Khamis, 8 Ogos 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 27



TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (27)
PENULIS               : CUADIEY
“Itulah nakal sangat. Tengok dah sakit kaki. Nasib baik terseliuh saja. Kalau patah kaki ni, sakit teruk sampai kena potong, kan dah susah.” Bebel Nasuha sambil berjalan masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil minyak gamat. Hafiz Azhar yang berdiri di halaman rumah sekadar memasang telinga.
                ‘Siapa pula yang terseliuh ni?’ Soal Hafiz Azhar sendirian.
                “Mari sini Achik urut. Lain kali, duduk rumah saja. Okay?”
                ‘Eh, Nazri ke yang terseliuh ni?’ Hafiz Azhar cuba memerhati dari jarak jauh.
                “Mana sakit? Ni?! Janganlah tarik kaki tu. Achik kan nak urut ni. Achik tak urut kuatlah. Lain kali tak payah nak merayau. Makan pun cukupkan? Selalu Achik tengok nasi tu bukan habis pun, membazir. Membazir tu amalan syaitan tau. Hmmm, ada lega? cuba berdiri, jalan sikit. Yeah! pandai Achik mengurutkan?!” Ujar Nasuha tanpa henti membuatkan Hafiz Azhar semakin ingin tahu siapakah gerangan yang diurut oleh Nasuha.
                “Siapa yang terseliuh?” Soal Hafiz Azhar sebaik menghampiri Nasuha.
                “Aish, buat terkejut orang Sajalah. Lain kali bagi salamlah dulu.”
                “Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam.”
                “Siapa yang terseliuh?” Hafiz Azhar mengulangi persoalannya kerana tidak melihat sesiapa pun  di sana melainkan Nasuha. Risau juga bila memikirkan sekiranya otak gadis itu sudah tidak betul lagi.
                “Si Kaka nilah. Tadi teruk, jalan pun heret kaki. Lepas urut tadi, bolehlah jalan biar pun masih tempang.”
                “Kau okay?” Soal Hafiz Azhar dengan mata memandang tepat ke arah Nasuha tanpa mengerdipkan matanya.
                ‘Hidup lagi si Kaka yang dah mati dalam mimpi aku 4 tahun lepas ni. Panjang umur kucing ni.’ Bisik hatinya tatkala teringat mimpinya 4 tahun lalu.
                “Of Courselah okay. Kaki Kaka ni cuma terseliuh sajalah.” Ujar Nasuha bersahaja.
                “Pelik.”
                “Apa yang pelik?” Nasuha angkat kening.
               “Peliklah. Dari tadi tau aku dengar suara kau membebel. Ingat cakap dengan manusia rupa-rupanya cakap dengan kucing.”
                “Kucing fahamlah apa yang kita cakap.”
                “Haha jangan buat lawaklah Taubat Nasuha.”
                “Aku cakap betullah.”
                “Mengarut.”
                “Nak aku buktikan?”
                “Hmm, buktikanlah.”
                “Kaka mari sini.” Panggil Nasuha kepada kucing berbulu putih itu. Cepat sahaja kucing itu datang ke arah Nasuha dan kemudian menggesel-geselkan mukanya di kaki Nasuha.
                “See.”
                “Semua kucing pun faham kalau tuan dia panggil macam tu.”
                “Kau try panggil macam tu.”
                “Kaka sini. Hahaha.” Hafiz Azhar gelak sendiri selepas memanggil kucing tersebut. Geli hati pula apabila bercakap dengan kucing seolah-olah bercakap dengan manusia. Pantas sahaja kucing tersebut beralih arah, berjalan menuju ke arahnya.
                “Tengok. Aku dah kata, kucing faham apa yang kita cakap.”
                “Yelah tu.” Ujar Hafiz Azhar seraya menggosok badan Kaka yang sedang menggesel-geselkan badan di kakinya.
                “Kaka, Hafiz Azhar ni selalu jahat dengan Achik tau. Dia selalu buli Achik” Adu Nasuha kepada Kaka.
                “Aduh!” Hafiz Azhar terjerit kecil apabila Kaka mengigit kakinya.
                “Itu baru intro. Padan muka. Good job Kaka.” Ujar Nasuha berpuas hati dengan kerja Kaka.
                “Kaka, saya tak jahatlah. Saya orang baik. Saya dah lama kenal Achik tapi saya tak panggil dia Achik, saya panggil dia Taubat Nasuha. Sedapkan nama tu?” Ujar Hafiz Azhar sambil memandang tepat ke arah Kaka.
                “Meow, meow.” Nasuha senyum apabila Kaka memberi tindak balas dengan kata-kata Hafiz Azhar.
                “Tengok kucing kau pun kata nama Taubat Nasuha tu sedap.” Ujar Hafiz Azhar dengan sengihan nakal di bibir.
                “Kau biar betul? Sejak bila pula Kaka ni pandai bercakap? Kau faham bahasa kucing ke apa?” Perli Nasuha sambil tergelak geli hati.
                “Hmmmm.” Dia menggeleng kepala, tidak mampu untuk membalas kata-kata Nasuha saat itu.
                ‘Kerana mulut badan binasa, kerana ayat malu tak terkata. Huhuhu. Inilah masalah kalau bercakap sebelum berfikir. Relakslah kan sekali-sekala bagi dia menang.’ Bicara hati Hafiz Azhar.
                “Eh, aku nak tanya kau ni, kau buat apa datang Papar ni? Kau ada urusan rasmi atau sesaja datang?”
                “Ermmmm, aku ada urusan rasmi sebenarnya.”
                “Boleh aku tau urusan apa?” Soal Nasuha teragak-agak.
                “Kenapa kau mau tau?”
                “Saja. Lagi pun macam tertanya-tanya jugalah. Yalah, hari tu kau datang sini sebelum puasa lagi. Ni dah nak dekat raya. Urusan rasmi apa yang kau buat sampai nak sebulan di Papar ni?”
                “Soalan kau ni macam nak menghalau aku saja.” Ujar Hafiz Azhar pura-pura teras hati dengan soalan Nasuha.
                “Eh, aku tanya sajalah. Aku tiada maksud apa-apa pun. Sekadar bertanya sebab keinginan nak tahu.” Jelas Nasuha.
                “keinginan nak tahu atau keinginan nak ambil tahu dan ambil berat pasal aku?” Soal Hafiz Azhar berharap Nasuha dapat memberikan jawapan jujur.
                “keinginan nak tahulah.”
                “Bukan sebab nak ambil tahu dan sebab kau care pasal aku?” Soal Hafiz Azhar lagi.
                “Ishhhh, tiada maknyanya. Tolong jangan perasan.” Ujar Nasuha membuatkan Hafiz Azhar sedikit kecewa. Masing-masing diam sambil bergilir-gilir mengusap kepala si kaka hingga kucing itu hampir terlelap di situ.
                “Aku nak pergi Adiyun Boutique. Kau nak ikut tak?!”
                “Kau pergi dengan siapa?”
                “Kalau aku kata aku pergi sendiri dan kalau kau ikut aku pergi berdualah dengan kau.”
                “Hmmm, tak naklah.”
                “Dah agak dah. Kita ajak Adila sekali. Boleh?”
                “Okay.” Jawab Nasuha seraya berlari-lari anak menuju ke rumah Adila yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hafiz Azhar garu kepala yang tidak gatal.
                ‘Boleh pula Taubat Nasuha ni tinggalkan aku di sini. Acang….Acang.’ Desis hatinya seraya melangkah perlahan mengikut jejak langkah Nasuha.
                “Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam. Oh, Achik. Ni mesti nak jumpa Adila kan?” Teka Puan Noraini.
                “Pandai umi. Ni umi, Achik datang ni ada hajat.”
                “Hajat apa tu? Nak jemput majlis Achik ke?” Jawab Puan Noraini.
                “Majlis apa pula umi ni?! Achik datang ni berhajat nak mengajak Adila pergi tengok baju.”
                “Laaaaa ingatkan nak cakap pasal majlis kamu tadi.”
                “Ke situ pula umi ni.”
                “Umi dengar Achik tak nak tahu siapa gerangan yang merisik hari tu?”
                “Ni mesti mak yang cerita dengan umi kan.”
                “Yelah. Ni umi nak tanya sikit, kenapa tak nak tahu siapa yang merisik hari tu? Takut? Ke nak main tibai je ni?”
                “Ish umi ni. Ingat tibai sesuka hati ke?! Ayah kata dah bagi ujian dah kat orang tu dan ayah kata lulus. Kira okaylah tu kan?!”
                “Inilah masalah kalau selalu sangat baca novel, tengok drama. Hidup kita ni bukan sama dengan jalan cerita dalam novel tu. Ni realiti Achik. Ayah kata lulus ujian itu dan ini. Itu ujian dari ayah tau. Tapi lain orang lain citarasanya. Mungkin dia citarasa ayah tapi bukan citarasa Achik. Dah kahwin nanti timbul pula masalah lain.” Ceramah Puan Noraini.

                “Ermmmm, okaylah nanti Achik kenal-kenallah dengan si dia tu. Umi doakan yang terbaik untuk Achik tau.”
                “Umi sentiasa doakan yang terbaik untuk Achik dan semua anak-anak umi.”
                “Terima kasih umi.”
                “Kahwin nanti jangan lupa jemput.” Celah Adila yang baru sahaja memunculkan diri.
                “Eh mestilah. Kau orang penting tau.”
                “Taubat Nasuha nak kahwin?” Soal Hafiz yang sedari tadi mencuri dengar perbualan Nasuha dan Puan Noraini.
                “Har lambat sangat bertindak, tengok orang lain dah sambar dulu.” Tutur Puan Noraini.
                “Ada pula umi cakap macam tu. Buat malu saja.” Nasuha sedkit tersipu mendengar bicara Puan Noraini.
                “Nak malu apanya, dah memang kenyataan. Orang kata siapa cepat dia dapat. Orang lain guna mesin, kita guna manual. Orang berlari kita baru nak merangkak sebab itulah semua benda tu asyik didahului orang lain. Yang kita pula masih terkial-kial kat belakang nun.” Hujah Puan Noraini.
                “Hebat sangatkah calon suami Taubat Nasuha tu?” Soal Hafiz Azhar.
                “Eh, mestilah hebat. Dah namanya calon suami aku.” Jawab Nasuha pantas walhal dia sendiri pun tidak pasti siapakah orangnya. Namun soalan Hafiz Azhar itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya membuak-buak ingin tahu siapakah lelaki itu. Niat di hati ingin membuat kejutan untuk diri sendiri namun kini dia merasakan dia perlu tahu siapakah lelaki itu sebelum mereka meneruskan langkah yang lebih jauh lagi.
                “Jomlah kata nak pergi pekan.” Ajak Adila membubarkan khayalan Nasuha.
                “Eh, aku rasa aku belum sempat cakap dengan kau pasal tu.”
                “Aku dengar kau cakap dengan umi tadi.”
                “Oooo kau curi dengar ya.”
                “Hahaha bukan curi dengar tapi terdengar. Jomlah.”
                “Umi kami jalan dulu.”
                “Bagus-bagus jalan tu. Har jaga anak dara 2 orang ni. Jangan lewat balik.” Pesan Puan Noraini.
                “Baik umi. Kami pergi sekejap saja. Lepas tengok baju tu, kami baliklah. Assalamualaikum.” Ujar Hafiz Azhar dan terus menuju ke kereta milik Puan Noraini.
                “Suha dah beritahu mak belum?” Tanya Puan Noraini.
                “Sedang cuba telefon mak.” Jawab Nasuha dengan telefon bimbit yang dilekapkan di telinga.
                Setelah memakir kereta di kawasan yang telah dikhaskan, cepat sahaja mereka keluar dari perut kereta . Hafiz Azhar mendahului gadis-gadis tersebut. Nasuha dan Adila sekadar mengekori dari belakang. Setiba di hadapan kedai Hafiz Azhar berdiri tegak di hadapan pintu dan mempersilakan Nasuha dan Adila masuk ke dalam kedai yang diberi nama Adiyun Boutique.
                “Ooooo butik baru.” Ujar Nasuha dan Adila serentak.
                “Tapi sebut nama jalan pun bukan korang tau kan. Yang bukan orang Papar jati ni juga tahu nama jalan dan lorong di Papar ni.” Ujar Hafiz Azhar bangga.
                “Malas nak layan. Kalau kau cakap bangunan kedai Eng Joo atau bangunan restoran Marman atau lebih sinonimnya restoran Haji Marman semua orang Papar tahu” Nasuha mencebik. Hafiz Azhar sekadar tersenyum melihat tindak balas Nasuha itu.
                “Dila tengok-tengoklah sebelah sana. Mana tahu ada baju, skirt atau tudung yang berkenan. Boleh rembat sekali.” Ujar Hafiz Azhar seolah dia tuan empunya kedai.
                “Kalau ada baju yang berkenan, boleh dapat free ke?” Soal Adila sempat mengenyit mata nakal kepada Hafiz Azhar.
                “Boleh. Untuk informer boleh saja tapi sehelai saja tau.” Ujar Hafiz Azhar separa berbisik.
                “Hoi, korang bisik apa tu? Mengumpat?!” Sergah Nasuha.
                “Mana ada.” Nafi Hafiz Azhar.
                “Okay. Malas nak sentiasa berburuk sangka di akhir ramadhan ni.” Jawab Nasuha seraya membelek baju yang di pamerkan di sana.
                “Adila pilih dulu ya. Taubat Nasuha sini.” Hafiz Azhar menggamit Nasuha agar mengekorinya.
                “Kenapa?” Soal Nasuha sambil memandang Adila yang sedang rambang mata melihat koleksi baju peplum yang terdapat di sana.
                “Kak, tolong keluarkan baju yang saya minta akak simpankan untuk saya hari tu.” Pinta Hafiz Azhar kepada seorang wanita berusia lewat 30-an.
                “Sekejap ya dik.” Wanita itu segera mencari sesuatu dan seketika kemudian mengeluarkan beberapa helai baju yang disimpan atas permintaan Nasuha.
                “Makcik, kau tengok baju ni. Ni yang kau tengok dekat fan page tu.” Ujar Hafiz Azhar kepada Nasuha.
                “Wahhhhhhhhh, cantiknya. Eh ni pun cantik juga.” Rambang mata juga Nasuha tatkala itu. Dia membelek satu persatu dan seketika kemudian dia teguk liur apabila memikirkan dia perlu membuat kos lepas terhadap baju-baju tersebut walaupun pada pandangan matanya semua baju tersebut cantik dan menarik minatnya.
                “Kau boleh ambil semua baju-baju ni kalau kau nak.” Ujar Hafiz Azhar apabila melihat keterujaan Nasuha.
                “Eeeee mana ada duit.”
                “Tauke tiada duit?!”
                “Ingat semua tauke kaya?! Kena juga berjimat. Takkan semua duit nak beli macam-macam. Hmmm macam mana ni?! Semua pun cantik.”
                “Tengoklah siapa pilih.” Gumam Hafiz Azhar namun tidak didengari oleh Nasuha yang masih lagi leka membuat pertibangan.
                “Semua cantik, saiz pun okay tapi kalau ambil semua, pokailah. Tak nak ambil sayang pula. Huhu.” Ujar Nasuha sendirian.
                “Aku ambil yang ni.” Ujar Adila bersama sehelai baju peplum pilihannya. Hafiz Azhar sekadar mengangguk.
                “Taubat Nasuha, aku dah tolong kau untuk kurangkan pilihan kau tapi takkan tu pun masih pening.” Ujar Hafiz Azhar.
                “Masalahnya semua pun cantik.”
                “Encik ni memang pandai memilih. Semua yang dia pilih semua cantik-cantik dan semua sesuai untuk cik.” Ujar wanita itu.
                “Kau pilih?” Soal Nasuha.
                “Dah tu..nak mengharap kau pilih. Nak suruh pilih antara 5 ni pun masih lagi terkial-kial.”
                “Jahatkan kau ni.” Nasuha mula tarik muka.
                “Aku dah tolong pilih ni pun kau cakap jahat. Bersyukurlah sekurang-kurangnya ada juga hamba Allah yang nak tolong kau kecilkan saiz pilihan.”
                “Bersyukur sangat tapi kau tu sempat lagi nak mengutuk aku.” Ujar Nasuha.
                “Bukan mengutuklah.”
                “Dah tu?”
                “Provok kut.”
                “Huh.”
                “Cepatlah pilih.”
                “Nak piliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih……….erm….”
                “Aku suggest dengan kau yang ni.” Tutur Hafiz Azhar perlahan sambil menunjuk sehelai baju peplum yang mempunyai kombinasi warna ungu tua dan merah jambu.
                “Cantik juga.” Sokong Adila.
                “Saya ambil yang nilah kak.” Ujar Nasuha lambat setelah lama diam dan berfikir semasaknya.
                “Muktamad?” Soal Hafiz Azhar menginginkankepastian.
                “Erm, muktamad.”
                “Betul ni?” Soal Hafiz Azhar sengaja ingin menggugat jawapan Nasuha.
                “Kalau boleh nak semua tapi……”
                “Tapi apa?”
                “Nanti wang keluar melebihi wang masuk.”
                “Bagus! Berhemah dalam berbelanja.” Ujar Hafiz Azhar.
                “Demi masa depan.”
                “Masa depan kita bersama.”  Ucap Hafiz Azhar perlahan.
                “Apa?!”
                “Apa? Aku tiada cakap apa-apa pun.” Dalih Hafiz Azhar.
                “Tapi aku dengar kau ada cakap sesuatu tadi.”
                “Perasaan kau saja tu.”
                “Okay.” Ucap Nasuha malas ingin bersoal jawab dengan Hafiz  Azhar.
                “Tak nak tengok tudung? Sebelah sana ada tudung baru sampai.” Ujar wanita itu mesra.
                “Tidak apalah kak. Pakai tudung yang sedia ada saja nanti. Kumpul duit lagi, nanti akan datang baru beli tudung. Hehe.”
                “Kak kiralah dua-dua ni sekali.”
                “Eh, Hafiz nak tolong bayarkah ni?” Soal Adila berpura-pura.
                “Kiranya macam tulah. Taubat Nasuha tak kisahkan?!” Hafiz Azhar kenyit mata nakal sambil mengeluarkan dompetnya.
                “Erm, aku bayar sendiri, boleh?” Ujar Nasuha kemudiannya.
                “Ala kau ni Chik, orang dah nak belanja tu, terima sajalahlah. Orang kata rezeki jangan ditolak.” Pujuk Adila.
                “Betul tu Dila. Kau simpan duit kau untuk beli benda lain lagi Taubat Nasuha.”
                “Erm, jadi duit aku ni boleh beli satu baju lagi.” Cepat sahaja otaknya berfikir ke arah itu.
                “Erm, suka hati kaulah Taubat Nasuha tapi satu ni aku bayar.”
                “Terima kasih tangah.” Ucap Nasuha.
                “Apa kau cakap? Terima kasih sayang?!”
                “Eeee perasan kau ni. Aku cakap terima kasih tangah.”
                “Sama-sama babunya.” Jawab Hafiz Azhar dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
BERSAMBUNG …..
Acang
Burung Merpati
Tangah
Pakcik
Babu
(babu-nya)
Makcik
Tambahan “nya” itu mungkin sebagai penyedap rasa dalam berkomunikasi bagi suku kaum Brunei.
(Bagi yang pakar tu, jika salah tolong betulkan ya)

 p/s :Sorry......sorry...sorry...sebenarnya bab ni dah upload masa puasa hari tu tapi apakan daya kekangan masa dan kerja yang bertimbun tidak membenarkan diriku dari terus menerbitkan bab ini seperti yang telah dijadualkan. SELAMAT HARI RAYA SEMUA :)



Sabtu, 3 Ogos 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 26



TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (26)
PENULIS               : CUADIEY

                Terjengket-jengket Hafiz Azhar dan Nazri menghampiri tangga untuk turun ke ruangan dapur. Masing-masing cuba menghendap apa yang sedang dilakukan oleh Nasuha kala itu. Manakala di ruangan dapur pula Nasuha khusyuk mendengar Frezo FM iaitu radio online kegemarannya sambil bersembang di ruangan chatbox.
                “Bah!!!” Jerkah Nazri membuatkan Nasuha terkejut.
                “Adik ni…. Kalau Achik ada lemah jantung, pengsan lepas tu mati baru Adik tau.”
                “Apa Achik merepek ni. Adik main-main sajalah.”
                “Yelah tu.”
                “Khusyuk nampak.” Sapa Hafiz Azhar yang sudah pun berdiri di belakangnya sambil memerhati skrin laptop miliknya.
                “Khusyuk bersembang.” Jawab Nasuha acuh tak acuh.
                “Wah ada orang bagi bunga ros. Siapa tu?” Soal Hafiz Azhar.
                “Bebudak Frezo.”
                “Frezo?”
                “Nama penuh bagi Frezo ni Frezo FM, radio online. Mesti kau tak pernah dengarkan?”
                “Tak. Dah tu yang bagi bunga tadi siapa?” Hafiz Azhar mengulangi soalannya yang dirasakan belum lagi dijawab dengan baik oleh Nasuha. Terdetik juga rasa cemburu di hatinya kala itu.
                “Kan dah kata bebudak Frezo. Ala setakat emoticon macam tu biasalah. Yang bagi bunga tadi DJ Emyrukenza. Dia DJ di Frezo FM ni. Ha, sorang lagi yang bagi bunga ni, cik Tasha ni founder dan merangkap DJ juga di sini. Biasa panggil dia Cha ja.” Terang Nasuha tatkala nama Cik Tasha tertera di ruangan sembang.
                “Tu ada lagi yang bagi bunga tu? Boyz? Siapa tu?”
                “Boyz tu Boyes. Haha. Semua yang ada di chatbox ni budak-budak yang dengar Frezo FM la. Ada yang dah kenal lama sejak sama-sama dengar Frenzy FM. Suara yang sedang kita dengar sekarang ni suara DJ Eny. Masa di Frenzy FM dia belum jadi dj lagi.” Terang Nasuha panjang lebar seolah teruja memperkenalkan radio online itu kepada Hafiz Azhar.
                “Frenzy ka Frezo?” Hafiz Azhar sedikt keliru.
                “Frenzy FM tu radio online milik budak Muar, Johor tu. Biasa panggil dia Bammuo. Frezo tu pula radio online baru. Kira junior kepada Frenzy la.” Terang Nasuha sambil jari-jemarinya leka menaip sesuatu.
                “Kau panggil dia Bammuo ni betul ke dia tu pangkat abang?”
                “Entah. Aku tiada pula nak sibuk-sibuk siasat betul ke dia pangkat abang ke pakcik ke adik ke. Dah aku biasa melepak di Frenzy dulu dan semua orang panggil dia macam tu. So aku ikut jelah dan dah terbiasa pun panggil dia macam tu. Kau tanya macam tu kenapa?” Soal Nasuha seraya berpaling ingin melihat reaksi Hafiz  Azhar.
                “Tanya sajalah. Takkan tu pun salah kut. Eh, aku datang sini ni ada hal nak cakap dengan kau.” Ujar Hafiz Azhar. Cepat sahaja mengubah topik perbualan.
                “Nak cakap pasal apa tu?” Nasuha angkat keningnya.
                “Ni, aku nak bagi kau tengok satu fan page kat facebook ni.” Ujar Hafiz Azhar seraya menyerahkan iPadnya kepada Nasuha.
                “Fan page apa ni? Adiyun Boutique?”
                “Yup. Aku dah jelajah fan page ni, aku rasa apa yang kau cari tu ada di sini. Cuba kau tengok yang ni.” Ujar Hafiz Azhar sambil menunjukkan salah satu gambar yang telah siarkan di fan page tersebut.
                “Boleh tahan. Erm, tapi mana sempat. Ni berapa hari lagi nak raya. Nak order, nak pos lagi. Habis raya baru dapat.” Keterujaan Nasuha yang tadinya memuncak terus mati begitu sahaja apabila mengenangkan tempoh penghantaran yang mungkin memakan masa selama seminggu atau lebih sedangkan hari raya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
                “Itu semua kau jangan risau. Kau boleh pergi kedai ni.”
                “Serius? Kau tau di mana kedai ni?” Soal Nasuha kembali teruja.
                “Tau.”
                “Di mana?”
            “Adiyun boutique, lot 54, Jalan Chan Fook, 89600 Pekan Papar, Sabah.”
            “Di mana tu?”
            “Aik, kata orang Papar. Takkan tak tau kut?” Perli Hafiz Azhar.
            “Kau sebut alamat guna lot dan jalan tu memanglah aku tak mahir sangat.”
            “Dan sebab tak mahir sangat tulah kau selalu sesatkan Taubat Nasuha.”
            ‘Dia mula dah. Sabar Nasuha, sabar. Puasa ni.’ Desis hatinya.
            “Ala kau ni aku gurau sikit pun dah tarik muka. Kau tau Restoran Haji Marman?” Soal Hafiz Azhar namun tiada jawapan dari Nasuha.
            “Haha abang Har kasi merajuk Achik lagi.” Nazri yang sedari tadi mendiamkan diri mulai bersuara sambil jari telunjuknya digerakkan ke depan dan ke belakang.
            “Abang Har gurau-gurau manja sajalah tadi tu tapi Taubat Nasuha ni sensitif.”
            “Kau tu yang suka sakitkan hati aku.” Ujar Nasuha geram.
            “Ala aku gurau sajalah. Itu pun mau sakit hati.”
            “Dah memang menyakitkan hati.”
            “Okay, okay, okay, aku minta maaf. Tarik nafas, hembus, tarik nafas dan hembus. Sorry, Taubat Nasuha.”
            “Tengok tu.”
            “Apa?!”
            “Dah minta maaf tapi panggil aku dengan nama tu.” Nasuha gigit bibir bawahnya.
            “Alolololo mulut tu. Kalau dapat kasi muncung sedepa mesti kau muncungkan sedepakan? Aku dah biasa panggil kau macam tu nak buat macam mana.”
            “Sudahlah cakap dengan kau ni menyakitkan hati saja.”
            “Sekali lagi aku nak minta maaf. Maafkan aku Tau…. Errr, maafkan aku sajalah.” Ucap Hafiz Azhar yang hampir menyebut Taubat Nasuha sekali lagi namun cepat disedari olehnya. Manakala Nasuha pula sekadar mengunci mulutnya dan tidak mahu memberikan sebarang tindak balas. Nazri pula hanya menahan geli hati melihat telatah Nasuha dan Hafiz Azhar.
            “Jadi Adiyun boutique tu di mana?” Soal Nasuha tidak lama kemudian.
            “Eh, dah maafkan aku ke belum ni?” Soal Hafiz Azhar dengan senyuman meleret hingga ke telinga.
            “Kedai tu di mana?” Soal Nasuha enggan menjawab persoalan Hafiz Azhar.
            “Maafkan aku dulu, baru aku kasi tau.” Jawab Hafiz Azhar bersahaja.
            “Tak nak bagi tau sudah.”
            “Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk. Aku terus teranglah dengan kau kan Taubat Nasuha. Dengarlah sini.” Ucapnya apabila Nasuha mulai menutup telinga dengan dua belah tapak tangannya.
            “Tak dengar tak dengar tak dengar.”
            “Dengarlah apa aku mau cakap dengan kau ni. Kau tau sebab apa aku suka sakitkan hati kau?”
            “Manalah aku tau.”
            “Sebab tu aku mau kasi tau kau. Sebab aku suka tengok muka kau yang monyok, yang masam, yang muncung sedepa, yang tarik muka 14, 44, 48, 88 dan seterusnya. Seronok tengok kau marah tapi macam tak marah. Dah tu merajuk macam budak-budak tadika.”
            ‘Ada juga mamat mangkuk ni tak habis puasa sehari hari ni. Macam nak bagi makan laptop ja budak ni.’ Getus hatinya.
            “Serius! Sebab tu selagi kau tak sakit hati dengan aku selagi tu aku akan sakat kau sampai kau sakit hati, sampai tarik muka dengan aku, sampai kau marah dengan aku. Comel!” Tutur Hafiz Azhar jujur dari dalam hatinya.
            “Hishhhh.”
            “Hisssshhh padahal sukalah tu aku cakap comel.” Sakat Hafiz Azhar membuatkan wajah Nasuha bertukar rona menjadi merah jambu.
            “Eeeeee.”
            “Alolololo blushing.” Hafiz Azhar bersorak-sorai gembira namun hanya di dalan hatinya saja. Gembira melihat wajah gadis itu apatah lagi dengan lagak kasar tapi hakikatnya malu dalam diam.
            “Mana ada.” Nafi Nasuha seraya memegang kedua-dua belah pipinya.
            “Alololo comelnya.”
            “Diamlah Hafiz Azhar.”
            “Okay. Nanti kita pergi Adiyun boutique sama-sama. Walaupun aku bukan orang papar tapi aku tau kedai tu di mana.”
            “Suka hati kaulah. Memerli aku nombor satu.”  Jawab Nasuha disertakan dengan cebikan di bibirnya, masih lagi kurang berpuas hati dengan lelaki yang mempunyai hobi menyakat dirinya sedari dulu lagi.
BERSAMBUNG…….



Khamis, 1 Ogos 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 25

TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (25)
PENULIS               : CUADIEY

                “Achik cari-carilah baju atau kasut yang berkenan.” Ujar Nazim sebaik mereka melangkah masuk ke dalam bangunan Center Point (CP), salah sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Kota Kinabalu Sabah.
                “Okay.”
                “Jawapan okay Achik tu sangat memusykilkan.” Ujar Nazmi yang berjalan di hadapan mereka.
                “Apa yang memusykilkan?”
                “Yalah Achik tu kata okay tapi nanti K.O” Ujar Nazmi seraya memperlahankan langkahnya.
                “Just wait and see.”
                “Tak kira apa pun jadi, hari ni Achik mesti dapat juga sekurang-kurangnya sehelai baju.”
                “Tengoklah.” Jawab Nasuha acuh tak acuh.
                Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk dan jelajah dan dari satu tingkat ke satu tingkat mereka lewati namun tiada satu benda pun yang menarik hati Nasuha untuk membelinya. Berlainan pula dengan Nazim dan Nazmi yang telah pun menghabiskan hampir separuh gaji mereka untuk membeli barangan di situ.
                “Aku dah kata dah. Kalau Achik kata okay tu memang memusykilkan.” Ujar Nazmi sambil mengerling Nasuha.
                “Dah round satu CP ni pun tak ada yang berkenan?! Achik, kami yang lelaki ni pun dah ada benda yang menarik minat dan telah pun membeli serta membelah tau. Achik nak apa sebenarnya?” Tanya Nazim.
                “Entah.”
                “Achik!!!” Jerit Nazim dan Nazmi hampir serentak.
                “Yang betullah. Achik tak tau apa yang Achik nak.”
                “Lepas ni kita pergi Wisma Merdeka. Kalau tiada yang berkenan di sana kita pergi Kompleks Karamunsing.” Beritahu Nazim.
                “Kalau kita balik saja, boleh?!”
                “Dah tu bila nak beli baju baru.”
                “Bukan wajib pun.”
                “Memang tak wajib tapi sekurang-kurangnya adalah juga sehelai dua baju baru.” Tegas Nazmi
                “Hmmm.” Itu sahaja yang mampu diluahkan oleh Nasuha seraya menapak meninggalkan Nazim dan Nazmi yang saling berpandangan.
                “Achik cakap dengan Along, Achik cari apa sebenarnya? Baju? Baju macam mana? Jubah? Baju kurung? Ermmm apa tu trend yang popular orang selalu perkatakan sekarang ni?”
                “Trend apa?”
                “Pe…pep..apa nama baju tu. Ala yang banyak orang jual online tu.”
                “Owhhhh, peplum.”
                “Achik cari baju macam tu?”
                “Boleh juga. Tapi nak yang labuh sikit.”
                “Baik boss. Kasut nak macam mana? High heel? Berapa inci? 1,2,3 inci?
                “Tengoklah macam mana.”
                “Jawapan macam tu yang lemah tu.”
                “Jomlah gerak, lewat pula nanti. Dahlah kesesakan lalu lintas, minyak kereta lagi susah nak dapat masa sekarang ni.” Keluh Nazim.
                “Jomlah.”
                Selepas puas tawaf bangunan Wisma Merdeka dan masih belum bertemu apa yang di cari, cepat sahaja mereka bergerak ke Kompleks Karamunsing. Di sana Nazim dan Nazmi menarik nafas lega apabila terdapat beberapa pasang baju yang menarik minat Nasuha. Sedaya upaya mereka memberi pandangan positif terhadap baju-baju yang menarik minat Nasuha itu.
                “Yang tu cantik juga cik.” Ujar satu suara ketika nasuha sedang sibuk membelek sehelai baju berwarna peach namun Nasuha hanya berdiam diri tanpa mahu menoleh walau sedikit pun untul melihat fizikal empunya suara itu.
                ‘Aishhhhh, ni yang malas ni bila jurujual baju perempuan adalah lelaki. Hmmmm, mengurangkan mood sungguh.’ Rungut Nasuha di dalam hati.
                “Assalamualaikum.” Ucap satu suara membuatkan ketiga-tiga mereka menoleh ke arah suara itu.
                “Waalaikumussalam.” Jawab mereka serentak.
                “Buat apa sini?” Soal Nazim dengan sengihan hingga ke telinga.
                “Saja jalan-jalan. Kononnya nak cuci mata.”
                “Cuci mata bulan puasa ni?” Sengaja Nazmi memberi soalan perangkap kepada Hafiz Azhar.
                “Cuci mata tengok pakaianlah Angah.” Jelas Hafiz Azhar.
                “Owhhhh kalau macam tu kau tolonglah cik Taubat Nasuha kau ni cari baju dia. Dah nak beratus kedai kami masuk, kedai ni kira bertuah sikit sebab ada juga baju yang dia belek-belek. Kedai lain, pandang sekilas terus blah.” Beritahu Nazmi.
                “Ye ke?”
                “Dah tiada yang berkenan nak belek buat apa.” Tutur Nasuha cepat untuk membela dirinya.
                “Dari tadi aku follow kau makcik. Sibuk sungguh membelek baju dan bila aku kata yang baju tu cantik dia buat dek saja. Bukan dia nak tengok pun siapa yang tegur dia.”
                “Haha ye ke? Aku ingat jurujual mana yang kaki sibuk sampai aku mau pilih baju pun teda mood.”
“Itulah kau. Jual mahal. Orang bagi pandangan bukannya nak dengar. Yang kau pegang tu pun okay Taubat Nasuha.” Ujar Hafiz Azhar cuba memberi pandangan.
                “Yang ni…. tapi besar sangat.” Adu Nasuha.
                “Mintalah saiz kecil sikit.”
                “Inilah saiz yang paling kecil.”
                “Yang sebelah kanan tu pun cantik juga.”
                “Yang ni jahitan dia tak kemaslah.” Komen Nasuha dengan raut wajah yang kurang berpuas hati.
                “Mana? Tengok.” Hafiz Azhar menghulur tangannya. Nasuha memberikan baju tersebut kepada Hafiz Azhar dan lelaki itu membeleknya.
                “Ala sikit saja ni.”
                “Inda mau la. Bida.”
                “Sikit sajalah ni Taubat Nasuha. Bukan nampak pun. Tambah lagi kau pakai tudung, mana nampak semua ni.”
                “Inda mau.”
                “Aduyaiiiiiiiiii cerewetnya kau ni. Seriuslah jahitan yang kau cakap tak kemas ni akan tertutup dek tudung kau nanti. Bukan juga orang nak teliti jahitan baju kau. Atau kau nak pakai baju ni tanpa tudung?” Soal Hafiz Azhar.
                “Giler kau tak nak pakai tudung. Allah SWT marah tau. Suka hati akulah nak cerewet ke nak apa. Aku yang nak pakaikan jadi sebagai pengguna dan pembeli aku haruslah berpuas hati sebelum membeli sesuatu barangan itu. Kepuasan itu penting dalam berbelanja.” Hujah Nasuha
                “Okay. Cakap macam tu pun nak marah.”
                “Bukan marah tapi..”
                “Tapi apa?”
                “Tiadalah. Jomlah keluar.” Ucap Nasuha seraya melangkah lemah keluar dari kedai tersebut. Malas dia ingin berdebat dengan lelaki seorang itu.
                “Kau nak baju peplum macam tadi tu?” Soal Hafiz Azhar.
                “Lebih kurang macam tulah. Aku nak peplum yang labuh dan baju tu nanti boleh dipadankan dengan seluar atau skirt.” Terang Nasuha.
                “Noted!”
                Selepas tawaf satu bangunan kompleks Karamunsing dan bermacam-macam cadangan dan pendapat positif dilontarkan namun semuanya tidak membuahkan hasil sebab tiada sehelai baju atau sepasang kasut pun yang berkenan di hati Nasuha.
                “Angah dah kata dah. Patah kaki secara percuma kalau nak tunggu Achik ni berkenan dengan sesuatu tu.”
                “Siapa suruh bawa tempat macam ni.” Rungut Nasuha
                “Dah tu nak bawa tempat macam mana? Dah nak beli baju bawalah tempat jual baju. Takkan nak bawa kau pi pasar ikan pula.”
                “Stop!!!! Lama-lama nanti tu bergaduh.” Nazim cuba menghentikan adik-adiknya dari terus bertikam lidah dan kemudiannya berlarutan sehingga menjadi satu pergaduhan besar.
                “Angah tu la.”
                “Angah cakap apa yang betul sajalah.”
                “Achik kan dah cakap tadi kita balik saja. Korang yang beria-ia nak suruh orang shopping.”
                “Along kata sudahkan. Sudahlah.”
                “Achik…” Nazmi masih lagi ingin membidas.
                “Angah boleh beralah tak.” Tegur Nazim terhadap Nazmi.
                “Okay.”
                “Lepas ni nak pergi mana?” Soal Hafiz Azhar setelah masing-masing menyepi.
                “Pulang.” Jawab Nasuha cepat seraya melangkah pantas keluar dari bangunan tersebut.
                “Angah ni lain kali diam-diam sudahlah.” Marah Nazim.
                “Agak-agaklah kalau nak tawaf bangunan pun. Puasa ni. Lutut ni ketar dah tau.”
                “Kau tu, Achik tak nak cari baju kau paksa juga. Dah tiada benda yang dia berkenan kau nak bising pula. Dia pun puasa apa.”
                “Memanglah dia puasa tapi Along fikirlah dari CP, Wisma Merdeka, Kompleks Karamunsing. Hari tu pernah lagi ajak dia pergi Sinsuran pun langsung tiada yang berkenan. Hafiz, kau fikirlah masak-masak untuk teruskan niat kau untuk ambil adik aku jadi isteri. Nak pilih sehelai baju pun susah. Kalau kau rasa-rasa sanggup jalan sampai patah kaki, boleh la kut jadi suami dia.” Ujar Nazmi sambil menepuk-nepuk bahu Hafiz Azhar.  Lelaki itu tersenyum mendengar kata-kata Nazmi. Sesungguhnya dia tidak akan terpengaruh dengan bendasing kecuali pengaruh itu datang dari hati dan akalnya sendiri.
                “Taubat Nasuha tu kalau dia berkenan dia tak banyak songeh, dia cekup saja janji dia suka dan dia puasa hati dengan benda yang dia mahu beli tu.” Ujar Hafiz Azhar tenang.
                “Tengok Hafiz pun faham perangai adik hang yang sorang tu.”
                “Nak jadi suami kenalah faham. Tak faham awal-awal lagi dah kena keluar dari carta calon.”
                “Ehemm, Alhamdulillah harap masinlah mulut Angah tu.”
                “Aku kata nak jadi suami bukan suami .”
                “Tak kisahlah janji kata-kata tu ke arah yang positif. Aaaamiiin.” Hafiz Azhar meraup wajahnya. Nazim dan Nazmi pandang Hafiz Azhar dan kemudian masing-masing menggelengkan kepala.
                “Payah cakap dengan orang angau ni.” Gumam Nazmi.
                “So, kau nak ikut balik dengan kami atau macam mana?” Soal Nazim.
                “Mestilah ikut balik dengan korang.”
                “Okay jom gerak cepat. Marah pula tuan puteri tu nanti.” Ujar Nazim segera mempercepatkan langkahnya dan diekori oleh Nazmi dan Hafiz Azhar.
                “Kereta kau mana?” Soal Nazmi pula.
                “Tadi suruh abang ipar bawa balik.”
                “Bagus. Panjang akal kau kan?!”
                “Dah tak boleh nak keluar berdua, ajak keluar pun tak nak jadi kenalah panjang-panjangkan akal sendiri.”
                “Usaha yang berterusan pasti akan menemui kejayaan.” Ucap Nazim seolah meniup kata-kata semangat kepada Hafiz Azhar.
                Semasa dalam perjalanan pulang Nazim sengaja membawa singgah di Putatan di mana daerah itu juga mempunyai banyak kedai menjual pakaian dan mungkin menjadi pilihan Nasuha. Namun belum pun sempat mereka masuk ke dalam mana-mana kedai, Nasuha telah menyerah kalah. Tidak mahu meneruskan pencariannya dengan alasan mabuk melihat lambakan pakaian yang terdapat di sana. Masing-masing akur dan meneruskan perjalanan pulang ke daerah Papar dengan perasaan sedikit hampa.
BERSAMBUNG
Mau
Mahu
Teda
Tiada
Inda
Tidak
Bida
Tidak cantik/ hodoh
Pi
Pergi
Hang
Awak/Kamu