BAB 20
Nasuha
menutup buku nota kesusasteraan dan gender yang telah dibacanya berulang kali.
Matanya memerhati rakan sebiliknya yang lain. Aznizah dan Dickziene leka
menonton drama Thailand berjudul defendant
of love manakala Kistiza pula sibuk menelaah buku Etika dan Akhlak sebelum
menghadapi peperiksaan pada esok hari.
“Nizah, Yan cafe buka sampai jam
berapa?”
“Wah kak Suha nak pergi café?” Soal
Dickziene.
“Lapar.” Ujar Nasuha manja
“Alololo kesiannya.”
“Ada maggi?” Soal Nasuha. Aznizah
dan Dickziene serentak meggelengkan kepala. Nasuha mencebik, hampa.
“Kak Za ada maggi tak?” Soal Nasuha
pula sambil membetulkan duduknya. Kistiza berpaling dan menggelengkan
kepalanya.
“Jom saya teman Suha cari makanan di
café.” Aznizah menawarkan dirinya.
“Betul ni?” Soal Nasuha inginkan
kepastian.
“Betullah. Jom.”
“Saya pun nak ikut.” Ujar Dickziene
pula seraya bingkas dari kerusinya.
“Kak Za nak join?”
“Taklah kut. Kak Za nak tidur kejap
lagi, esok ada paper pagi.”
“Okay. Selamat tidur permaisuri.”
Ucap Nasuha dan segera berdiri dari kerusinya untuk bersiap.
“Kak Suha jangan tukar baju.”
“Memang tak tukar pun.” Ujar Nasuha
sambil mencapai tudung yang tergantung kemas di dalam almarinya. Sarung kakinya
yang terletak di kaki katil disarung cepat. Seketika kemudian dia berjalan
menuju meja belajarnya dan mengambil dua keping not berwarna hijau.
“Okay saya sudah siap.” Beritahu
Dickziene.
“Jom. Kak Za, adik-adik Kak Za
keluar membuang duit dan mencari makanan dulu. Suha ada bawa kunci bilik jadi
kalau Kak Za nak tidur jangan lupa kunci pintu.” Pesan Nasuha.
“Baiklah.” Jawab Kistiza dengan
segaris senyuman. Nasuha, Dickziene dan Aznizah mula mengatur langkah menuju ke
cafe CD. Melangkah di pintu masuk, Nasuha yang berjalan paling hadapan berhenti
serta-merta dan berpaling semula untuk keluar dari cafe tersebut. Dickziene dan
Aznizah sekadar menurut tanpa mengerti apa-apa.
“Hah! Gulp!”
“Kenapa?” Soal Dickziene.
“Ramai lelaki.”
“Dah tu?”
“Masuk pintu sebelah sana.” Ujar
Nasuha sambil menarik tangan rakan sebiliknya.
“Kenapa kalau lalu pintu sini? Ada
abang Hafiz?” Soal Dickziene.
“Eh, bukanlah. Kalau lalu pintu ni
kita kena jalan ruang tengah. Tak mahulah macam tu, I’m shy.”
“Aduhai Suha ni. Malulah pula. Dah
jom gerak.” Ajak Aznizah. Mereka berjalan mengelilingi cafe tersebut untuk tiba
di pintu yang bertentangan dengan pintu yang mereka masuk sebaik tiba tadi.
Mereka melangkah masuk. Aznizah dan Dickziene segera menuju ke gerai roti
canai. Manakala Nasuha sekadar menuju gerai buger yang terletak berhampiran
pintu masuk.
“Bagi buger ayam special satu.” Ujar
Nasuha kepada lelaki bertopi biru itu.
“Bang telur ni sudah basuh ke
belum?” Ujar satu suara. Nasuha menoleh. Hafiz Azhar angkat kening dan
tersenyum.
“Kalau dalam mangkuk ni memang sudah
basuh. Kalau dalam tray memang belum
basuh. Kenapa?” Soal lelaki itu.
“Baguslah kalau sudah, kalau belum
nanti ada orang tak makan buger special yang dia pesan tu.” Perli Hafiz Azhar
pula. Nasuha ketap bibir.
“Jangan risau, saya pentingkan
kebersihan.” Ujar lelaki itu sambil tangannya lincah menyiapkan pesanan
pelanggan. Hafiz Azhar sekadar menggangguk. Nasuha mengerling Hafiz Azhar yang
berdiri di sisinya dan terus membuang pandang keluar cafe.
“Taubat Nasuha.” Panggil Hafiz Azhar
namun tidak dipedulikan oleh Nasuha. Hafiz Azhar mengulangi beberapa kali
sehingga Nasuha memandang ke arahnya.
“Apa?” Soal Nasuha kasar tapi dengan
nada yang rendah. Hafiz Azhar sengih bagai kerang busuk.
“Nota akaun aku bila kau nak
pulangkan?” Soal Hafiz Azhar. Tiada niat untuk dia menagih semula nota tersebut
tetapi itu sahaja topik yang ada untuk dipersoalkan kepada Nasuha ketika itu.
“Bila kau free?”
“Malam ni pun aku free.”
“Nanti aku hantar dengan kau. Erm,
tapi malam ni aku malas nak turun semula pergi cafe.” Beritahu Nasuha jujur.
“Macam ni, lepas perlawanan bola ni
aku pergi bilik kau.”
“Eh, kau gila nak pergi bilik aku?”
Soal Nasuha berpura-pura salah tafsiran dengan kenyataan Hafiz Azhar
“Maksud aku, aku tunggu di luarlah,
bukan masuk dalam bilik kau.” Terang Hafiz Azhar.
“Oh, macam tu. Berita faham, roger and out.”
“Jangan nanti aku dah tunggu depan
bilik kau sesedap pula tidur.”
“Kau mesej aku kalau kau dah on the way mendaki bukit. Okay?” Hafiz
Azhar sekadar mengangguk dan senyum.
“Buger ayam special siap.” Beritahu
lelaki itu sambil menghulur buger tersebut. Nasuha yang baru sahaja ingin
mencapai buger tersebut terkesima seketika apabila Hafiz Azhar lebih pantas
mencapai buger yang dihulurkan itu.
“Wui!” Nasuha ketap bibir geram. Dengan
kaki yang berat dia turut melangkah mengikut jejak Hafiz Azhar.
“Kau nak minum apa?”
“Buger akulah.”
“Aku tolong pegang sajalah.”
“Eee, kau ni….”
“Cepatlah nak minuman apa?” Soal
Hafiz Azhar. Nasuha geleng kepala. Namun begitu Hafiz Azhar tetap mencapai 2
tin minuman dan membawanya ke kaunter.
“Kira sekali kak.” Ujarnya kepada
juruwang tersebut.
“Kak, asing.” Ujar Nasuha pula.
Juruwang berusia awal 30-an itu angkat kening. Aznizah dan Dickziene yang
berada di kaunter sebelah hanya tersenyum dengan apa yang berlaku.
“Kira sekali kak.” Tegas Hafiz
Azhar.
Juruwang
itu sekadar menurut apabila Hafiz Azhar terlebih dahulu menyerahkan duit
kepadanya. Nasuha ketap bibir. Setelah mengambil baki duitnya, Hafiz Azhar
terus sahaja mengatur langkah menuju ke meja yang di dudukinya sebelum melihat
kelibat Nasuha. Nasuha terus sahaja melangkah keluar tanpa mengikut jejak Hafiz
Azhar. Dickziene dan Aznizah yang telah pun berada di luar hanya tersenyum
melihat wajah masam Nasuha.
“Kak
Suha panggillah dia.” Syor Dickziene
“Eee,
tak kuasalah. Tak nampak dia syok melayan bola tu. Dia telanlah semua tu. Jom
balik”
“Suha
panggillah dia.” Pujuk Aznizah pula.
“Tidak
mahu. Balik, balik, balik, balik.”
“Kak
Suha tunggulah kejap. Saya pergi jumpa dia.”
“Eeee,
tak payahlah Yan. Jom.” Nasuha segera beredar untuk kembali semula ke bilik
tanpa sebarang makanan di tangannya. Aznizah dan Dickziene sekadar geleng
kepala. Pening memikirkan perangai Nasuha dan juga Hafiz Azhar namun segera
mengekori Nasuha dari belakang.
“Taubat
Nasuha!” Panggil satu suara sambil cuba menyaingi langkah Nasuha. Nasuha diam,
tidak mahu bercakap biar pun sepatah dengan jejaka itu. Akhirnya Hafiz Azhar
dapat juga menyekat kemaraan Nasuha. Nasuha cuba untuk meloloskan diri namun
tidak berhasil.
“Kau
ni nak apa?” Soal Nasuha kasar.
“Nak
kau.” Ujar Hafiz Azhar bersahaja dan berjalan beriringan bersama Nasuha.
Manakala Dickziene dan Aznizah masih mengekori rapat dari belakang.
“Gila
apa?!”
“Siapa
suruh kau soal macam tu. Aku nak bagi buger kau nilah. Nanti kau mati kebulur,
aku pula yang disalahkan.”
“Kau
telanlah semua tu.”
“Amboi,
cantiknya bahasa.”
“Dah
tu?!”
“Kau
ni kan kalau dengan aku nak marah je atau kau sedang datang bulan sekarang ni.”
Tebak Hafiz Azhar.
“Urusan
orang perempuan tak payah kau nak sibuk.”
“Uishhh,
lelaki wajib tau kalau perempuan datang bulan nanti taklah…”
“Kau
tunggu sini, aku ambil buku nota kau.” Potong Nasuha cepat agar Hafiz Azhar
tidak membongkar lebih lanjut tentang topik tersebut. Nasuha masuk ke dalam
bilik dan tidak lama kemudian Aznizah dan Dickziene muncul.
“So sweetlah Kak Suha.” Ujar Dickziene.
“Sour je.” Balas Nasuha seraya bergegas
keluar bersama buku nota akaun milik Hafiz Azhar.
“Terima
kasih.” Ucap Nasuha sambil menghulur buku itu kepada Hafiz Azhar.
“Kasihmu
ku terima. Nah ambil harta kau ni.” Nasuha mencapai plastik buger yang dihulur
kepadanya.
“Erm,
tapi air ni bukan harta aku.”
“Ala
ambil sajalah. Bukan selalu pun.”
“Nah.”
Nasuha hulur not berwarna hijau.
“Untuk
apa?”
“Buger
ni.”
“It’s
okay. Aku suka nak belanja orang macam kau.”
“Orang
macam aku? Maksud?”
“Orang
macam kaulah.”
“Orang
macam aku? Macam mana tu?” Soal Nasuha dengan wajah serius.
“Orang
yang selalu sesat.” Hafiz Azhar gelak apabila melihat Nasuha ketap bibir
mungkin kerana menahan geram atau pun cuba untuk menahan amarahnya.
“Eh,
kau dah ambil kad dalam nota ni?” Soal Hafiz Azhar cuba mengubah topik yang
sedia ada.
“Kad?”
Nasuha kerut dahi. Melihat reaksi Nasuha sebegitu membuatkan Hafiz Azhar
menyelak helaian di mana dia menyimpan kad tersebut dan mengambil kad yang
terselit rapi di dalam buku nota tersebut. Dia menghulurkan kad berwarna kuning
itu kepada Nasuha.
“Kad
apa ni?” Soal Nasuha pura-pura tidak mengetahui akan kehadiran kad tersebut.
“Bacalah
sendiri.” Jawab Hafiz Azhar hambar.
“Untuk
aku?” Soal Nasuha lagi.
“Erm.”
Hafiz Azhar sekadar mengangguk, kecewa.
“Tak
perasan pula ada kad ni. Thanks Hafiz
Azhar.” Ucap Nasuha bersahaja.
‘Wah,
tiba-tiba senyap tadi bukan main lagi kau menyakat aku.’
“Aku balik dulu.” Pinta Hafiz Azhar.
“Okay Hafiz Azhar, terima kasih.
Hati-hati turun bukit tu.” Pesan Nasuha. Hafiz Azhar tidak menunggu lama terus
sahaja melangkah pergi tanpa membalas kata-kata Nasuha seperti selalu.
‘Yesssss.
Berjaya juga kenakan kau Hafiz Azhar. Kau ingat kau saja yang mampu nak kenakan
aku.’ Bisik hatinya sambil tersengih sendirian melihat kad kuning sederhana
besar yang telah pun di bacanya sewaktu dia membaca nota akaun milik Hafiz
Azhar beberapa hari yang lepas.