BAB 16
Hafiz
Azhar memandang Nasuha tanpa berkedip. Dia cuba menghantar isyarat melalui
pandangan mata itu. Nasuha sekadar memandang sekilas dan kemudiannya
menggeleng. Lelaki itu tidak berpuas hati dengan tindak balas Nasuha. Dia
berdehem kuat. Nasuha faham akan maksud deheman tersebut namun dia hanya mampu
menjeling tajam ke arah lelaki itu.
“Saya rasa cukuplah dengan skrip
saya ni. Tidak perlu skrip orang lain. Saya tak nak skrip saya ditokok tambah
atau diubah suai. Korang faham tak?!” Ujar Nur Shammiza, pelajar jurusan
penulisan kreatif itu meninggi sambil melempar skrip yang dibuatnya ke atas
meja.
“Mungkin ahli lain punya idea yang
lebih baik lagi untuk disumbangkan dan mungkin boleh gabung dengan idea kamu.
Kita ada 13 orang dan kita akan ada 13 idea.”
“Ala, nak idea orang lain apa lagi.
Ini memang bidang akulah. Yang lain ni mana ada dari penulisan kreatif, sah tak
tau apa-apa. Budak-budak SPE lagilah asyik tau tekan kalkulator saja.” Perli
Nur Shammiza.
“Adoi berlagaknya perempuan ni.”
Hafiz Azhar merengus kasar. Nasuha teguk liur apabila mendengar Hafiz Azhar
menjawab sekasar itu.
“Kenapa? Budak SPE mampukah buat sebaik
aku yang memang sah-sah budak Sekolah Pengajian Seni?”
“Beginilah, errr…..apa nama kau tu?
Sham? Sha?”
“Shasha.”
“Oh Shasha. Beginilah Shasha, aku ni
bukanlah macam kau yang suka memperlekehkan kemampuan pelajar dari sekolah
lain. Aku hormat kau sebagai pelajar seni apatah lagi ambil jurusan penulisan
kreatif yang sememangnya bidang kau dan setakat skrip macam ni memang makanan
kau. Apa orang kata tu hal macam ni celah gigi kau sajakan tapi kau kena ingat
semua orang ada idea tersendiri dan tak semestinya kau ambil penulisan kreatif
kau juga kreatif.” Hujah Hafiz Azhar cuba memuaskan hati semua orang
lebih-lebih lagi hatinya sendiri.
“Ada ke?” Soal Nur Shammiza tidak
mahu mengaku kalah.
“Mestilah ada. Tu Taubat Nasuha tu,
budak business tapi kau jangan
pandang tak ada mata, dia pernah tulis skrip untuk sebuah program peringkat
negeri di bawah sebuah kementerian.” Hafiz Azhar cuba pecahkan tembelang
Nasuha.
“Hebat!” Nur Shammiza bertepuk
tangan sambil tersenyum sinis.
‘Dah, mampus aku. Memang kau cari
nahas Hafiz Azhar.’
“Kita tengoklah skrip siapa yang
bagus, skrip itulah yang kita ambil.”
“Perasan bagus betullah perempuan
ni.” Gumam Hafiz Azhar.
“Sabar. Saya rasa kita guna saja
skrip yang Shasha buat. Selagi ianya mengikut tema dan memenuhi kehendak Prof
kita terimalah. Kita usulkan pada Prof dan kita tengok Prof kata apa.” Tutur
Nasuha perlahan.
“Kenapa? Kau takut skrip kau tak
sehebat skrip aku?” Soalnya angkuh.
“Dia takut skrip kau tu yang akan
dicampak ke dalam tong sampah.” Ujar Hafiz Azhar geram apabila melihat Nasuha
hanya mendiamkan diri.
“Ehem.” Nasuha memandang tajam ke
arah Hafiz Azhar.
“Kau takut?” Soal Nur Shammiza lagi.
“Mestilah takut. Aku ni apalah
sangat. Lainlah kau memang dah terang lagi bersuluh budak pengajian seni, jurusan
penulisan kreatif pula tu.” Nasuha merendah diri.
“Kata tulis skrip sampai peringkat
negeri.”
“Errr, Hafiz Azhar acah saja tu.
Bukan betul pun.”
“Baguslah. Aku dah bagi-bagi watak
nanti kamu semua copy skrip ni dan
baca. Hari sabtu ni kita jumpa dan buat latihan.” Ujar Nur Shammiza dan terus
sahaja meninggalkan ahli kumpulannya yang lain. Masing-masing geleng kepala
dengan perangai Nur Shammiza itu.
“Kau bagi muka sangat dengan dia.”
Ujar Amir Shah setelah bayang Nur Shammiza tidak kelihatan lagi.
“Bukan bagi muka tapi kamu semua
kena ingat bekerja dalam satu kumpulan ni kenalah sering bertoleransi.”
“Dah dia pun tak nak bertoleransi
dengan kita.” Rungut Christie Nala Agam pula dengan loghat Sarawaknya.
“Sebab itulah kita yang harus
bertoleransi. Kalau semua orang dalam kumpulan ni perangai macam dia memang
haru-birulah kumpulan kita ni. Kan Hafiz Azhar?” Sindir Nasuha. Hafiz Azhar
buat-buat tidak tahu dan yang lain sekadar tersenyum simpul melihat reaksi
Hafiz Azhar itu.
“Okaylah perbincangan pun dah tamat
kita bersurailah. Aku balik dulu. Perjumpaan akan datang jangan lupa suruh
kawan baik kau tu datang.” Ujar Hafiz Azhar seraya bingkas bangun dan berjalan
perlahan meninggalkan meja yang diduduki mereka. Begitu juga dengan ahli
kumpulan yang lain.
Nasuha segera bangun dan melihat ke
bawah meja. Dia gigit bibirnya sendiri dan bergegas mengejar Hafiz Azhar yang
baru sahaja berlalu. Dia pasti, kehilangan sebelah kasutnya itu mesti ada
kaitan dengan Hafiz Azhar. Namun kelibat Hafiz Azhar tidak kelihatan. Dia
meraba kocek baju kurungnya.
‘Argh, telefon pula tertinggal.’
Nasuha berpatah semula ke meja di mana mereka berkumpul tadi. Dia mencapai
telefon bimbit yang terdapat di dalam fail besar itu. Cepat sahaja tangannya
mencari nama Hafiz Azhar yang terdapat di dalam senarai telefon bimbitnya
“Hello, kasut aku mana?” Soal Nasuha
tanpa memberi salam.
“Kasut?” Terdengar suara di hujung
talian.
“Kau jangan pura-pura tak tahulah
Hafiz Azhar.” Marah Nasuha dengan suara yang sedikit meninggi.
“Kalau kau nak, kau ambillah di foyer library.”
“Kau hantar masuk dalam sekarang
juga.” Arah Nasuha cuba menahan amarahnya.
“Kau ambil di luar sekarang. Kalau
kau tak ambil aku nak balik ni.” Ujar Hafiz Azhar.
“Hantar sini sekaranglah Hafiz
Azhar!”
“Kau menangislah dulu.” Ujar Hafiz
Azhar lagi. Talian diputuskan oleh Nasuha. Hafiz Azhar sengih sendiri. Tidak
lama kemudian Nasuha muncul dengan hanya mengenakan sebelah kasutnya. Dia terus
sahaja meluru ke arah Hafiz Azhar tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya.
Hafiz Azhar sengih melihat wajah mencuka Nasuha.
“Mana kasut aku?”
“Kau menangis dulu baru aku bagi.”
“Cepatlah.” Desak Nasuha
“Cepatlah menangis Taubat Nasuha.
Kalau kau tak menangis kau jangan haraplah nak dapat kasut kau.” Ujar Hafiz
Azhar sambil meneguk minumannya.
Nasuha gigit gigi. Ikut hatinya
memang dia ingin menangis saat itu tetapi egonya menghalang dari dia menangis
di hadapan lelaki itu. Lelaki yang kadang-kala dirasakan begitu baik dan
mengambil berat dengan dirinya tetapi kadang-kala dia merasakan lelaki itu
terlalu menyakitkan hati dan menyusahkan hidupnya.
“Hafiz, jom!” Laung Fauzan dari atas
motornya.
“Ha, tengok tu roomate aku pun dah datang. Cepatlah nangis.” Ujar Hafiz Azhar
dengan sengihan nakalnya.
“Cepatlah bagi kasut aku Hafiz
Azhar.” Ujar Nasuha dengan mata yang merenung tajam ke dalam mata lelaki itu.
“Nangis dulu.”
“Kau ni kenapa? Buang tabiatkah?”
“Apa masalah kamu lagi ni?” Soal
Fauzan.
“Oh, ini roomate kau. Fauzan yang baik hati lagi budiman, cuba kau suruh roomate kau ni bagi balik kasut aku.”
Beritahu Nasuha kepada Fauzan yang baru sahaja turun dari motorsikalnya.
“Oh, kenal rupanya.”
“Dah la tu Hafiz. Tak habis-habis
menyakat dia.” Ujar Fauzan sambil memegang bahu Hafiz Azhar.
“Ala, aku suruh dia menangis saja
pun, bukan buat apa. Selagi tak menangis selagi tu aku tak bagi dia kasut tu.”
Beritahu Hafiz Azhar.
“Sorry,
aku tak akan menangis semata-mata kerana kasut tu.” Tutur Nasuha tegas.
“Jadi aku boleh buang kasut ni di
tasik tu.” Hafiz Azhar menunjukkan tasik yang terdapat berhampiran perpustakaan
tersebut.
“Suka hati kau saja nak buang kasut
orangkan.”
“Kasut orang bukan kasut kau.” Dalam
pada itu Fauzan menghulurkan kasut Nasuha dari belakang. Cepat sahaja tangan
Nasuha mencapainya. Pada masa yang sama Hafiz Azhar yang menyedari terus sahaja
ingin menyambar kasut itu.
“Upssss, tersentuh tangan aku siap
kau.” Nasuha memberi amaran dan segera berdiri menjauhi lagi jarak antara
dirinya dan Hafiz Azhar.
“Okay kali ni kau terlepas sebab
Fauzan tolong kau tapi ingat lain kali aku tak akan lepaskan kau.” Azam Hafiz
Azhar dan seraya berlalu pergi bersama Fauzan.
Fauzan geleng kepala melihat tingkah
Hafiz Azhar. Kadang-kala terbit pula perasaan simpati apabila mendengar cerita
apa yang telah dilakukan oleh Hafiz Azhar, Syazwan dan Azan kepada gadis itu.
Dia sendiri bingung dengan perangai teman sebiliknya selama setahun itu. Sukar
untuk dipastikan sama ada perlakuan Hafiz Azhar yang kadang-kala bukan sekadar
menyakitkan hati tetapi memalukan gadis itu adalah untuk menarik perhatian
gadis itu atau sememangnya berniat untuk memalukan gadis itu.
Nasuha
membaca skrip baru yang ditulis oleh Nur Shammiza itu berulang kali.
Sekali-sekala dahinya berkerut, wajahnya keruh. Nur Shammiza sekadar
mengerling, tahu ahli kumpulannya yang seorang itu enggan melakonkan salah satu
babak yang telah dirancangnya. Ahli kumpulan lain sekadar mengeluh lemah.
Hampir sejam rakaman drama pendek bertajuk sogit
itu tergendala gara-gara Nasuha yang enggan menurut arahan dari Nur Shammiza
selaku pengarah drama tersebut.
“Macam
nilah, kalau kau tak nak, kita buat semula lakonan ni dan tukar watak kau
dengan siapa yang nak.”
“Hei,
kau gila apa nak buat semula, dari pagi lagi tau kita buat rakaman ni.”
Bangkang Khayla Irdina cepat.
“Kalau
tak nak buat semula, suruhlah kawan kau tu lakonkan adegan tu.”
“Aku
rasa kalau kita tak lakonkan adegan tu pun bolehlah.” Ujar Nasuha tenang biar
pun amarahnya kian membuak ketika itu.
“Masalahnya,
itu skrip aku dan aku yang mengarahnya jadi aku mahu kau lakonkan seperti yang
aku arahkan.” Bentak Nur Shammiza.
“Beb,
kau lakonkan sajalah beb. Bukan apa pun sekadar lakonan saja.” Pujuk Khayla
Irdina.
“Ha,
betul cakap kawan baik kau tu, sekadar lakonan bukan apa pun. Setakat peluk
sikit, sentuh sikit tak luaklah.” Tempelak Nur Shammiza.
“Masing-masing
ada prinsip dan aku masih lagi dengan prinsip aku. Aku kata tak boleh, tak
bolehlah.” Ujar Nasuha tegas.
“Pergi
matilah dengan prinsip kau tu. Sekarang ni aku pengarah dan kamu tu pelakon
mestilah ikut arahan aku. Kalau kau terus tak nak, sampai malam pun kita akan
di sini” Ugut Nur Shammiza.
Nasuha
tarik nafas dalam cuba untuk mengawal perasaan amarahnya yang kini bagai gunung
berapi menanti meletuskan larvanya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi suasana
yang sememangnya telah keruh itu. Dia berjalan jauh sedikit dari ahli kumpulan
yang sedia ada, cuba untuk menenteramkan dirinya sendiri. Manakala Hafiz Azhar
pula berjalan menghampiri Nur Shammiza yang sedang bercekak pinggang.
“Kalau
dah Taubat Nasuha tu tak nak, tak payahlah paksa dia. Dah prinsip dia macam tu,
tak boleh sentuh, tak boleh peluk, kau beralah sajalah. Lagi pun ni semua salah
kau, hari tu bagi skrip lain, dah rakaman macam ni kau yang ubah skrip, jadi
mana boleh nak paksa dia.” Ujar Hafiz Azhar cuba mempertahankan prinsip Nasuha
itu
“Hei
Hafiz, cuma peluk pinggang sajalah, pegang tangan sikit bukan aku suruh buat
adegan porno pun. Tak luak mana punlah setakat sentuh sikit tu.” Luah Nur
Shammiza penuh harapan agar ahli kumpulannya faham akan keinginannya.
“Dia
buat begitu sebab dia nak husband dia
saja yang pegang part-part tu. Bukan
semua lelaki boleh pegang sesuka hati tapi aku tak tahulah orang buta hukum
macam kau ni, yang tak tau beza halal dan haram.” Hafiz Azhar menekan suaranya
dan cuba mengawal lontaran suaranya namun begitu ada beberapa ahli kumpulannya
terasa terpukul dengan kata-katanya itu.
“Tolonglah
kau ikut cadangan kami ni. Kau jangalah terikat sangat dengan skrip mengarut
kau tu. Prof tu cuma nak tengok kita faham atau tidak tentang tajuk yang kita
pilih ni. Bukan dia akan komen macam pensyarah sekolah kau komen. Kau tolonglah
faham.” Ujar Faridah perlahan cuba memujuk Nur Shammiza.
“Betul
tu, aku setuju.” Sokong Norliza yang sedari tadi mendiamkan diri.
“Arghhhhhh.”
Nur Shammiza menjerit, melepaskan tekanannya.
“Panggil
Taubat Nasuha tu, cakap dengan dia tak payah buat adegan pegang-pegang,
peluk-peluk macam pengarah buta hukum ni suruh.” Ujar Hafiz Azhar sambil
memandang Khayla Irdina berharap gadis itu akan memanggil Nasuha yang berada
tidak jauh dari mereka.
“Bodoh!
Sial!” Jerit Nurshammiza lagi. Geram hatinya apabila rancangannya gagal dan dia
pasti Mimi Liyana pasti mentertawakannya kerana tidak dapat menundukkan gadis
itu. Dia tidak menyangka gadis itu begitu sukar untuk ditundukkan dan
diperdaya. Sia-sia sahaja usahanya untuk mendapatkan gambar gadis itu
berpelukan dengan mana-mana lelaki.
“Siapa
bodoh?siapa sial?” Tempelak Hafiz Azhar tiba-tiba naik angin bila mendengar
ucapan yang terlafaz dari mulut Nur Shammiza.
“Kalau
dah sampai nak gaduh macam ni kita stop
di sini dan sambung lagi hari lain.” Cadang Nasuha tegas sebaik tiba di kawasan
berhampiran.
“Eh,
mana boleh.” Bantah hampir semua ahli kumpulan.
“Okay
kalau macam tu kita teruskan tapi aku memang minta maaf sekali lagi, aku memang
tak boleh lakonkan adegan tu.” Ucap Nasuha perlahan tapi nadanya tetap tegas
seperti sebelum ini.
Mereka
menyambung semula kerja-kerja penggambaran drama pendek itu setelah tergendala
sebentar tadi. Biar pun dalam suasana tegang tapi mereka tetap meneruskan
penggambaran tersebut dan akhirnya selesai juga pada jam 7 malam. Sebaik sahaja
mereka bersurai cepat sahaja Nasuha, Faridah, Hafiz Azhar, Suhairul dan Amir
Shah berjalan ke surau yang terdapat di sana untuk menunaikan solat fardu maghrib
yang hampir sahaja tamat waktunya dan
sekali gus menunaikan solat fardu isyak yang tidak lama lagi masuk waktu
bagi kawasan Pantai Barat Sabah.
“Kau
okay ke Suha?” Soal Faridah sedikit risau dengan keadaan Nasuha.
“Okay.”
“Betul
ni? Muka kau pucatlah.”
“Pucat?”
“Pucat
sangat. Tengok tangan pun menggigil ni. Kau okay?” Soal Faridah prihatin.
“Okay.
Jomlah balik.” Ajak Nasuha.
Sebaik
mereka keluar dari pintu surau perempuan kelihatan Hafiz Azhar telah pun
menanti kehadiran mereka. Nasuha berlagak biasa seperti tidak ada apa yang
berlaku namun langkahnya agak lambat sedikit berbanding yang lain. Hafiz Azhar
memperlahankan langkahnya. Mereka saling berpandangan dan Hafiz Azhar angkat
keningnya.
“Kau
kenapa?”
“Tiada”
“Guys, aku balik dulu. Bapa aku dah tunggu.
Apa-apa hal telefon saja ya.” Beritahu Faridah dan terus sahaja meninggalkan
mereka.
“Hati-hati
Far.” Pesan Nasuha sebelum Faridah hilang dari pandangannya.
Lagu
aishiteru sayup-sayup kedengaran. Nasuha membuka begnya dan cuba mencari
telefon bimbitnya namun sakit yang dialaminya membuatkan dia duduk di kerusi
yang berhampiran sambil memegang bahagian perut dan sekitarnya. Hafiz Azhar berhenti
melangkah dan memerhati dengan kerutan di dahi.
“Sakit
perut?” Soal Hafiz Azhar. Namun gadis itu tidak menjawab.
“Mana
Amir dan Suhairul?” Soal Nasuha pula.
“Dah
balik dah.”
“Owhhhh.”
“Gastrik?” Tebak Amir pula. Nasuha angguk
kepala lemah sambil mengetap bibir menahan sakit yang menyerang ulu hatinya.
“Itulah
tadi suruh makan tak nak. Sibuk sangat dengan penggambaran tu sampai tak ingat
makan minum. Tak ada seleralah itulah inilah. Sekarang siapa yang sakit,
sendiri jugakan.” Bebel Hafiz Azhar.
Sekali
lagi lagu aishiteri itu berkumandang namun masih lagi sayup-sayup kedengaran.
Nasuha capai begnya. Melihat tangan Nasuha yang menggeletar itu cepat sahaja
Hafiz Azhar membuka zip beg tersebut dan menyelongkarnya seperti telah diberi
keizinan untuk berbuat demikian. Sebaik mendapat telefon bimbit milik Nasuha,
cepat sahaja dia menghulurkan kepada gadis itu. Nasuha menjawab panggilan itu
dan seketika kemudian mematikan panggila telefon tersebut.
“Khayla?”
Soal Hafiz Azhar.
“Ha’a.
Dia tunggu aku di ground floor. Aku
gerak dulu.”
“Aku
teman kau.” Ujar Hafiz Azhar menawarkan diri. Melihat kesukaran gadis itu membuatkan
dia ingin cuba untuk memapah gadis itu tapi dia tahu sifat gadis itu dan segera
sahaja membatalkan niatnya itu.
“Aku
okaylah.”
“Tak
apa aku teman kau sampai tingkat bawah.” Ujar Hafiz Azhar serius.
“Aku
okaylah Hafiz Azhar. Kau pergilah balik.”
“Sekarang
kata okay, tiba-tiba pengsan kang tak
ada siapa nak kutip kau tau. Kau nak beli makanan tak sebelum balik?” Tanya
Hafiz Azhar prihatin. Nasuha sekadar menggeleng.
“Jadi
nak makan apa nanti. Kita beli makananlah, nanti boleh makan untuk isi perut
tu.” Cadang Hafiz Azhar.
“Kau
faham tak kalau aku tak mahu tu memang aku tak mahulah tu.” Marah Nasuha. Geram
pula dengan sikap Hafiz Azhar seolah mendesaknya untuk mengisi perut di kala
itu.
“Eh,
Suha kenapa?” Soal Amir Shah yang kebetulan juga ingin turun.
“Gastrik.”
Jawab Hafiz Azhar malas.
Amir
Shah menawarkan diri untuk memapah gadis itu namun ditolak lembut oleh gadis
itu. Hafiz Azhar tarik nafas lega apabila Nasuha menolak pertolongan lelaki
itu. Entah kenapa nafasnya seolah tersekat apabila melihat mata lelaki bernama
Amir Shah itu begitu leka memandang Nasuha. Dia sendiri tidak pasti sama ada
kerisauan yang melanda hatinya kini disebabkan oleh sakit yang dialami oleh
Nasuha atau pun risau melihat pandangan mata Amir Shah yang tidak pernah
berkelip dari terus memerhati gadis itu.
“Kau
kenapa beb?” Soal Khayla Irdina sebaik mereka tiba.
“Jom
balik. Aku tak larat dah ni.” Ujar Nasuha lemah.
“Apa
kata kita makan dulu.” Cadang Amir Shah.
“Aku
tak nak.”
“Perut
tu masuk angin, jadi kenalah isi dulu.” Tegas Amir Shah.
“Aku
tak nak.”
“Macam
mana nak baik kalau…”
“Aku
tak naklah. Aku nak balik.” Ujar Nasuha berkeras dan matanya mula berkaca.
“Okay
kita balik. Jangan nangis beb. Kalau kau nangis aku jamin 2 orang ni menangis
sama.”
“Mana
ada aku nangis. Cepatlah balik. Aku dah tak tahan ni.” Ujar Nasuha yang telah
pun duduk melutut di lantai itu.
“Aku
ambil kereta, kau orang tunggu sini depan pintu tu.” Ujar Amir Shah dan segera
berlalu.
“Suha
duduk sana.” Ujar Hafiz Azhar sambil menunjuk kerusi yang tidak jauh dari
kawasan mereka. Nasuha patuh dan segera duduk di kerusi itu. Tangan Khayla
Irdina digenggamnya erat.
“Beb
kau boleh tahan tak ni. Aku tengok macam teruk.” Ujar Khayla Irdina cemas dan
Nasuha pula sekadar mengangguk lemah.
“Depan
ni ada Klinik Panel UMS.” Beritahu Hafiz Azhar.
“Aku
tak nak pergi klinik, aku nak balik.”
“Tapi
tangan kau ni sejuk beb.”
“Aku
nak balik bilik sajalah. Nanti okaylah ni.” Ujar Nasuha cuba untuk mengelak.
‘Takut
nak jumpa doktorlah tu.” Gumam Hafiz
Azhar sambil memandang Nasuha yang pucat-lesu.
Tidak
lama kemudian Amir Shah muncul bersama keretanya di hadapan pintu utama One
Borneo Hypermall. Hafiz Azhar segera membuka pintu kereta untuk Nasuha dan
Khayla Irdina. Amir Shah tidak tunggu lama terus sahaja memecut laju keretanya.
Tiba-tiba Khayla Irdina meminta Amir Shah memberhentikan keretanya di tepi
jalan dan segera turun kerana Idrus ada menjemputnya. Amir Shah dan Hafiz Azhar
terus sahaja meneruskan niat untuk menghantar Nasuha balik ke asrama.
“Terima
kasih.” Ucap Nasuha sebaik kereta Amir Shah berhenti betul-betul di hadapan
biliknya.
“Kau
larat nak jalan?” Soal Amir Shah.
“Erm.”
Itu sahaja yang mampu dijawab olehnya dan terus melangkah laju menuju ke
biliknya. Setiba di bilik Nasuha terus sahaja berbaring di katilnya tanpa
mempedulikan teman-teman sebiliknya yang lain. Baginya hanya tidur sahaja yang
dapat mengurangkan rasa sakitnya kala itu.
Laungan
azan subuh dari Masjid Universiti Malaysia Sabah mengejutkan Nasuha dari
lenanya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik mandi. Selepas mandi dan
berwuduk dia segera mengejutkan rakan-rakan sebiliknya yang lain untuk menunaikan
solat fardu Subuh pada hari itu. Usai menunaikan solat subuh, nasuha segera
melipat telekung dan sejadahnya.
“Suha
kenapa semalam?” Soal Aznizah.
“Erm,
gastrik.”
“Patutlah
semalam tidur macam udang.” Celah Kistiza.
“Semua
orang hairan kenapa Suha balik terus baring di katil. Biasanya kalau balik
cepat saja mandi.” Ujar Aznizah.
“Dah tak larat semalam tu.” Ujar
Nasuha sambil menuang air panas ke dalam cawannya dan mengacaunya.
Telefonnya berbunyi menandakan ada
pesanan ringkas dihantar. Cepat sahaja Nasuha mengambil telefon bimbitnya yang
masih terdapat di dalam beg. Teradapat 3 pesanan ringkas yang belum dibacanya
dan 4 panggilan telefon tidak dijawab. Betapa tidur matinya dia semalam
sehingga tidak sedar telefonnya berbunyi. Dia membaca satu-persatu pesanan
ringkas yang dihantar.
“Eeee, menyakitkan hati sungguhlah.”
“Ni mesti mamat mangkuk tu mesej.”
Tebak Aznizah.
“Ha’a. Dia saja raja menyakitkan
hati orang di dunia ni. Baik tak payah bagi mesej kalau sekadar nak sakitkan
hati.”
“Dia bagi mesej apa?” Tanya Kistiza.
“Semalam tu dia bagi mesej tanya
Suha tak sesat ke? dah jumpa bilik ke belum? Boleh pula tanya macam tu. Dah tu
pagi ni dia mesej tanya dah puas tidur di bilik Orang tanyalah dah makan ubat
ke belum dah makan nasi ke belum?” Bebel Nasuha.
“Nanti dia tanya macam tu, cair pula
hati Suha tu.” Usik kistiza.
“Eee simpang malaikat.”
“Hati-hati apabila membenci
seseorang.” Pesan Kistiza.
“Selamat pagi Yan.” Sapa Nasuha
sebaik melihat Dickziene yang berjalan menuju ke pintu bilik.
“Pagi Kak Suha.” Jawabnya seraya
melangkah keluar. Tidak lama kemudian dia masuk semula bersama 2 buah plastik yang
berisi 4 bekas bubur McDonald’s.
“Aik, call McDonald’s ke? Soal Kistiza.
“Pekerja McDonalds tu yang hantar
pergi sini. Seorang satu untuk sarapan pagi.” Ujar Dickziene sambil mengambil
semangkuk bubur tersebut untuk dirinya.
“Yan cakap betul-betul.” Kistiza
kecilkan matanya memandang Dickziene.
“Tadi Jesel Earl pengarang jantung
saya tu telefon dan suruh ambil bubur ni di luar.”
“Oh, Jesel belanjalah ni.” Potong
Aznizah.
“Saya belum habis cakap lagilah.
Jesel tolong hantar saja yang bagi Abang Hafiz. Dia tu sebenarnya bagi untuk
Kak Suha yang sakit gastrik semalam tapi kita ni tumpang rezekilah kiranya.”
“Memandai saja Yan ni.” Nasuha
kurang percaya.
“Betullah Kak Suha. Dengar ni,
selamat pagi cik Taubat Nasuha. Bubur McDonald’s sebagai pengganti diri. Harap
sembuh cepat. Jangan escape makan
lagi. Get well soon.” Dickziene
membaca satu persatu kad yang dititipkan bersama bubur tersebut.
“Tipulah tu.” Nasuha cebik.
“Saya baca kad yang abang Hafiz
tulis saja.” Dickziene tayang kad tersebut di hadapan teman sebiliknya.
“Wow!!! Berhati-hati ya Suha, nanti
cik hati cair pula.” Usik Kistiza.
“Eeee, kak Za ni.”
“Merah dah pipi Suha.”
“Merah tak merah janji kita makan
dulu.” Ujar Dickziene seraya menghulur kad kecil itu kepada Nasuha.
Nasuha ketap bibir, malu pula dengan
teman sebiliknya apabila diperlakukan sebegitu oleh Hafiz Azhar. Lelaki itu
sememangnya sukar dijangka. Ada masa sikapnya yang suka menyakat itu memang
terlalu menyakitkan hatinya sehingga dia merasakan lelaki itu tidak perlu
dilayan dengan baik tetapi ada kala sifat-sifat dan tindakan di luar jangkaan
itu begitu menyenangkan hatinya sehingga dia tidak sampai hati untuk memulaukan
sepenuhnya lelaki itu dari hidupnya.