TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (24)
PENULIS : CUADIEY
Malam itu selesai sahaja majlis
makan-makan Rozairen segera meminta diri biar pun kecewa kerana tidak dapat
bertemu dengan Nasuha. Marah sangat gadis itu dengannya sehingga Sarinah dan
Illani juga tidak mampu untuk melembutkan dan memujuk hati gadis itu. Dia akur itu semua salahnya.
Salahnya bertindak terburu-buru untuk memenangi hati gadis itu.
“Achik jomlah keluar. Mereka dah
balik.” Panggil Nazri dari luar.
“Betul ni dah balik?”
“Betul. Jomlah makan.” Ajak
Nazri. Cepat sahaja Nasuha menguak daun pintu dan menapak keluar. Mereka beriringan turun menuju ke ruang dapur
yang berada di tingkat bawah.
“Taubat Nasuha jom makan.” Ajak
Hafiz Azhar yang duduk di meja makan bersama Nazmi. Nasuha sekadar mengangkat
keningnya bagi membalas ajakan lelaki itu.
“Blurrppp! Alhamdulillah.” Ucap
Nazmi setelah bersendawa.
“Larat nak pergi terawihkah lagi
ni?” Soal Nazri.
“Larat. Hahahahahaha.” Jawabnya
dan disusuli dengan gelak yang panjang.
“Hoi kena sampuk ka apa ni?”
Soal Nasuha pelik dengan perangai abang dan adiknya.
“Kena sampuk hantu Roziaren.”
“Achik dah agak dah mesti korang
ada buat something kan? Apa?
Ceritalah.” Ujar Nasuha seraya duduk di meja makan setelah mengambil sepinggan
kari dari dalam kuali.
“Ini semua adik yang plan. Angah
cuma ikut saja.” Beritahu Nazmi.
“Angah ingat tak semalam macam
mana dia tarik anak-anak dia keluar dari bilik tu. Masa tu, serius adik dah tak
boleh nak tahan gelak.” Ujar Nazri sedikit teruja menceritakan kepada Nasuha
dan Hafiz Azhar detik mereka mengenakan Roziaren.
“Hahaha…Achik nak tau semalam
masa kami kenakan si Zai tu sebagai tanda balas dendam apa yang dia buat dengan
Achik hari tu, Angah dah control macho dah ni tak nak gelak bila tengok si Zai
tu lintang-pukang tarik anak dia keluar dari bilik tu tiba-tiba ada pula
seorang hamba Allah ni dalam pada nak tahan gelak tu tapi dia terlupa nak tahan
kentut dia. Tahan gelak sambil terkentut. Gilerrrrr punya busuk.”
“Hahahahaha.” Nasuha dan Hafiz
Azhar gelak bersama mendengar cerita Nazmi dan Nazri.
“Mesti kentut adik bau
telurkan?!” Teka Nasuha apabila teringat semasa berbuka puasa Nazri telah makan
3 biji telur rebus dan 1 biji telur goreng.
“Betul tu. Memang bau telur.
Angah rasa macam nak pengsan. Dah la sesak nafas dengan bau asap kemenyan. Air
mawar lagi. Bersatu lagi dengan bau kentut budak kecil ni.”
“Astaghfirullah al’aziiim sampai
macam tu korang takutkan bapa budak tu.”
“Siapa suruh dia jahat dengan
Achik.” Ujar Nazri.
“Kalau ikut hati nak belasah ja
si Zai tu tapi dah Achik tak nak keruhkan keadaan dan ayah pun tak bagi belasah
budak tu, jadi cari jalan lain la kan. Nasib dialah.”
“Masa dia keluar dari bilik tu,
dia pergi mana?” Soal Hafiz Azhar.
“Dia pergi cari Along. Dah tu kami
memang awal-awal lagi dah pakat dengan Along. Along yang memainkan peranan
penting sampai dia percaya yang bilik tu memang bilik misteri. Dan akhirnya dapat
makan free. Hahahaha.” Nazmi dan Nazri ketawa lagi. Belum puas ketawa apabila
mengenangkan tingkah Rozairen yang lari lintang-pukang sambil mengheret
anak-anaknya keluar dari dalam bilik itu.
“Kenduri kecil-kecilan. Mesti
masak 2 ekor ayam, nasi dan 1 jenis sayur. Kira macam sedekah agar tidak
diganggu oleh benda misteri lagi. “ Tokok Nazri.
“Dah tu ayah tau tak?” Tanya
Nasuha pula.
“Tak. Nak mampus kalau ayah tau.
Abang Har ingat jangan kasi tau ayah.” Nazri mengingatkan Hafiz Azhar.
“Baik boss.”
“Kau pun berpakat sama?” Soal
Nasuha.
“Tidak berpakat cuma terlibat
secara tidak langsung.”
“Sia-sia korang puasa satu hari
ni,” Ujar Nasuha.
“Itu urusan Allah SWT. Achik
mana ada hak kata puasa kami sia-sia. Achik kena ucap terima kasih pada kami
tau sebab dah tolong balas dendam bagi pihak Achik.”
“Terima kasih.” Ucapnya acuh tak
acuh seraya meneruskan suapan roti arab ke dalam mulutnya.
“Sama-sama tuan puteri.” Jawab
Nazri dan Nazim serentak.
“Abang Har makanlah sekali. Kesian abang Har. Dia tengok Achik tiada
tadi, terus dia tak lalu nak makan.” UJar Nazri sempat mengenyit mata nakal ke
arah Hafiz Azhar.
“Eh kau belum makan lagi?
Makanlah. Nah roti arab yang kau uli tadi. Ni kuah kari. Elok lagi ni. Aku baru
ambil dari kuali dan bahagi dua. Aku belum sentuh lagi. Makan.”
“Erm, sedapkan roti arab yang
aku uli?” Soal Hafiz Azhar.
“Bolehlah.”
“Kalau Angah yang uli lagi sedap
kut.” Ujar Nazim pula.
“Hmmm, kempunanlah nak
merasa Anagh menguli tepung. Kalau suruh
makan nombor satu.”
“Angah nak menguli tadi tapi
kesian pula Hafiz Azhar ni tiada kerja. Jadi sekali-sekala apa salahnya dia
tolong Achik kan.”
“Yelah tu.”
“Achik free tak esok?” Soal
Nazim yang baru sahaja muncul di ruang dapur.
“Free. Kenapa?”
“Kami cadang nak jalan pergi KK
(Kota Kinabalu) esok. Bolehlah hantar sekali mesin pengadun yang rosak tu.”
“Boleh-boleh. Esok nak gerak jam
berapa?”
“Lapan.”
“Okay.”
“Lamakah Achik tutup kedai?”
“Lepas raya baru buka semula.
Sebab sebelum puasa dah banyak buat overtime kan untuk siapkan tempahan dan
stok biskut raya. So, sekarang masa untuk merehatkan diri. Kak Nana pun tunggu
hari saja lagi nak bersalin.”
“Okay. Esok jam 8 pagi.” Ujar
Nazim lagi.
“Jam 8 pagi tepat atau jam 8
lebih?” Nasuha kerling Nazim.
“Jam 8……… erm.”
“Dah agak dah mesti jam 8 lebih
la tu.”
“Baik korang deal masa bebetul dengan tuan puteri ni.
Kang lewat kena amuk pula.” Ujar Nazmi cuba mengingatkan.
“Jam 8.30.”
“Okay.” Jawab Nazri.
“Adik tak payah nak okay sangat.
Esok Adik sekolah.”
“Alaaaa bolehlah.”
“No! Tak boleh ponteng sekolah.”
“Ermmmmmmmmmmmmm tak nak kawan
dengan Along.” Ucap Nazri, merajuk seraya menapak naik ke tingkat atas.
“Mana boleh ponteng sekolah.
Orang sekolah kena sekolah.”
“Tak mau kawan Along.” Tingkah
Nazri yang sudah pun berada di tingkat atas.
“Haha tak tahu. Along dah kasi
merajuk Adik.” Ujar Nazmi dan Nasuha
cuab mengacah Nazim.
“Biarlah. Korang jangan nak kasi
manja dia lebih-lebih. Kang naik lemak budak tu. Tegas adalah jalan terbaik.”
“Tau. So confirm 8.30pagi?”
“Erm, Along confirm. Ni Angah ni yang selalu bersiap mengalahkan perempuan.”
“Okay 8.30 pagi. Sharp!” Ujar Nazmi memberi jaminan.
“Lewat 1 minit siap!” Ujar
Nasuha memberi amaran.
“Baiklah. Hafiz tak mau join?”
“Erm, esok ada hal sikit. Tak
dapat kut.” Ujarnya lambat kerana menghabiskan makanan di dalam mulut.
‘Alhamdulillah. Kalau dia ada
sadislah hidup aku.’ Desis hati Nasuha.
“Kau orang makan roti arab ni
macam sedap sangat. Sampai aku pun kecur liur.” Ujar Nazim seraya merampas roti
arab dari tangan Nasuha dan mencicahnya dengan kari.
“Alonggggggggggggg!” Jerit
Nasuha. Geram dengan perangai abang sulungnya itu.
“Apa?!”
“Main rampas-rampas roti orang.
Banyak lagilah sana.” Ujar Nasuha menunujukkan bekas yang penuh berisi roti
arab.
“Rampas roti orang bukan roti
Achik pun. Kalau dah banyak lagi pergilah ambil.”
“Eeee Achik ni kan orang..”
“Utan.” Sambung Nazmi pantas
sebelum Nasuha menghabiskan kata-katanya.
“Angah ni.” Nasuha tarik muka
empat belas.
“Alolololololo. Ni merajuk macam
nilah yang buat Hafiz Azhar kemaruk nak jadikan kau isteri dia.” Sakat Nazmi
lagi.
“Tapi itulah tak tahu bilalah
Taubat Nasuha ni nak approve saya
jadi suami. Jangan cakap suamilah, approve
jadi calon suami pun kira okaylah.” Celah Hafiz Azhar yang lebih banyak
mendiamkan diri.
“Kau pun nak cari pasal jugakah
Hafiz Azhar.”
“Tak.” Hafiz Azhar angkat
kedua-dua belah tangannya ke aras bahu.
“Bagus.”
“Susah nak berurusan dengan
‘acang’ ni.” Gumamnya perlahan.
“Apa?!”
“Aku bukan cakap dengan kau. Aku
cakap dengan Angah.” Cepat sahaja Hafiz Azhar menjawab.
“Kau orang jangan nak
bersubahat. Achik tau korang bersubahat, nahas ya.”
“Hmmmmmmmmmmmmm.” Itu sahaja
yang mampu terucap di bibir 3 orang jejaka yang berada di hadapan Nasuha kala itu.
BERSAMBUNG