereta di bahagian belakang.
                “Banyaklah kau punya tuan puteri. Tunggu yang lain dulu.”
                “Kau tengok betul-betul dalam kereta ni Taubat Nasuha.” Arah Hafiz Azhar. Perlahan-lahan  Nasuha memerhati seperti yang di arahkan oleh Hafiz Azhar. Dia senyum sengit ke arah Hafiz Azhar dan seraya meloloskan diri masuk ke dalam kereta menyertai Adila, Memeng, Azim dan Piut yang telah pun berada di dalam kereta tersebut.
                Kereta Avanza hitam milik Adila itu meluncur laju di atas jalan raya menuju ke Kinarut, Papar mengekori kereta-kereta lain yang juga terlibat dalam program tersebut. Mereka berharap jalan raya tidak akan sesak seperti hari-hari sebelumnya agar mereka boleh sampai ke destinasi lebih awal dari yang telah dirancangkan. Sepanjang perjalanan ada sahaja perkara yang mereka borakkan maklumlah bukan selalu dapat bersua dan bersembang sebegitu. Lima belas minit kemudian mereka tiba juga di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut dan disambut baik oleh kakitangan dan penghuni di situ.
                “Hoi!” Jerkah Hafiz Azhar membuatkan Nasuha sedikit tersentap.
                “Kau ni kan… ishhhhh.”
                “Yang kau takut ni apa hal? Ni rumah warga tua bukan pusat serenti kau nak takut macam tu.”
                “Siapa kata aku takut?! Aku okaylah.” Nasuha cuba berlagak biasa namun hakikatnya perubahannya dapat dihidu oleh Hafiz Azhar.
                “Serius kau okay?”
                “Yup aku okay.”  Jawab Nasuha seraya melangkah laju meninggalkan Hafiz Azhar dengan telahannya.
                Setelah selesai majlis berbuka puasa, mereka segera melawat penghuni yang berada di sana dari bilik ke bilik sambil mengedarkan sedikit sumbangan termasuklah kuih lidah yang dibeli oleh Hafiz Azhar di kilang Kuih Lidah KPWM, Kg. Berundong, Papar. Ada di antara penghuni di sana yang telah uzur dan hanya mampu terlantar di atas katil sahaja. Nasuha menarik nafas dalam, cuba bertahan dan kuat untuk menghadapi semua ini. Dia tidak mahu emosi menguasai dirinya kala itu. Dia bertekad ingin menggembirakan penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard itu biar pun kehadiran mereka sekejap cuma.
                “Nak, masuklah sini.” Panggil seorang wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Nek Yam.
                “Saya?” Nasuha tunjuk dirinya dan wanita itu sekadar mengangguk. Nasuha menghampiri di Nek yam sedang duduk dan berbual mesra dengan yang lain.
                “Cantik.” Ucapnya sepatah sambil memegang lembut pipi Nasuha. Nasuha sekadar membatu tidak mampu berkata-kata untuk membalasnya.
                “Nek Yam pernah makan kuih ni?” Soal Suriati apabila melihat Nasuha seolah terkesima dengan keadaan itu.
                “Pernah.” Jawab Nek yam sepatah atau nama penuhnya Mariam Binti Mustaffa.
                “Sedapkan nek?” Celah Khairunnisa pula.
                “Sedap. Nenek ada cucu. Mungkin sekarang dia besar macam kamu semua. Dulu dia manja dengan nenek tapi bila nenek sudah dihantar di sini hubungan kami terputus. Mereka tidak pernah datang lawat nenek.Dulu mereka janji setiap minggu akan datang melawat nenek. Jangankan minggu, hari raya yang setahun sekali pun mereka tidak pernah datang sini.” Cerita Nek Yam ramah biar pun air mukanya kelihatan sedih pada ketika itu.            
                Nasuha yang tadinya perlahan-lahan menjauh kini sudah berada berhampiran dengan pintu. Cuba mencari kekuatan untuk terus berada di situ dan mendengar cerita kisah hidup Nek Yam. Dia berharap dia boleh berkata sesuatu untuk menceriakan hati Nek Yam yang rawan. Namun dia tidak sekuat itu. Air mata yang sedari tadi bergenang di tubir mata mulai jatuh di pipi halusnya. Cepat sahaja dia melangkah pergi, tidak mahu Nek Yam melihat kesedihannya.
                “Kau okay?” Soal Hafiz Azhar setelah menghampiri Nasuha namun tiada jawapan. Dilihatnya Nasuha memalingkan wajahnya cuba menyembunyikan air matanya dari dilihat oleh lelaki itu. Hafiz Azhar diam dan turut sama menyandarkan belakangnya ke dinding bangunan, menanti emosi Nasuha kembali stabil.
                “Kau pergilah sana.” Ujar Nasuha perlahan apabila menyedari Hafiz Azhar masih lagi di situ.
                “Sensitifnya kau. Sudahlah tu. Kejap lagi kita mahu balik. Kau sedih macam ni nanti mereka lagi sedih.” Pujuk Hafiz Azhar.
                “Aku kesian…...” Jawab Nasuha sayu dengan rembesan air mata yang tidak mahu berhenti.
                “Sudahlah tu Taubat Nasuha. Nanti mereka tengok kau lagilah mereka tu sedih. Ni menangis paling muka ni mesti kau sorok hingus kau ni kan?!” Ujar Hafiz Azhar sengaja menyakat Nasuha agar suasana itu dapat mengurangkan emosi sedih Nasuha.
                “Ish kau ni teda-teda.”
                “Senyum Nasuha, chakkkk!” Hafiz Azhar cuba mencuri lihat wajah Nasuha kala itu membuatkan cepat sahaja Nasuha menutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.
                “Janganlah Hafiz Azhar.”
                “Manjanya kau ni Taubat Nasuha.”
                “Biarlah.”
                “Eh, akhirnya kau mengaku juga kau manja. Manja!”
                “Ermmmm, jealous la tu.”
                “Tak kuasa aku nak jealous dengan kemanjaan kau. Dah pergilah basuh muka tu. Di sana ada tandas. Aku tunggu kau dekat blok depan tu.” Beritahu Hafiz Azhar seraya berlalu.
                “Hafiz Azhar.” Panggil Nasuha sebaik Hafiz Azhar menapak.
                “Kenapa?” Soal Hafiz Azhar sedikit terkejut.
                “Temanlah aku pergi tandas tu.” Pinta Nasuha memandangkan dia kurang arif dengan kawasan tersebut dan faktor kurangnya cahaya di sana membuatkan dia sedikit takut untuk begerak sendiri.
                “Ha, teman kau pergi tandas?!” Hafiz Azhar memandang Nasuha dengan segaris senyuman nakal.
                “Teman pergi sana ja bukan kau masuk sekali dalam tandas tu.”
                “Oooooo aku ingat kau nak suruh aku teman sampai masuk dalam tandas sekali. Kalau……..”
                “Eeeeeeeee tolong jangan fikir maju ke hadapan ya.” Potong Nasuha.
                “Hari tu kau yang suruh aku fikir maju ke hadapan.”
                “Bila masa?” Nasuha kerut dahi sambil sama-sama menapak menuju ke tandas.
                “Empat tahun lepas masa aku melamar kau tu.”
                “Melamarlah sangat. Masa tu belajar pun belum habis, sibuk nak fikir kahwin.”
                “Melamarlah tu. Tapi apakan daya orang tu suruh kita fikir maju ke hadapan. Masih belajar takut komitmen terganggu, nanti ada anak nak bagi makan apa. Kalau berkahwin biarlah tidak susahkan mak ayah lagi, biar boleh sara keluarga sendiri.” Bebel Hafiz Azhar menyingkap sejarah 4 tahun lepas di mana lamarannya ditolak dengan cara yang baik oleh Nasuha.
                “Okay…okay..okay…stop! stop!” Nasuha tutup telinganya, tidak mahu mendengar kisah mereka 4 tahun yang lalu.
                “Okay tapi kau kena ingat aku di sini masih sama seperti aku yang dulu.” Ujar Hafiz Azhar tiba-tiba serius.
                “Maksud?”
                “Maksud aku agenda aku datang sini sama seperti agenda aku 4 tahun yang lepas dan aku berharap tiada lagi alasan kolot dari kau.”
                “Alasan kolot?! Alasan tu munasabah.”
              “Memang munasabah tapi apa salahnya berkahwin masa tu. Kita dapat menjaga dan menundukkan pandangan mata dan nafsu kita. Ikatan perkahwinan yang sah itu akan menambah dan membuka pintu rezeki kita. Biar pun mungkin pada masa tu kita masih lagi belajar dan langsung tidak punya pendapatan.” Hujah Hafiz Azhar cuba meluah apa yang terbuku di hati dan apa yang terfikir dek akalnya. Nasuha hanya mampu mendiamkan diri.
Sepanjang perjalanan pulang Nasuha hanya mendiamkan diri dan hanya bercakap apabila perlu sahaja. Otakanya ligat berfikir akan kata-kata Hafiz Azhar ketika mereka sama-sama berada di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut. Dia sendiri tidak tahu sama ada mahu mengiyakan atau menidakkan kata-kata Hafiz Azhar itu. Namun sejarah tetap akan menjadi sejarah yang akan terlipat kemas antara mereka berdua.
BERSAMBUNG……………
Teda-teda
tiada pun
(Tidak pasti macam mana mahu translate perkataan ni tapi dalam cerita ni begitulah maksudnya..hehe)

               

Khamis, 8 Ogos 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 27



TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (27)
PENULIS               : CUADIEY
“Itulah nakal sangat. Tengok dah sakit kaki. Nasib baik terseliuh saja. Kalau patah kaki ni, sakit teruk sampai kena potong, kan dah susah.” Bebel Nasuha sambil berjalan masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil minyak gamat. Hafiz Azhar yang berdiri di halaman rumah sekadar memasang telinga.
                ‘Siapa pula yang terseliuh ni?’ Soal Hafiz Azhar sendirian.
                “Mari sini Achik urut. Lain kali, duduk rumah saja. Okay?”
                ‘Eh, Nazri ke yang terseliuh ni?’ Hafiz Azhar cuba memerhati dari jarak jauh.
                “Mana sakit? Ni?! Janganlah tarik kaki tu. Achik kan nak urut ni. Achik tak urut kuatlah. Lain kali tak payah nak merayau. Makan pun cukupkan? Selalu Achik tengok nasi tu bukan habis pun, membazir. Membazir tu amalan syaitan tau. Hmmm, ada lega? cuba berdiri, jalan sikit. Yeah! pandai Achik mengurutkan?!” Ujar Nasuha tanpa henti membuatkan Hafiz Azhar semakin ingin tahu siapakah gerangan yang diurut oleh Nasuha.
                “Siapa yang terseliuh?” Soal Hafiz Azhar sebaik menghampiri Nasuha.
                “Aish, buat terkejut orang Sajalah. Lain kali bagi salamlah dulu.”
                “Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam.”
                “Siapa yang terseliuh?” Hafiz Azhar mengulangi persoalannya kerana tidak melihat sesiapa pun  di sana melainkan Nasuha. Risau juga bila memikirkan sekiranya otak gadis itu sudah tidak betul lagi.
                “Si Kaka nilah. Tadi teruk, jalan pun heret kaki. Lepas urut tadi, bolehlah jalan biar pun masih tempang.”
                “Kau okay?” Soal Hafiz Azhar dengan mata memandang tepat ke arah Nasuha tanpa mengerdipkan matanya.
                ‘Hidup lagi si Kaka yang dah mati dalam mimpi aku 4 tahun lepas ni. Panjang umur kucing ni.’ Bisik hatinya tatkala teringat mimpinya 4 tahun lalu.
                “Of Courselah okay. Kaki Kaka ni cuma terseliuh sajalah.” Ujar Nasuha bersahaja.
                “Pelik.”
                “Apa yang pelik?” Nasuha angkat kening.
               “Peliklah. Dari tadi tau aku dengar suara kau membebel. Ingat cakap dengan manusia rupa-rupanya cakap dengan kucing.”
                “Kucing fahamlah apa yang kita cakap.”
                “Haha jangan buat lawaklah Taubat Nasuha.”
                “Aku cakap betullah.”
                “Mengarut.”
                “Nak aku buktikan?”
                “Hmm, buktikanlah.”
                “Kaka mari sini.” Panggil Nasuha kepada kucing berbulu putih itu. Cepat sahaja kucing itu datang ke arah Nasuha dan kemudian menggesel-geselkan mukanya di kaki Nasuha.
                “See.”
                “Semua kucing pun faham kalau tuan dia panggil macam tu.”
                “Kau try panggil macam tu.”
                “Kaka sini. Hahaha.” Hafiz Azhar gelak sendiri selepas memanggil kucing tersebut. Geli hati pula apabila bercakap dengan kucing seolah-olah bercakap dengan manusia. Pantas sahaja kucing tersebut beralih arah, berjalan menuju ke arahnya.
                “Tengok. Aku dah kata, kucing faham apa yang kita cakap.”
                “Yelah tu.” Ujar Hafiz Azhar seraya menggosok badan Kaka yang sedang menggesel-geselkan badan di kakinya.
                “Kaka, Hafiz Azhar ni selalu jahat dengan Achik tau. Dia selalu buli Achik” Adu Nasuha kepada Kaka.
                “Aduh!” Hafiz Azhar terjerit kecil apabila Kaka mengigit kakinya.
                “Itu baru intro. Padan muka. Good job Kaka.” Ujar Nasuha berpuas hati dengan kerja Kaka.
                “Kaka, saya tak jahatlah. Saya orang baik. Saya dah lama kenal Achik tapi saya tak panggil dia Achik, saya panggil dia Taubat Nasuha. Sedapkan nama tu?” Ujar Hafiz Azhar sambil memandang tepat ke arah Kaka.
                “Meow, meow.” Nasuha senyum apabila Kaka memberi tindak balas dengan kata-kata Hafiz Azhar.
                “Tengok kucing kau pun kata nama Taubat Nasuha tu sedap.” Ujar Hafiz Azhar dengan sengihan nakal di bibir.
                “Kau biar betul? Sejak bila pula Kaka ni pandai bercakap? Kau faham bahasa kucing ke apa?” Perli Nasuha sambil tergelak geli hati.
                “Hmmmm.” Dia menggeleng kepala, tidak mampu untuk membalas kata-kata Nasuha saat itu.
                ‘Kerana mulut badan binasa, kerana ayat malu tak terkata. Huhuhu. Inilah masalah kalau bercakap sebelum berfikir. Relakslah kan sekali-sekala bagi dia menang.’ Bicara hati Hafiz Azhar.
                “Eh, aku nak tanya kau ni, kau buat apa datang Papar ni? Kau ada urusan rasmi atau sesaja datang?”
                “Ermmmm, aku ada urusan rasmi sebenarnya.”
                “Boleh aku tau urusan apa?” Soal Nasuha teragak-agak.
                “Kenapa kau mau tau?”
                “Saja. Lagi pun macam tertanya-tanya jugalah. Yalah, hari tu kau datang sini sebelum puasa lagi. Ni dah nak dekat raya. Urusan rasmi apa yang kau buat sampai nak sebulan di Papar ni?”
                “Soalan kau ni macam nak menghalau aku saja.” Ujar Hafiz Azhar pura-pura teras hati dengan soalan Nasuha.
                “Eh, aku tanya sajalah. Aku tiada maksud apa-apa pun. Sekadar bertanya sebab keinginan nak tahu.” Jelas Nasuha.
                “keinginan nak tahu atau keinginan nak ambil tahu dan ambil berat pasal aku?” Soal Hafiz Azhar berharap Nasuha dapat memberikan jawapan jujur.
                “keinginan nak tahulah.”
                “Bukan sebab nak ambil tahu dan sebab kau care pasal aku?” Soal Hafiz Azhar lagi.
                “Ishhhh, tiada maknyanya. Tolong jangan perasan.” Ujar Nasuha membuatkan Hafiz Azhar sedikit kecewa. Masing-masing diam sambil bergilir-gilir mengusap kepala si kaka hingga kucing itu hampir terlelap di situ.
                “Aku nak pergi Adiyun Boutique. Kau nak ikut tak?!”
                “Kau pergi dengan siapa?”
                “Kalau aku kata aku pergi sendiri dan kalau kau ikut aku pergi berdualah dengan kau.”
                “Hmmm, tak naklah.”
                “Dah agak dah. Kita ajak Adila sekali. Boleh?”
                “Okay.” Jawab Nasuha seraya berlari-lari anak menuju ke rumah Adila yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hafiz Azhar garu kepala yang tidak gatal.
                ‘Boleh pula Taubat Nasuha ni tinggalkan aku di sini. Acang….Acang.’ Desis hatinya seraya melangkah perlahan mengikut jejak langkah Nasuha.
                “Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam. Oh, Achik. Ni mesti nak jumpa Adila kan?” Teka Puan Noraini.
                “Pandai umi. Ni umi, Achik datang ni ada hajat.”
                “Hajat apa tu? Nak jemput majlis Achik ke?” Jawab Puan Noraini.
                “Majlis apa pula umi ni?! Achik datang ni berhajat nak mengajak Adila pergi tengok baju.”
                “Laaaaa ingatkan nak cakap pasal majlis kamu tadi.”
                “Ke situ pula umi ni.”
                “Umi dengar Achik tak nak tahu siapa gerangan yang merisik hari tu?”
                “Ni mesti mak yang cerita dengan umi kan.”
                “Yelah. Ni umi nak tanya sikit, kenapa tak nak tahu siapa yang merisik hari tu? Takut? Ke nak main tibai je ni?”
                “Ish umi ni. Ingat tibai sesuka hati ke?! Ayah kata dah bagi ujian dah kat orang tu dan ayah kata lulus. Kira okaylah tu kan?!”
                “Inilah masalah kalau selalu sangat baca novel, tengok drama. Hidup kita ni bukan sama dengan jalan cerita dalam novel tu. Ni realiti Achik. Ayah kata lulus ujian itu dan ini. Itu ujian dari ayah tau. Tapi lain orang lain citarasanya. Mungkin dia citarasa ayah tapi bukan citarasa Achik. Dah kahwin nanti timbul pula masalah lain.” Ceramah Puan Noraini.

                “Ermmmm, okaylah nanti Achik kenal-kenallah dengan si dia tu. Umi doakan yang terbaik untuk Achik tau.”
                “Umi sentiasa doakan yang terbaik untuk Achik dan semua anak-anak umi.”
                “Terima kasih umi.”
                “Kahwin nanti jangan lupa jemput.” Celah Adila yang baru sahaja memunculkan diri.
                “Eh mestilah. Kau orang penting tau.”
                “Taubat Nasuha nak kahwin?” Soal Hafiz yang sedari tadi mencuri dengar perbualan Nasuha dan Puan Noraini.
                “Har lambat sangat bertindak, tengok orang lain dah sambar dulu.” Tutur Puan Noraini.
                “Ada pula umi cakap macam tu. Buat malu saja.” Nasuha sedkit tersipu mendengar bicara Puan Noraini.
                “Nak malu apanya, dah memang kenyataan. Orang kata siapa cepat dia dapat. Orang lain guna mesin, kita guna manual. Orang berlari kita baru nak merangkak sebab itulah semua benda tu asyik didahului orang lain. Yang kita pula masih terkial-kial kat belakang nun.” Hujah Puan Noraini.
                “Hebat sangatkah calon suami Taubat Nasuha tu?” Soal Hafiz Azhar.
                “Eh, mestilah hebat. Dah namanya calon suami aku.” Jawab Nasuha pantas walhal dia sendiri pun tidak pasti siapakah orangnya. Namun soalan Hafiz Azhar itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya membuak-buak ingin tahu siapakah lelaki itu. Niat di hati ingin membuat kejutan untuk diri sendiri namun kini dia merasakan dia perlu tahu siapakah lelaki itu sebelum mereka meneruskan langkah yang lebih jauh lagi.
                “Jomlah kata nak pergi pekan.” Ajak Adila membubarkan khayalan Nasuha.
                “Eh, aku rasa aku belum sempat cakap dengan kau pasal tu.”
                “Aku dengar kau cakap dengan umi tadi.”
                “Oooo kau curi dengar ya.”
                “Hahaha bukan curi dengar tapi terdengar. Jomlah.”
                “Umi kami jalan dulu.”
                “Bagus-bagus jalan tu. Har jaga anak dara 2 orang ni. Jangan lewat balik.” Pesan Puan Noraini.
                “Baik umi. Kami pergi sekejap saja. Lepas tengok baju tu, kami baliklah. Assalamualaikum.” Ujar Hafiz Azhar dan terus menuju ke kereta milik Puan Noraini.
                “Suha dah beritahu mak belum?” Tanya Puan Noraini.
                “Sedang cuba telefon mak.” Jawab Nasuha dengan telefon bimbit yang dilekapkan di telinga.
                Setelah memakir kereta di kawasan yang telah dikhaskan, cepat sahaja mereka keluar dari perut kereta . Hafiz Azhar mendahului gadis-gadis tersebut. Nasuha dan Adila sekadar mengekori dari belakang. Setiba di hadapan kedai Hafiz Azhar berdiri tegak di hadapan pintu dan mempersilakan Nasuha dan Adila masuk ke dalam kedai yang diberi nama Adiyun Boutique.
                “Ooooo butik baru.” Ujar Nasuha dan Adila serentak.
                “Tapi sebut nama jalan pun bukan korang tau kan. Yang bukan orang Papar jati ni juga tahu nama jalan dan lorong di Papar ni.” Ujar Hafiz Azhar bangga.
                “Malas nak layan. Kalau kau cakap bangunan kedai Eng Joo atau bangunan restoran Marman atau lebih sinonimnya restoran Haji Marman semua orang Papar tahu” Nasuha mencebik. Hafiz Azhar sekadar tersenyum melihat tindak balas Nasuha itu.
                “Dila tengok-tengoklah sebelah sana. Mana tahu ada baju, skirt atau tudung yang berkenan. Boleh rembat sekali.” Ujar Hafiz Azhar seolah dia tuan empunya kedai.
                “Kalau ada baju yang berkenan, boleh dapat free ke?” Soal Adila sempat mengenyit mata nakal kepada Hafiz Azhar.
                “Boleh. Untuk informer boleh saja tapi sehelai saja tau.” Ujar Hafiz Azhar separa berbisik.
                “Hoi, korang bisik apa tu? Mengumpat?!” Sergah Nasuha.
                “Mana ada.” Nafi Hafiz Azhar.
                “Okay. Malas nak sentiasa berburuk sangka di akhir ramadhan ni.” Jawab Nasuha seraya membelek baju yang di pamerkan di sana.
                “Adila pilih dulu ya. Taubat Nasuha sini.” Hafiz Azhar menggamit Nasuha agar mengekorinya.
                “Kenapa?” Soal Nasuha sambil memandang Adila yang sedang rambang mata melihat koleksi baju peplum yang terdapat di sana.
                “Kak, tolong keluarkan baju yang saya minta akak simpankan untuk saya hari tu.” Pinta Hafiz Azhar kepada seorang wanita berusia lewat 30-an.
                “Sekejap ya dik.” Wanita itu segera mencari sesuatu dan seketika kemudian mengeluarkan beberapa helai baju yang disimpan atas permintaan Nasuha.
                “Makcik, kau tengok baju ni. Ni yang kau tengok dekat fan page tu.” Ujar Hafiz Azhar kepada Nasuha.
                “Wahhhhhhhhh, cantiknya. Eh ni pun cantik juga.” Rambang mata juga Nasuha tatkala itu. Dia membelek satu persatu dan seketika kemudian dia teguk liur apabila memikirkan dia perlu membuat kos lepas terhadap baju-baju tersebut walaupun pada pandangan matanya semua baju tersebut cantik dan menarik minatnya.
                “Kau boleh ambil semua baju-baju ni kalau kau nak.” Ujar Hafiz Azhar apabila melihat keterujaan Nasuha.
                “Eeeee mana ada duit.”
                “Tauke tiada duit?!”
                “Ingat semua tauke kaya?! Kena juga berjimat. Takkan semua duit nak beli macam-macam. Hmmm macam mana ni?! Semua pun cantik.”
                “Tengoklah siapa pilih.” Gumam Hafiz Azhar namun tidak didengari oleh Nasuha yang masih lagi leka membuat pertibangan.
                “Semua cantik, saiz pun okay tapi kalau ambil semua, pokailah. Tak nak ambil sayang pula. Huhu.” Ujar Nasuha sendirian.
                “Aku ambil yang ni.” Ujar Adila bersama sehelai baju peplum pilihannya. Hafiz Azhar sekadar mengangguk.
                “Taubat Nasuha, aku dah tolong kau untuk kurangkan pilihan kau tapi takkan tu pun masih pening.” Ujar Hafiz Azhar.
                “Masalahnya semua pun cantik.”
                “Encik ni memang pandai memilih. Semua yang dia pilih semua cantik-cantik dan semua sesuai untuk cik.” Ujar wanita itu.
                “Kau pilih?” Soal Nasuha.
                “Dah tu..nak mengharap kau pilih. Nak suruh pilih antara 5 ni pun masih lagi terkial-kial.”
                “Jahatkan kau ni.” Nasuha mula tarik muka.
                “Aku dah tolong pilih ni pun kau cakap jahat. Bersyukurlah sekurang-kurangnya ada juga hamba Allah yang nak tolong kau kecilkan saiz pilihan.”
                “Bersyukur sangat tapi kau tu sempat lagi nak mengutuk aku.” Ujar Nasuha.
                “Bukan mengutuklah.”
                “Dah tu?”
                “Provok kut.”
                “Huh.”
                “Cepatlah pilih.”
                “Nak piliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih……….erm….”
                “Aku suggest dengan kau yang ni.” Tutur Hafiz Azhar perlahan sambil menunjuk sehelai baju peplum yang mempunyai kombinasi warna ungu tua dan merah jambu.
                “Cantik juga.” Sokong Adila.
                “Saya ambil yang nilah kak.” Ujar Nasuha lambat setelah lama diam dan berfikir semasaknya.
                “Muktamad?” Soal Hafiz Azhar menginginkankepastian.
                “Erm, muktamad.”
                “Betul ni?” Soal Hafiz Azhar sengaja ingin menggugat jawapan Nasuha.
                “Kalau boleh nak semua tapi……”
                “Tapi apa?”
                “Nanti wang keluar melebihi wang masuk.”
                “Bagus! Berhemah dalam berbelanja.” Ujar Hafiz Azhar.
                “Demi masa depan.”
                “Masa depan kita bersama.”  Ucap Hafiz Azhar perlahan.
                “Apa?!”
                “Apa? Aku tiada cakap apa-apa pun.” Dalih Hafiz Azhar.
                “Tapi aku dengar kau ada cakap sesuatu tadi.”
                “Perasaan kau saja tu.”
                “Okay.” Ucap Nasuha malas ingin bersoal jawab dengan Hafiz  Azhar.
                “Tak nak tengok tudung? Sebelah sana ada tudung baru sampai.” Ujar wanita itu mesra.
                “Tidak apalah kak. Pakai tudung yang sedia ada saja nanti. Kumpul duit lagi, nanti akan datang baru beli tudung. Hehe.”
                “Kak kiralah dua-dua ni sekali.”
                “Eh, Hafiz nak tolong bayarkah ni?” Soal Adila berpura-pura.
                “Kiranya macam tulah. Taubat Nasuha tak kisahkan?!” Hafiz Azhar kenyit mata nakal sambil mengeluarkan dompetnya.
                “Erm, aku bayar sendiri, boleh?” Ujar Nasuha kemudiannya.
                “Ala kau ni Chik, orang dah nak belanja tu, terima sajalahlah. Orang kata rezeki jangan ditolak.” Pujuk Adila.
                “Betul tu Dila. Kau simpan duit kau untuk beli benda lain lagi Taubat Nasuha.”
                “Erm, jadi duit aku ni boleh beli satu baju lagi.” Cepat sahaja otaknya berfikir ke arah itu.
                “Erm, suka hati kaulah Taubat Nasuha tapi satu ni aku bayar.”
                “Terima kasih tangah.” Ucap Nasuha.
                “Apa kau cakap? Terima kasih sayang?!”
                “Eeee perasan kau ni. Aku cakap terima kasih tangah.”
                “Sama-sama babunya.” Jawab Hafiz Azhar dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
BERSAMBUNG …..
Acang
Burung Merpati
Tangah
Pakcik
Babu
(babu-nya)
Makcik
Tambahan “nya” itu mungkin sebagai penyedap rasa dalam berkomunikasi bagi suku kaum Brunei.
(Bagi yang pakar tu, jika salah tolong betulkan ya)

 p/s :Sorry......sorry...sorry...sebenarnya bab ni dah upload masa puasa hari tu tapi apakan daya kekangan masa dan kerja yang bertimbun tidak membenarkan diriku dari terus menerbitkan bab ini seperti yang telah dijadualkan. SELAMAT HARI RAYA SEMUA :)